Saturday 29 April 2017

Penyamaran Atas Talian

Penyamaran Atas Talian

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan industri atas talian, selain menyediakan kemudahan kepada pengguna melalui kaedah transaksi yg cepat dan menjimatkan masa, tenaga dan wang, ia juga telah membuka ruang dan peluang baru kepada penyangak2 digital utk melakukan jenayah. Modus operandi yg biasa mereka praktikkan adalah melalui teknik penyamaran. Penyamaran ini boleh berlaku sama ada melalui percakapan suara di talian telefon, ataupun melalui sebaran pautan laman web palsu melalui email.

Berikut adalah RAKAMAN SITUASI SEBENAR bagaimana mereka mempraktikkan teknik penyamaran ini. Sila dengar dgn teliti dan perhatikan skrip yg mereka gunakan:

Sila klik di sini utk penjelasan berkenaan modus operandi penyamaran atas talian ini.

Kita harus sedar, matlamat sebenar mereka lakukan penyamaran dalam talian ini ialah: Supaya kita memindahkan sejumlah wang dari akaun kita kepada akaun mereka. Inilah yang sebenarnya mereka ingin kita lakukan.

Di bawah ini adalah helah dan kaedah untuk mengalihkan perhatian mangsa, semasa mereka melakukan penyamaran dalam talian:

1. Cetuskan situasi PANIK kepada mangsa. Cth: Sejumlah wang telah dibelanjakan melebihi had di luar negara oleh pihak lain dgn kad kredit/debit mangsa tanpa kebenaran. Utk mencetuskan situasi yg lebih panik, kita akan menerima panggilan telefon daripada mesin penjawab automatik yg kononnya panggilan itu dibuat daripada Credit Card Centre bank itu sendiri. Kemudian mesin penjawab automatik tersebut akan memberitahu kita jumlah hutang yg perlu dibayar atas penggunaan kad kredit/kad debit tersebut, walhal kita tidak berhutang sebanyak itu pun. Kemudian, kita diberi pilihan spt 'tekan 1', 'tekan 2', dan sebagainya. Ini hanyalah helah yg bertujuan untuk mengelirukan kita dan meyakinkan kita yg panggilan itu benar-benar datangnya daripada pihak bank.

2. MeYAKINkan mangsa yg mereka adalah pihak berautoriti (pegawai institusi kewangan/bank, bahagian siasatan Bank Negara, peguam dari mahkamah, pegawai polis dari Bukit Aman, pihak syarikat telekomunikasi). Cth: Memaklumkan mangsa yg siasatan sedang dijalankan, dan akaun bank mangsa akan dibekukan. Oleh itu, meminta mangsa memindahkan kesemua wang yg ada ke akaun sementara semasa siasatan sedang dijalankan.

3. Penyamar akan menggunakan teknik Caller ID Spoofing melalui aplikasi VOIP (Voice Over Internet Protocol) - Nombor telefon pihak yg berautoriti akan terpapar di skrin mangsa, seolah-olah panggilan itu benar-benar dibuat oleh pihak berautoriti tersebut, tapi sebenarnya bukan. Berikut adalah contoh bagaimana panggilan jenis ini dapat dibuat.


4. Bagi membolehkan pemindahan wang dibuat dari akaun mangsa ke akaun mereka, mereka sangat memerlukan info2 di bawah ini. Alasan yg biasa mereka berikan utk mendapatkan info2 ini daripada  mangsa - mereka akan katakan info2 ini adalah utk tujuan PENGESAHAN.
  • Nombor yg tertera pada kad debit/kredit mangsa berserta 3 digit nombor yg terletak di belakang kad. 
  • Tarikh tamat tempoh kad mangsa
  • Nama penuh dan nombor kad pengenalan mangsa

5. Terdapat 2 jenis penyamaran yg dilakukan:
  • Penyamar tidak tahu identiti sebenar mangsa. Oleh itu mereka akan meminta maklumat mangsa seperti identiti diri (nama, no kad pengenalan) dan nombor yg tertera pada kad debit/kredit. Helah yg biasa mereka lakukan utk mendapatkan butir-butir ini adalah dgn mengatakan bahawa nama penuh dan nombor kad pengenalan itu diperlukan utk mereka buat semakan melalui sistem mereka, dan akan mengesahkan sama ada benar2 ada org yg menggunakan identiti kita pada kad debit/kredit tersebut bagi membuat pembelian. Tujuan mereka mendapatkan maklumat-maklumat seperti ini adalah utk membolehkan transaksi pemindahan wang dijalankan tanpa persetujuan kita. Langkah mudah utk mengatasi modus operandi penyamar berjenis ini (tidak tahu identiti sebenar mangsa) - adalah dgn mengaplikasikan kaedah Penentu-sahkan - iaitu memalsukan dari awal maklumat yg mereka kehendaki, dan dari situ kita mula menyemak: Adakah mereka dapat detect identiti dummy yang kita berikan itu (melalui pengesahan nombor IC) sebenarnya adalah individu yg tidak terlibat/tiada kaitan dalam kes ini.  
  • Penyamar tahu identiti sebenar mangsa. Ini berkemungkinan disebabkan kebocoran maklumat daripada sumber2 seperti borang langganan (telefon, kad kredit, insurans,dsb). Antara maklumat yg mereka ketahui adalah seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat rumah. Bagi penyamar berjenis ini, mereka sudah sedia mengetahui nama sebenar kita, alamat kita, nombor telefon, dan sebagainya. Walaupun begitu, kita tetap tidak sekali-kali mendedahkan maklumat-maklumat lain yg ditanya oleh mereka. Ini kerana, tiada akan ada pihak lain (walaupun pihak bank, polis, peguam, dll) yg akan meminta maklumat2 penting kita melalui talian telefon. Perkara penting yg harus kita tahu: TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG MENYURUH KITA MEMINDAHKAN WANG KITA KE DALAM AKAUN LAIN, WALAU DENGAN APA SEBAB SEKALIPUN. Sekiranya ada pihak yg menyuruh melakukan perkara ini, ketahuilah dia adalah penipu.

