Saturday 1 April 2017

Mengira dividen ASB (anggaran) dan bayaran ansuran bulanan pinjaman ASB menggunakan aplikasi android


1. Download aplikasi Financial Calculators



2. Utk mengira dividen ASB, gunakan aplikasi Compound Interest Calculator. Kiraan ini adalah anggaran sahaja kerana bonus tidak diambilkira dalam pengiraan ini. 
  • Principal Amount: Utk diisi nilai sijil/cash yg ada dalam akaun ASB (lump sum)
  • Monthly Deposit: Utk diisi jika membuat simpanan bulanan di ASB
  • Period (month): Tempoh simpanan yg ingin dikira (dlm bulan)
  • Annual Interest Rate (%) : Dividen yg diisytiharkan oleh ASB
  • Compounding: Utk ASB, pilih Annually 
Kemudian klik CALCULATE.

CONTOH 1:
Membuat ASBF sebanyak RM 200k, selama setahun (12 bulan) dgn dividen ASB 6.5%. Selepas setahun, nilai di dalam ASB akan berjumlah RM 213k (maturity value), dgn dividen cash yg diperolehi adalah sebanyak RM 13k (interest amount).


CONTOH 2:
Membuat simpanan cash bulanan dalam ASB sebanyak RM 1,099 selama setahun dgn dividen ASB 6.5%. Selepas setahun, jumlah cash yg ada dalam ASB adalah sebanyak RM 13,647.86 (termasuk dividen RM 459.86).


CONTOH 3:
Membuat simpanan cash lump sum dlm ASB sebanyak RM 13,179 selama setahun, dgn dividen ASB 6.5%. Selepas setahun, jumlah cash yg ada dalam ASB adalah sebanyak RM 14,035.63 (termasuk dividen RM 856.63).



3. Utk mengira komitmen bulanan ASBF, kita gunakan aplikasi Loan Calculator.
  • Loan Amount: Masukkan amaun nilai sijil ASBF (RM200k)
  • Interest Rate: Masukkan interest rate bank (5.2%)
  • Loan Term: Masukkan tempoh pinjaman (tempoh maksimum 30 tahun, umur maksimum 65 tahun)
Kita akan dapati, komitmen bulanan kepada bank adalah sebanyak RM 1,098.22 (Monthly Payment).

Utk mengetahui berapa nilai principal yg akan dipulangkan oleh bank kepada kita setelah kita terminate ASBF setahun selepas itu, boleh click AMORTIZATION.


Selepas setahun (12 bulan), baki pinjaman kita adalah RM197,154.17. Maka, principal yg akan kita perolehi daripada bank apabila kita terminate ASBF ini selepas setahun adalah:
RM200k (nilai sijil) - RM 197,154.17 (baki pinjaman) = RM 2,845.83.

Untuk CONTOH 1 di atas, cash yg diperolehi apabila terminate ASBF selepas setahun adalah:
RM 13k + RM 2,845.83 = RM 15,845.83

No comments:

Post a Comment