Sunday 9 April 2017

Personal Loan (PL) & ASBF

Personal Loan (PL) & ASBF

 Andaian ASBF: 
- ASB dividen 7% sepanjang tahun.
- Bank interest: 5.2%
- Kiraan insurans tidak termasuk dalam pengiraan ini.

1. Buat ASBF 200K utk tempoh 30 tahun. Monthly commitment RM 1098.22.

Kaedah: Bayar monthly commitment tahun pertama ASBF menggunakan Personal Loan, kemudian apply rolling dividen utk tahun2 berikutnya sehingga tahun ke-5. Terminate ASBF pada tahun ke-5.

Apply PL:
Amount PL: RM 15k
Tenure: 10 tahun
Interest: 4%
Monthly commitment PL: RM 175
(DOWNLOAD)


  • Tahun pertama serving loan, dgn wang PL (RM15k), digunakan utk membayar lumpsum komitmen ASBF setahun berjumlah RM 13,178.66 (1098.22 x 12). Disamping itu, dalam masa yg sama perlu juga menjelaskan komitmen PL yg berjumlah RM175 setiap bulan selama setahun (RM 2100 setahun). Maka pada tahun pertama itu, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) pd tahun pertama itu. Pada akhir tahun pertama, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-2.
  •  Pada tahun ke-2 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun pertama (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-2. Maka pada tahun ke-2 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-2 ini. Pada akhir tahun ke-2, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-3.
  •  Pada tahun ke-3 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun ke-2 (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-3. Maka pada tahun ke-3 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-3 ini. Pada akhir tahun ke-3, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-4.
  •  Pada tahun ke-4 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun ke-3 (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-4. Maka pada tahun ke-4 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-4 ini. Pada akhir tahun ke-4, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-5.
  •  Pada tahun ke-5 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun ke-4 (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-5. Maka pada tahun ke-5 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-5 ini. Pada akhir tahun ke-5, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000, dan bercadang utk gunakan RM14k dividen ASB ini utk terminate ASBF dan settlekan baki PL. 
  • Selepas terminate ASBF pada tahun ke-5 ini, principal returned yg diperolehi adalah sebanyak RM 15,827.78. 
  • Maka jumlah kasar cash yg diperolehi adalah: RM 14k (dividen ASB) + RM 15,827.78 (ASBF principal returned) - RM 5,393.31 (duit sendiri yg dikeluarkan sejak tahun pertama hingga tahun ke-5) = RM 24,434.47.  
  •  Tenure PL adalah 10 tahun, dan terminate ASBF pada tahun ke-5. Maka, perlu melunaskan baki PL lagi 5 tahun: RM 21k - (175 x 12 x 5) = RM 10,500. 
  • Maka, jumlah bersih cash yg diperolehi setelah tahun ke-5 adalah: RM 24,434.47 - RM 10,500 = RM 13,934.47

 Perbincangan 
1. Kaedah ini digunakan sekiranya tidak mempunyai cukup modal utk membuat ASBF RM200k (komitmen ASBF RM 1098.22 setiap bulan)

2. Jumlah modal sendiri yg digunakan sepanjang 5 tahun utk mengaplikasi kaedah ini adalah sebanyak RM 5,393.31, dan setelah 5 tahun, jumlah bersih yg diperolehi adalah RM 13,934.47.

No comments:

Post a Comment