Berikut adalah langkah-langkah yg perlu diambil sekiranya anda menerima panggilan yg disyaki sebagai penyamaran atas talian ini:
  • Jangan panik! Cuba bawa bertenang. Jangan percaya kepada pemanggil.
  • Tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan identiti diri (nama, no kad pengenalan) dan nombor yg tertera pada kad debit/kredit, atau apa saja maklumat yg dikehendaki oleh si pemanggil. Biasanya, si pemanggil akan membuat helah supaya kita tetap memberi butiran tersebut kepada mereka. Helah mereka yg paling biasa dilakukan adalah mereka akan mengatakan bahawa nama penuh dan nombor kad pengenalan itu diperlukan utk mereka buat semakan melalui sistem mereka, dan akan mengesahkan sama ada benar2 ada org yg menggunakan identiti kita pada kad debit/kredit tersebut bagi membuat pembelian. Atas sebab ini, kita pun akan terus memberi butiran kita kepada mereka. 
  • Jangan berurusan melalui talian telefon. Bersegera utk tamatkan percakapan secara baik dgn tidak mendedahkan sebarang maklumat, dan pergi sendiri ke bank untuk mendapatkan kepastian. 
  • Perkara penting yg harus kita tahu: TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG MENYURUH KITA MEMINDAHKAN WANG KITA KE DALAM AKAUN LAIN, WALAU DENGAN APA SEBAB SEKALIPUN. Sekiranya ada pihak yg menyuruh melakukan perkara ini, ketahuilah dia adalah penipu.
  • Tidak perlu tergesa-gesa utk batalkan ekses kad semasa dalam talian telefon. Paling selamat ialah segera pergi ke cawangan bank berdekatan utk dapatkan kepastian. Biasanya pemanggil akan segera menyambungkan kita terus ke bahagian yg kononnya utk membuat pembatalan kad, dan dari situ identiti kita dan butir2 penting kad dapat mereka ketahui.
  • Sekiranya kita terpaksa berurusan melalui talian telefon atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, contohnya sekiranya ada maklumat sahih yg sudah diberi secara tidak sengaja- Dapatkan nombor telefon sebenar bank daripada laman web bank yg sahih, dan dail sendiri nombor tersebut, sebaik-baiknya menggunakan telefon lain. Jangan berurusan dgn talian yg disambungkan dgn mesin penjawab automatik, atau nombor yg sedang menghubungi anda (walaupun ia memaparkan nombor yg seakan2 benar).
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: (Sila dail: 1-300-88-5465). Pastikan anda mendail nombor yg tertera ini, kerana kebanyakan penyamaran atas talian akan mengarahkan kita mendail nombor lain yg seakan-akan nombor ini utk mengelirukan kita; contohnya dgn menyuruh kita menghubungi Bank Negara pada nombor 1-800-818-548, walhal ini adalah nombor palsu. Jangan terkejut, bagi menampakkan kes ini adalah real, si pemanggil itu sendiri yg akan menyarankan kita supaya segera membuat aduan kepada Bank Negara, tetapi nombor yg diberi itu adalah nombor penyamaran, yg seakan-akan nombor Bank Negara. Jangan terkejut juga, mesin penjawab automatik Bank Negara yg palsu itu benar-benar seperti format mesin penjawab automatik Bank Negara yg sebenar. 
  • TERKINI: Semak di SINI - Untuk mengetahui sama ada nombor akaun bank tersebut terlibat dalam penipuan urusniaga atas talian.

Monday 17 April 2017

Perbezaan Kiraan Amortization dan Flat Rate

Perbezaan Kiraan Amortization dan Flat Rate

Kita bercadang membuat pinjaman RM 10k. Bank A menggunakan konsep amortization (monthly reducing balance), dan interest ratenya adalah 4.95%. Bank B pula menggunakan konsep flat rate, dan interest ratenya adalah 3%. Yang mana lebih untung?

Bank A (Amortization)
Jumlah pinjaman: RM 10k
Tempoh pinjaman: 3 tahun
Interest rate: 4.95%
Monthly commitment: RM 299.48
Jumlah interest yg dibayar selama 3 tahun: RM 781.44
Download template di sini





Bank B (Flat rate)
Jumlah pinjaman: RM 10k
Tempoh pinjaman: 3 tahun
Interest rate: 3%
Monthly commitment: RM302.78
Jumlah interest yg dibayar selama 3 tahun: RM 900
Download template di sini




Perhatikan, walaupun Bank B menawarkan interest rate yg lebih rendah daripada Bank A, jumlah interest yg dibayar kepada Bank B adalah lebih tinggi daripada Bank A.

Seperti home financing, ASBF juga menggunakan konsep amortization dalam pengiraannya. Apabila kita terminate ASBF, bank akan pulangkan kembali nilai principal kepada kita.

Sunday 9 April 2017

Dividen ASB = Bank Profit


Katakan dividen ASB sama nilai dgn bank interest, dua-dua pun 6.5%. Ada untung ke buat ASBF?

 

SETELAH 2 TAHUN:

Hasil dividen terkompoun = RM 26,845
Hasil principal = RM 4,621
Hasil terminate = RM 31,466
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 1,126

Kesimpulan: 
  • Walaupun dividen ASB sama dgn interest bank, dgn ASBF tetap untung (walaupun tak banyak). Ini kerana cara kiraan kedua-duanya tak sama.
  • Bank profit calculate based on reducing balance. ASB dividend calculate based on compounding.

Kuasa Large Initial Volume dalam ASBF

Kuasa Large Initial Volume dalam ASBF

Pelabur A membuat ASBF berjumlah RM 200k dgn tempoh 30 tahun. Oleh itu, komitmen bulanan pelabur A adalah RM 1,098.22 sebulan.




Pelabur B membuat ASBF berjumlah RM 58k, tetapi dgn tempoh 5 tahun sahaja. Oleh itu, komitmen bulanan pelabur B adalah RM 1,099.85 sebulan.



Kita andaikan dividen ASB adalah 6.5% tetap sepanjang tahun. Pelabur A dan pelabur B masing-masing terminate ASBF mereka selepas 2 tahun.

Dengan modal yg lebih kurang sama dikeluarkan oleh kedua-dua pelabur, kita dapati selepas 2 tahun, keuntungan yg diperolehi oleh Pelabur A melebihi keuntungan yg diperolehi Pelabur B.

SETELAH 2 TAHUN:

Pelabur A
Hasil dividen terkompoun = RM 26,845
Hasil principal = RM 5,843
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 6,331
ROI = 24%

Pelabur B
Hasil dividen terkompoun = RM 7,785
Hasil principal = RM 21,412
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 2,801
ROI = 11%

Kesimpulan:
Pilih komitmen mengikut kemampuan sendiri, kemudian pilih volume financing yg besar, bukan tempoh financing yg pendek.

Kuasa Leveraging of OPM dalam ASBF

Kuasa Leveraging of OPM dalam ASBF

Pelabur A mempunyai modal sebanyak RM 14k, dan bercadang utk membuat ASBF berjumlah RM 200k dgn tempoh 30 tahun, menggunakan kaedah rolling dividen. Modal yg diperlukan utk tahun pertama adalah RM 13,179 (RM 1,098.22 sebulan x 12 bulan). Utk tahun hadapannya, komitmen ini dibayar menggunakan dividen yg diperolehi daripada tahun pertama. Ini bermakna, modal hanya dikeluarkan sekali sahaja utk tahun pertama iaitu sebanyak RM 13,179.



Pelabur B mempunyai modal sebanyak RM 14k juga. Tetapi beliau berhasrat utk menyimpan terus RM 14k tersebut di dalam ASB.


Kita andaikan dividen ASB adalah 6.5% tetap sepanjang tahun. Pelabur A dan pelabur B masing-masing terminate ASBF mereka selepas 2 tahun.

Dengan modal yg lebih kurang sama dikeluarkan oleh kedua-dua pelabur (RM 14k), kita dapati selepas 2 tahun, hasil terminate yg diperolehi oleh Pelabur A melebihi jumlah simpanan Pelabur B.

SETELAH 2 TAHUN:

Pelabur A
Hasil dividen terkompoun = RM 13,387
Hasil principal = RM 5,843
Hasil terminate = RM 19,230
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 5,873

Pelabur B
Hasil dividen terkompoun = RM 1,879
Jumlah simpanan = RM 15,879.15

Kesimpulan:
Meleverage-kan modal RM14k kepada nilai ASBF 200k (OPM) adalah lebih menguntungkan daripada menyimpan terus RM 14k tersebut di dalam ASB.

Kuasa Compounding dalam ASBF

Kuasa Compounding dalam ASBF

Pelabur A membuat ASBF berjumlah RM 200k dgn tempoh 30 tahun. Oleh itu, komitmen bulanan pelabur A adalah RM 1,098.22 sebulan.



Pelabur B pula berhasrat utk menyimpan RM 1,099 setiap bulan di dalam ASB.


Kita andaikan dividen ASB adalah 6.5% tetap sepanjang tahun. Pelabur A dan pelabur B masing-masing terminate ASBF mereka selepas 2 tahun.

Dengan modal yg lebih kurang sama dikeluarkan oleh kedua-dua pelabur, kita dapati selepas 2 tahun, keuntungan yg diperolehi oleh Pelabur A melebihi keuntungan yg diperolehi Pelabur B.

SETELAH 2 TAHUN:

Pelabur A
Hasil dividen terkompoun = RM 26,845
Hasil principal = RM 5,843
Hasil terminate = RM 32,688
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 6,331

Pelabur B
Hasil dividen terkompoun = RM 1,816
Jumlah simpanan = RM 28,192.06

Kesimpulan
Walaupun kedua-dua pelabur A dan B mengaplikasikan kaedah compounding dalam simpanan mereka, dan juga mengeluarkan modal yg hampir sama, tetapi dgn modal yg dileverage-kan bersama ASBF, ia dapat meningkatkan kuasa compounding utk menjana keuntungan yg lebih.

Personal Loan (PL) & ASBF

Personal Loan (PL) & ASBF

 Andaian ASBF: 
- ASB dividen 7% sepanjang tahun.
- Bank interest: 5.2%
- Kiraan insurans tidak termasuk dalam pengiraan ini.

1. Buat ASBF 200K utk tempoh 30 tahun. Monthly commitment RM 1098.22.

Kaedah: Bayar monthly commitment tahun pertama ASBF menggunakan Personal Loan, kemudian apply rolling dividen utk tahun2 berikutnya sehingga tahun ke-5. Terminate ASBF pada tahun ke-5.

Apply PL:
Amount PL: RM 15k
Tenure: 10 tahun
Interest: 4%
Monthly commitment PL: RM 175
(DOWNLOAD)


  • Tahun pertama serving loan, dgn wang PL (RM15k), digunakan utk membayar lumpsum komitmen ASBF setahun berjumlah RM 13,178.66 (1098.22 x 12). Disamping itu, dalam masa yg sama perlu juga menjelaskan komitmen PL yg berjumlah RM175 setiap bulan selama setahun (RM 2100 setahun). Maka pada tahun pertama itu, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) pd tahun pertama itu. Pada akhir tahun pertama, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-2.
  •  Pada tahun ke-2 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun pertama (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-2. Maka pada tahun ke-2 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-2 ini. Pada akhir tahun ke-2, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-3.
  •  Pada tahun ke-3 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun ke-2 (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-3. Maka pada tahun ke-3 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-3 ini. Pada akhir tahun ke-3, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-4.
  •  Pada tahun ke-4 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun ke-3 (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-4. Maka pada tahun ke-4 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-4 ini. Pada akhir tahun ke-4, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000. Maka, dividen ASB yg diperolehi itu digunakan utk membayar komitmen ASBF dan komitmen PL utk tahun ke-5.
  •  Pada tahun ke-5 serving loan, wang hasil dividen yg diperolehi pada tahun ke-4 (RM14k) digunakan utk membayar komitmen ASBF (RM 13,178.66 setahun) & komitmen PL (RM 2100 setahun) tahun ke-5. Maka pada tahun ke-5 ini, perlu keluarkan duit sendiri sebanyak RM 1278.66 utk lengkapkan jumlah bayaran pinjaman (ASBF & PL) tahun ke-5 ini. Pada akhir tahun ke-5, dividen ASB diperolehi sebanyak RM14,000, dan bercadang utk gunakan RM14k dividen ASB ini utk terminate ASBF dan settlekan baki PL. 
  • Selepas terminate ASBF pada tahun ke-5 ini, principal returned yg diperolehi adalah sebanyak RM 15,827.78. 
  • Maka jumlah kasar cash yg diperolehi adalah: RM 14k (dividen ASB) + RM 15,827.78 (ASBF principal returned) - RM 5,393.31 (duit sendiri yg dikeluarkan sejak tahun pertama hingga tahun ke-5) = RM 24,434.47.  
  •  Tenure PL adalah 10 tahun, dan terminate ASBF pada tahun ke-5. Maka, perlu melunaskan baki PL lagi 5 tahun: RM 21k - (175 x 12 x 5) = RM 10,500. 
  • Maka, jumlah bersih cash yg diperolehi setelah tahun ke-5 adalah: RM 24,434.47 - RM 10,500 = RM 13,934.47

 Perbincangan 
1. Kaedah ini digunakan sekiranya tidak mempunyai cukup modal utk membuat ASBF RM200k (komitmen ASBF RM 1098.22 setiap bulan)

2. Jumlah modal sendiri yg digunakan sepanjang 5 tahun utk mengaplikasi kaedah ini adalah sebanyak RM 5,393.31, dan setelah 5 tahun, jumlah bersih yg diperolehi adalah RM 13,934.47.

Kalkulator ASBF

Kalkulator ASBF

Download
  • Kalkulator ini dibangunkan oleh En Shahrol Faizal dari Tanjong Malim. Setakat ini, kalkulator ini adalah yg terbaik utk mengira anggaran pulangan dari ASBF.
  • Kalkulator ini adalah sebagai anggaran sahaja - sesuai digunakan utk mereka yg belum lagi apply ASBF bagi mengetahui potensi nilai keuntungan yg bakal diterima apabila terminate nnt. Bagi individu yg sudah mempunyai ASBF, sepatutnya menggunakan ASBF Actual Tracking Sheet untuk monitor ASBF anda.
  • Kalkulator ini membenarkan pilihan antara mekanisme rolling dividend atau compounding.
  • Kalkulator ini juga menyediakan pengiraan menggunakan Personal Loan utk membiayai ASBF.
  • Cara membaca kalkulator ini, sila rujuk hanya pada tahun loan diterminate saja, bukan pada tahun2 sebelum itu (kerana pada setiap tahun, kiraaan principal returned telah pun diambilkira, selain kiraan dividen & bonus). 
  • Gunakan tab 'Format Baru'

Potensi Menjana Dividen ASB dari Duit Bayar Kad Kredit


Biasanya kita terima statement kad kredit seperti di bawah (Statement Date (SD): 12 MAY 15, Due Date (DD): 01 JUN 15).




1. Memahami Kitaran Bayaran Kad Kredit

Statement Date (SD) bermaksud tarikh penggunaan kad yg dibilkan. SD utk bil di atas adalah 12 May, maksudnya billing cycle utk bil ini adalah 13 April-12 May. Ia juga bermaksud SD utk kad kredit di atas adalah pada setiap 12hb.

Utk contoh bil di atas, amaun RM 1681.80 yg dibilkan adalah utk penggunaan kad antara 13 April - 12 May (SD), dan ia perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 1 June (DD).


Soalan: Jika swipe kad kredit pada 14 May, adakah transaksi ini juga perlu dijelaskan pada 1 June?

Jawapan: TIDAK! 14 May adalah termasuk dalam cycle 13 May-12 June (SD 12 June), yg mana DD nya adalah pada 2 July (20 hari selepas 12 June).



Due Date (DD) adalah tarikh akhir bayaran penuh perlu dibuat tanpa sebarang caj kewangan. DD dikira 20 hari selepas SD. Dalam contoh di atas, DD adalah pada 1 June, iaitu 20 hari selepas SD (12 May). Tempoh 20 hari free interest ini dikenali sebagai grace period. 

 

Utk menikmati 20 hari grace period ini, terdapat beberapa syarat yg perlu dipatuhi:

1. Jgn ada outstanding balance dari SD sebelumnya.

2. Pembayaran pada setiap DD hendaklah dibuat dalam full amount spt yg tertera dalam bil.

3. Pembayaran pada setiap DD hendaklah dibuat sebelum/pada tarikh yg ditetapkan.

4. Kelebihan 20 hari grace period ini hanya terpakai utk retail purchases sahaja. Balance transfer, cash advance, dan convenience cheque tidak terpakai utk menikmati kelebihan 20 hari grace period ini.



2. Bagaimana menjana dividen ASB daripada duit utk bayar kad kredit ini?

Mudah saja! Swipe kad kredit/belanja utk bil2 berjadual pada awal permulaan billing cycle, iaitu pada sehari selepas SD sebelumnya. Utk cth bil di atas: awal permulaan billing cycle adalah 13 April. Apabila dapat gaji pada setiap hujung bulan (25 April), jangan terus gunakan duit gaji tu utk bayar hutang kad kredit! Masukkan dulu nilai yg dibelanjakan dgn kad kredit itu ke dalam ASB. Kemudian, apabila tiba DD (1 June), pindahkan semula duit daripada ASB tadi ke akaun kad kredit, dan terus membayar full amount nilai yg tercatat pada bil kad kredit (RM 1681.80).


Dgn cara ini, kita mempunyai 50 hari free interest: 30 hari dari billing cycle (13 April - 12 May), dan 20 hari dari grace period (12 May - 1 June). Jika ia disimpan di dalam ASB, ia akan clocking dividen dalam ASB selama 30 hari!! (1 May - 1 June)



Tips utk mengaplikasikan kaedah ini:

1. Kaedah ini hanya sesuai utk mereka yg ada duit dulu, baru guna kad kredit. Kepada yg suka bayar minimum,  tak sesuai menggunakan kaedah ini - sebab ia akan create outstanding balance.

2. Dinasihatkan supaya mempunyai 1 kad kredit khas utk tujuan ini. Kad kredit ini hanya diguna utk membuat bayaran2 dan pembelian2 yg berjadual di awal permulaan billing period, dan ia mempunyai jadual utk dikeluarkan semula dari ASB bagi membayar semula hutang kad kredit. Utk tujuan ad-hoc, boleh menggunakan kad kredit yg sama, atau kad kredit yg lain, cuma ia tidak perlu dimasukkan ke dalam ASB. Lepas guna, terus je bayar. Oleh itu, sila kenalpasti bayaran2 dan pembelian2 yg berjadual, kitaran tarikh bayaran bil2, bagi mengaplikasikan teknik ini.

3. Utk masuk duit dalam ASB boleh guna internet banking (charge RM1.06 setiap transaksi). Untuk keluar duit dari ASB dan bayar kad kredit perlu pergi kaunter utk keluarkan duit. Oleh itu, perlu sediakan siap2 borang keluar ASB & borang masuk duit byr kad kredit masa sebelum pegi bank. Satu lagi, kena alert jgn sampai kena tarikh cuti umum/sabtu & ahad utk keluar duit dari ASB.

4. Utk keluar duit dari ASB bagi membayar kad kredit, sila pastikan transaksi melepasi tarikh 1hb bagi mengambilkira pengiraan dividen ASB. Dividen ASB dikira pada setiap 1hb setiap bulan. Adjust billing cycle dgn pihak bank supaya DD melepasi 1 hb (sebaiknya 3hb, atau 4 hb).

5. Jika diperhatikan contoh di atas: Dalam satu bulan, akan ada 2 kali DD (keluar duit ASB bayar kredit kad) dan ada sekali masuk gaji ke dalam ASB (akhir bulan). Dividen ASB dikira pada setiap 1hb pada bulan berikutnya utk setiap bulan; dan berdasarkan nilai baki terendah yg ada dalam akaun ASB pada bulan tersebut (mengambilkira transaksi2 ketika DD dan akhir bulan bila masukkan gaji dalam ASB). Dalam contoh di atas: Semasa 50 hari Free Interest ini, dalam tempoh sebulan, iaitu dalam bulan 5 (1/5-1/6), akan ada 2 kali DD (iaitu pada 2/5 dan 1/6), dan ada sekali time utk masukkan gaji dalam ASB (iaitu pada 25/4). Maka, dividen pada bulan 5 ini akan dikira pada 1/6, berdasarkan baki terendah sepanjang tempoh 1/5-1/6, yg mengambilkira transaksi2 semasa DD dan semasa akhir bulan, apabila duit gaji dimasukkan dalam ASB (bersama2 dgn simpanan sendiri dalam ASB, jika ada). 

6.Pengiraan dividen ASB berdasarkan nilai baki terendah setiap bulan. Oleh itu, sebaik-baiknya nilai simpanan sendiri yg dibuat dlm ASB setiap bulan (jika ada) hendaklah lebih tinggi daripada nilai duit yg dimasukkan dalam ASB utk bayar kad kredit. Ini bertujuan supaya baki duit yg tinggal dalam akaun ASB setelah dibuat pembayaran kad kredit akan menjadi baki terendah dalam bulan tersebut. Dengan kata lain: Simpanan ASB hendaklah lebih tinggi dari penggunaan kad kredit. (jika tak  mampu simpan lebih, maka kurangkan penggunaan kad kredit!).

7. Utk menjimatkan masa dan tenaga, bagus pilih kad kredit yg sama dgn bank pada akaun simpanan. Boleh transfer online aje tanpa ada apa2 charge. Bila dah transfer dari ASB ke akaun simpanan, boleh set schedule payment kat online banking utk set bila perlu dibuat pembayaran ke akaun kad kredit (berdasarkan DD)

8. Kena ada schedule sendiri utk tracking SD & DD cycle, ikut kad kredit masing2. Kena teliti betul2 susunan jarak antara tarikh SD (tarikh ke tarikh). Telitikan juga jarak antara SD dan DD. Mmg perbezaannya adalah 20 hari, tapi pastikan 20 hari itu menepati susunan spt dlm statement. Tarikh apabila kita swipe kad, date itu dipanggil Transaction Date. Posting Date adalah tarikh apabila transaction tu dah registered dlm system. SD guna posting date sbg basis.

9. Fahami perbezaan antara retail purchases, Balance transfer, cash advance, dan convenience cheque.



KESIMPULAN



Apabila terima bil kad kredit seperti di atas:

1. SD nya adalah 12 May, bermakna billing cyclenya adalah 13 April-12 May. Yg perlu kita tahu ialah amaun RM 1681.80 di caj atas penggunaan kad antara jangkamasa 13 April-12 May, dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 1 June (DD).

2. Oleh itu, kita sepatutnya swipe kad kredit/belanja utk bil2 berjadual pada permulaan billing cycle, seperti contoh di atas iaitu pada 13 April.

3. Apabila dapat gaji pada hujung bulan April, masukkan nilai yg di swipe pada 13 April tadi ke dalam ASB.

4. Apabila tiba DD (seperti contoh di atas: 1 June), kita keluarkan semula amaun duit yg dimasukkan ke dalam ASB tadi utk membayar full amount yg tertera dalam bil kad kredit.

Friday 7 April 2017

ASB: PELARASAN

ASB: PELARASAN

Pelarasan adalah merujuk kepada urusniaga pelaburan tambahan yang dibuat tanpa menggunakan buku pelaburan. Contoh seperti potongan gaji, tambahan secara perbankan internet (Maybank2U/CIMB Clicks) dan sebagainya. Ianya juga termasuk transaksi pemindahan pusaka daripada akaun si mati kepada akaun si pewaris.


Limit Pembiayaan ASB / ASB2 (ASBF / ASB2F)

Limit Pembiayaan ASB / ASB2 (ASBF/ASB2F)

Limit akaun ASB dan limit pembiayaan ASB adalah 2 perkara yg berlainan.

Seperti yang kita ketahui, limit (unit boleh beli/ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) asal dalam akaun ASB adalah RM200k. Akan tetapi limit itu akan meningkat setiap tahun, seiring dgn bertambahnya dividen yang diperolehi, bermula daripada tahun pertama kita buka akaun ASB. (baca Limit ASB).


Akan tetapi, had/limit maksimum untuk membuat pembiayaan ASB/ASB2 (ASBF/ASB2F) pula adalah sebanyak RM 200k sahaja utk setiap individu yang mempunyai akaun ASB / ASB2. (Utk seorang individu: RM200k limit utk pembiayaan ASB, dan RM200k limit utk pembiayaan ASB2)

Sila lihat contoh di bawah:


  • Customer A: Limit (ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) dalam akaun ASB beliau adalah RM200k. (ruang ini tidak bertambah kerana belum menerima dividen tahun pertama). Dari sini boleh diketahui Customer A ini baru membuka buku akaun ASB dan belum menerima sebarang dividen). Kemudian, beliau membuat pelaburan TUNAI sebanyak RM10. Dgn nilai pelaburan secara TUNAI RM10 ini dibiarkan di dalam akaun ASB, maka, limit (ruang yg boleh diisi lagi) dalam akaun ASB beliau adalah RM 199 990 (RM200k-RM10). Dgn ini, kelayakan maksimum utk beliau membuat pembiayaan ASB adalah RM 199 000 sahaja. (pembiayaan minimum adalah RM1000). Baki ruang RM 990 itu boleh dipenuhkan/diisi dgn membuat pelaburan TUNAI.

  • Customer B: Limit (ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) dalam akaun ASB beliau adalah RM200k. (ruang ini tidak bertambah kerana belum menerima dividen tahun pertama). Dari sini boleh diketahui Customer B ini baru membuka buku akaun ASB dan belum menerima sebarang dividen). Kemudian, beliau membuat pelaburan TUNAI sebanyak RM30K. Beliau juga telah membuat pembiayaan ASB dgn jumlah RM100k dari 2 bank yg berlainan (RM50k masing2 dgn MBB dan RHB). Dgn nilai RM30k pelaburan secara TUNAI dibiarkan di dalam akaun ASB, maka, limit (ruang yg boleh diisi lagi) dalam akaun ASB beliau adalah RM 70k (RM200k-RM30k-RM50k-RM50k). Dgn ini, kelayakan maksimum utk beliau membuat lagi pembiayaan ASB di kemudian hari adalah RM 70k sahaja. Sekiranya dikeluarkan pelaburan RM30k secara tunai tadi daripada akaun ASB, kelayakan maksimum utk beliau membuat lagi pembiayaan ASB di kemudian hari adalah berjumlah RM 100k. (Ini kerana tahap maksimum utk pembiayaan ASB adalah RM200k, dan jumlah pembiayaan ASB yg beliau buat baru RM100k).

  • Customer C: Limit (ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) dalam akaun ASB beliau adalah RM300k. (ruang ini bertambah kerana beliau pernah menerima dividen sebelum ini). Kemudian, beliau membuat pelaburan TUNAI sebanyak RM50K. Beliau juga telah membuat pembiayaan ASB dgn jumlah RM200k dari 2 bank yg berlainan (RM100k masing2 dgn MBB dan RHB). Dgn nilai RM50k pelaburan secara TUNAI dibiarkan di dalam akaun ASB, maka, limit (ruang yg boleh diisi lagi) dalam akaun ASB beliau adalah RM 50k (RM300k-RM50k-RM100k-RM100k). Walaupun beliau masih mempunyai ruang RM50k lagi utk diisi, ia hanya boleh diisi dgn nilai TUNAI SAHAJA. Ini kerana, beliau telahpun memaksimumkan had pembiayaan ASB sebanyak RM200k, walaupun pembiayaan tersebut dibuat dgn bank yg berlainan. Sekiranya dikeluarkan pelaburan RM50k secara tunai tadi daripada akaun ASB, ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit menjadi RM100k, tetapi beliau masih tidak boleh membuat pembiayaan ASB lagi, kerana pembiayaan ASB beliau sudah mencapai tahap maksimum RM200k.

Sebelum 1 June 2015, teknik yg popular bagi pembiayaan ASB adalah teknik Terminate & Re-Apply (terminate selepas serve loan 2 tahun penuh, dan re-apply financing dgn amaun yg lebih tinggi, selaras dgn peningkatan limit akaun ASB). Tapi, selepas 1 June 2015, PNB telah limitkan jumlah pembiayaan ASB/ASB2 kepada masing2 RM200k sahaja.

Perbezaan antara ASB & ASB 2

Perbezaan antara ASB & ASB 2

1. ASB:
 


ASB2

  • Amanah Saham Bumiputera 2
  • Prospektus
  • Tarikh pelancaran: 2 April 2014
  • Jenis: Pendapatan
  • Kategori:Aset Campuran
  • Penanda Aras Tabung: Average 5-years MGS (Malaysian Government Securities) yield
  • Asset Allocation: Up to 90% of it's VOF in equities, up to 50% of its VOF in other asset classes such as variable and fixed income securities, minimum 10% of it's VOF in cash or cash equivalent.
  • Saiz tabung: 10.0 bilion unit
  • Tahun kewangan berakhir: 31 Mac
  • Caj jualan: Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada jumlah yang dilaburkan.
  • Caj jualan balik: Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan balik buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan balik sehingga 1% daripada jumlah yang dikeluarkan.
  • Pembayaran jualan balik: Berdasarkan kepada Garis Panduan Tabung Unit Amanah, pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan jualan balik. Walau bagaimanapun, Pengurus akan berusaha untuk membuat pembayaran serta-merta. 
  • Bentuk pelaburan: Buku pelaburan, sijil, Skim Pelaburan Ahli KWSP.
  • Laporan Tahunan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2017

Melabur dalam ASB2 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP)

Melabur dalam ASB2 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP)


Perbezaan antara ASB dan ASB2 boleh dirujuk di sini

Berikut adalah senarai dana2 ASNB yg ditawarkan di bawah skim SPA-KWSP.

Berikut adalah kadar dividen yg diisytiharkan oleh KWSP sebagai perbandingan dgn dividen yg diisytiharkan oleh ASB2.

Cara-caranya:

1. Pergi ke Pejabat ASNB di Menara PNB, Jalan Tun Razak (naik LRT turun di stesen Ampang Park, jalan kaki 5 min ke PNB).

2. Cetak slip KWSP terkini: Mesin kiosk ada disediakan di Kaunter Utama ASNB di Menara PNB.

3. Periksa kelayakan melabur: Formula : (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

4.Setelah semak kelayakan melabur, bersama2 slip KWSP dan kad pengenalan asal, boleh isi borang permohonan yg disediakan oleh pegawai ASNB bertugas.

5. Pastikan cop jari jelas pada borang permohonan.

6. Nilai sen pun diambilkira utk pindahan amaun KWSP Akaun 1 ke ASB2.

7. Pihak KWSP akan menghantar sms (mengambil masa 2-3 minggu selepas permohonan) utk mengesahkan sama ada permohonan berjaya atau tidak. No HP perlu didaftarkan pada i-akaun KWSP terlebih dahulu utk maksud tujuan ini.

8. Pihak ASNB pula akan menghantar surat pengesahan kepada kita, dan memaklumkan jumlah pelaburan menerusi KWSP yg telah dikemaskini dalam akaun ASB2.

9. Apabila perolehi dividen ASB2 menerusi SPA-KWSP ini, ia akan dilaburkan semula ke dalam ASB2 dalam bentuk unit, menerusi saluran SPA-KWSP juga, bukan menerusi saluran pelaburan buku seperti biasa. Maknanya, bilangan unit dalam ASB2 yg menerusi saluran SPA-KWSP ini akan bertambah selepas pengisytiharan dividen. Dividen ASB2 yg diperolehi melalui SPA KWSP ini akan terus dilakukan pelaburan semula ke dalam ASB2 sehinggalah unit-unit itu ingin dijual balik, atau sampai tempoh umur 55 tahun. Apabila ambil keputusan utk menjual unit-unit dalam ASB2 menerusi SPA-KWSP ini, segala amaun pelaburan termasuk keuntungan-keuntungan yg diperolehi akan dipindahkan balik ke akaun 1 KWSP.

10. Penjualan unit ASB2 melalui SPA-KWSP ini melibatkan kesemua unit yg ada, termasuk keuntungan yg diperolehi. Kita tidak diberi pilihan utk menjual sebahagian unit yg kita inginkan, tidak seperti ASB2 yg melalui pelaburan buku (simpanan) yg membenarkan kita menjual unit berdasarkan pilihan kita.

11. Utk pengetahuan, dividen ASB2 yg diperolehi melalui pelaburan buku (simpanan tunai biasa ataupun sijil ASB2 Financing), akan tercatat di dalam buku pelaburan, manakala pelaburan ASB2 melalui SPA-KWSP tidak dicatat di dalam buku pelaburan ASB2. Walau bagaimanapun, ia tetap tercacat di dalam penyata pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir ASB2. 

12. Seperti simpanan biasa ASB2 dan ASB2 Financing; pelaburan ASB2 melalui SPA KWSP ini juga masih tertakluk dgn limit (unit boleh beli/ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) yg ditetapkan.

13. Utk menamatkan pelaburan ASB2 melalui SPA-KWSP, kita hanya perlu pergi ke Pejabat ASNB, dan mengisi borang pengeluaran, dan tandakan SPA-KWSP pada borang tersebut. Tempoh maksimum yg diambil utk memulangkan semula jumlah pelaburan ke KWSP adalah antara 1 ke 2 minggu. ASNB akan menghantar surat kepada kita memaklumkan penjualan unit pelaburan menerusi KWSP, dan juga memaklumkan pembayarannya akan dibuat kepada pihak KWSP.


Klik di sini utk FAQ KWSP



LIMIT ASB (PELABURAN MAKSIMUM ASB)

LIMIT ASB (PELABURAN MAKSIMUM ASB)

Seperti yg diketahui umum, limit (unit boleh beli/ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) asal dalam akaun ASB adalah RM200k (PNB yg tentukan):

  •  Benar, limit asal utk setiap akaun ASB adalah RM200k. Akan tetapi limit itu akan meningkat setiap tahun, seiring dgn bertambahnya dividen, bermula daripada tahun pertama kita buka akaun ASB.
  • LIMIT ASB = RM 200K + (perolehan pengagihan pendapatan (dividen) & bonus yang diterima setiap tahun) + ( tambahan pelaburan disebabkan pindah milik pusaka)
  • Contoh: Simpan bulan2 dalam ASB sebanyak RM2k setiap bulan:


  • Limit ASB pada Y0 adalah RM200k.
  • Perhatikan, jumlah dividen dan bonus pada tahun Y0 adalah sebanyak RM 836.00, dan ini menjadikan initial capital yg dibawa ke tahun Y1 menjadi RM 24836.00. Berapakah LIMIT ASB pada tahun Y1 ini? Limit ASB pada Y1 menjadi: 

RM200k (Y0) + RM836.00 (Y1) = RM 200 836.00.
  • Perhatikan jumlah dividen dan bonus yg diperolehi pada tahun Y1, iaitu sebanyak RM 2747.20, dan ini menjadikan initial capital yg dibawa pada tahun Y2 adalah sebanyak RM 51583.20.

  • Berapa LIMIT ASB pada tahun Y2 ini? Limit ASB pada Y2 menjadi: 
 RM 200k (Y0) + RM 836.00 (Y1) + RM 2747.20 (Y2) = RM 203 583.20
  •  Walaupun terdapat pengeluaran dalam akaun ASB, LIMIT ASB ini tidak akan berkurang.
  • Lagi banyak simpan dan lebih lama simpan, lebih tinggi limit ASB kita.  
  • Anggapan yg mengatakan kita perlu mencecah amaun RM200k dahulu utk menikmati peningkatan limit dalam ASB adalah TIDAK BENAR. 
  • Pendapat yg mengatakan dividen & bonus ASB hanya dikira pada amount RM200k sahaja, lebih daripada itu tidak dikira, adalah pendapat yg SALAH.
  • Memaksimumkan nilai ASB (berdasarkan limit ASB terkini) seawal mungkin, akan memberi kelebihan kepada kita dgn cara ia akan memaksimumkan dividen & bonus yg diperolehi, yg mana dividen & bonus itu adalah tanpa had.


Video Tutorial ASNB

Video Tutorial ASNB

1. Hibah
2. Hibah Amanah
3. Harta Pusaka
3. Tabung Unit Amanah
5. Pelaburan Secara Berkala dan Konsisten
6. Perancangan Persaraan
7. Kuasa Pengkompaunan
8. Aliran Tunai dan Kredit
9. Perancangan Pelaburan
10. Perlindungan Risiko




Perkhidmatan Internet e-Banking utk Kemudahan Pindahan Wang ke Akaun ASB

Ada 4 bank yang menawarkan perkhidmatan Internet e-Banking /Online Banking utk kemudahan pindahan wang ke akaun ASB:

1. Maybank2u


2. CIMB Clicks


3. Affin Online

 

4. RHB Now


Suatu kemudahan utk mereka yang selalu melakukan transaksi simpanan ke akaun ASB. Boleh jimat wang, masa & tenaga. Jumlah amaun yg dipindahkan secara internet banking ini akan dipaparkan sebagai pelarasan. Yuran transaksi yg dikenakan oleh bank2 utk urusan pemindahan wang ke akaun ASB secara internet banking ini adalah sebanyak RM1.00.

E-Book: ASB


1. ASB Genius - KEY
Harga: RM 60 sahaja

Anda tahu apakah Teknik ASB yang sesuai untuk anda? ASB GENIUS boleh membantu anda.Teknik keempat buat ramai yang teruja!!
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
✔ Best seller Ebook 2017 by KEY
✔ASB Genius adalah set lengkap Potensi ASB yang membantu anda memahami pelbagai Teknik dalam ASBF untuk anda memperolehi pulangan yang maximum mengikut kesesuaian pada diri anda sendiri. ANDA BERHAK MENILAI DIRI ANDA SENDIRI, bukan hanya ikut-ikutan kerana Potensi setiap orang adalah berbeza.
✔ASB Genius juga terbukti memberi kefahaman jelas kepada yang memilikinya hingga ada yang boleh mengajar banker yang merupakan advisor kewangan .Teknik-teknik yang dipersembahkan adalah teknik-teknik yang proven beserta dengan formula-formula kiraan yang tepat yang ditulis dan video tutorial oleh Khairul Ezuwan sendiri yang merupakan Speaker tunggal kepada 26 siri Seminar Potensi ASB & Hartanah yang telah dihadiri oleh 1600 orang dari seluruh Malaysia.
Antara yang akan anda fahami:,
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
✅bagaimana menjana keuntungan 40% setahun melalui ASB?
✅bagaimana Boleh profit 200% sebulan
✅bagaimana kuasa compounding
✅bagaimana Pinjaman ASB 200K dengan komitmen bulanan RM180 sahaja.
✅bagaimana Boleh simpan >RM150K dalam tempoh 5 tahun dengan dengan komitmen bulanan tidak sampai RM900 sebulan.
✅Teknik menggandakan duit sedia ada dalam ASB dgn kuasa profit 5 Kali ganda.
✅Boleh bezakan keuntungan Teknik finance , 10 Kali ganda lebih tinggi keuntungannya dari simpanan biasa dalam ASB.
✅bagaimana memendekkan tempoh pinjaman rumah dari 35 tahun kepada 16 tahun sahaja tanpa penambahan komitmen bulanan dan tanpa INTEREST.
✅bagaimana menggunakan Teknik tanpa modal, tanpa komitmen bulanan Boleh menghasilkan pulangan Lebih 100K dalam tempoh 5 tahun melalui ASB dgn hanya mengaktifkan benda yang mati.
✅bagaimana menetapkan Matlamat dan Motivasi dalam simpanan. Jawapannya adalah bila anda tahu segala proses yang Anda sedang lakukan dan tetapkan matlamat @ tujuan & tempoh. Bila Anda faham, anda sendiri akan tetapkannya.
✅anda silap bila anda suka kira di mana profit bank? Anda kena kaji dimana profit anda sepatutnya.
Ebook & Video ASB Genius ini akan Mengupas Satu persatu teknik-teknik dengan pembuktian Matematik. 'Matematik Tidak akan Menipu '

KLIK utk membeli E-Book ASB Genius




2. Celik Pelaburan ASB - Cikgu Imran
Harga: RM 60 sahaja



Saturday 1 April 2017

Mengira dividen ASB (anggaran) dan bayaran ansuran bulanan pinjaman ASB menggunakan aplikasi android


1. Download aplikasi Financial Calculators



2. Utk mengira dividen ASB, gunakan aplikasi Compound Interest Calculator. Kiraan ini adalah anggaran sahaja kerana bonus tidak diambilkira dalam pengiraan ini. 
  • Principal Amount: Utk diisi nilai sijil/cash yg ada dalam akaun ASB (lump sum)
  • Monthly Deposit: Utk diisi jika membuat simpanan bulanan di ASB
  • Period (month): Tempoh simpanan yg ingin dikira (dlm bulan)
  • Annual Interest Rate (%) : Dividen yg diisytiharkan oleh ASB
  • Compounding: Utk ASB, pilih Annually 
Kemudian klik CALCULATE.

CONTOH 1:
Membuat ASBF sebanyak RM 200k, selama setahun (12 bulan) dgn dividen ASB 6.5%. Selepas setahun, nilai di dalam ASB akan berjumlah RM 213k (maturity value), dgn dividen cash yg diperolehi adalah sebanyak RM 13k (interest amount).


CONTOH 2:
Membuat simpanan cash bulanan dalam ASB sebanyak RM 1,099 selama setahun dgn dividen ASB 6.5%. Selepas setahun, jumlah cash yg ada dalam ASB adalah sebanyak RM 13,647.86 (termasuk dividen RM 459.86).


CONTOH 3:
Membuat simpanan cash lump sum dlm ASB sebanyak RM 13,179 selama setahun, dgn dividen ASB 6.5%. Selepas setahun, jumlah cash yg ada dalam ASB adalah sebanyak RM 14,035.63 (termasuk dividen RM 856.63).



3. Utk mengira komitmen bulanan ASBF, kita gunakan aplikasi Loan Calculator.
  • Loan Amount: Masukkan amaun nilai sijil ASBF (RM200k)
  • Interest Rate: Masukkan interest rate bank (5.2%)
  • Loan Term: Masukkan tempoh pinjaman (tempoh maksimum 30 tahun, umur maksimum 65 tahun)
Kita akan dapati, komitmen bulanan kepada bank adalah sebanyak RM 1,098.22 (Monthly Payment).

Utk mengetahui berapa nilai principal yg akan dipulangkan oleh bank kepada kita setelah kita terminate ASBF setahun selepas itu, boleh click AMORTIZATION.


Selepas setahun (12 bulan), baki pinjaman kita adalah RM197,154.17. Maka, principal yg akan kita perolehi daripada bank apabila kita terminate ASBF ini selepas setahun adalah:
RM200k (nilai sijil) - RM 197,154.17 (baki pinjaman) = RM 2,845.83.

Untuk CONTOH 1 di atas, cash yg diperolehi apabila terminate ASBF selepas setahun adalah:
RM 13k + RM 2,845.83 = RM 15,845.83

INFO: ASB Financing

INFO: ASB Financing

Berikut adalah senarai ejen ASNB:

a1. CIMB Bank (Islamic)
a2. CIMB Bank (Conventional)
b1. MAYBANK (Islamic)
b2. MAYBANK (Conventional)
c. AFFIN BANK (Conventional)
d. BSN (Conventional)
e. RHB (Conventional)
f. AmBank (Islamic & Conventional)

POS Malaysia adalah ejen ASNB tetapi tidak menawarkan perkhidmatan financing.


Perkara asas yg perlu diberi perhatian semasa membuat ASB Financing adalah:
  • Total loan amount: Berapa max yg ditawarkan. Paling tinggi lagi bagus
  • Insurance (ASBRTA): wajib/optional, boleh pilih berapa tahun
  • Tenure: Berapa tahun max yg ditawarkan. Lagi panjang tenure lagi bagus.
  • Interest rate: BR (base rate) + X (spread). Paling rendah lagi bagus.
  • Monthly commitment: Yang paling rendah adalah paling bagus
  • Locking period: Yg takde lagi bagus.
  • Processing fee & extra charges: documentation, stamp duty, exit fee, penalty. Yg takde lagi bagus.
  • Promotion (jika ada) 
#TIPS: Cari bank yg tawarkan amaun financing yg maksimum (mengikut kemampuan), dgn tenure yg paling panjang, dgn interest rate yg paling rendah. Guna kaedah amortization utk dapatkan berapa bayaran bulanan. Bayaran bulanan yg paling rendah adalah yg paling bagus. Jika pinjaman hanya utk 1-3 tahun (teknik terminate & reapply), tak perlu amik ASBRTA. Sekiranya plan utk pinjaman jangkamasa panjang (plan utk hanya makan dividen sahaja apabila pinjaman melepasi 7 tahun ke atas tanpa terminate loan), boleh pertimbangkan utk amik ASBRTA penuh. 


ASB OVERDRAFT (ODASB) / ASB CASH LINE (ASBCL)

APAKAH PERKHIDMATAN OVERDRAFT / CASH LINE?

- A standby facility for your urgent, unexpected financial needs that enables you to obtain cash without unlocking your investment (in ASB).

Maksudnya, kita dapat cash, dgn mencagarkan jumlah nilai yg ada dalam akaun ASB (tukar kepada sijil), tanpa mengeluarkan duit ASB kita (meaning: kiraan dividen ASB tetap berjalan, walaupun duit itu kita gunakan). Biasanya, interest rate OD ni is charged based on overdrawn amount from your OD account on daily rest basis. Kalau guna, baru bayar interest dia, interest dia akan berkurang kalau baki duit yg ada dalam akaun OD bertambah (maksudnya kita masukkan duit dalam akaun OD, interest pada hari tu akan berkurang).



OD INTEREST RATES:
1. RHB: 5.2% (only applicable to Sole Proprietor) (BR=3.65%, X=1.55%)
2. Maybank: (only applicable to Sole Proprietor)

Kebanyakan bank menawarkan OD sebanyak 67% daripada nilai ASB

CARA PENGIRAAN INTEREST OVERDRAFT (OD)
 Pembayaran interest bulanan OD dikira dengan kiraan harian - Daily Rest. Apa itu Daily Rest? - Interest yang dikira harian ke atas credit OD yang digunakan. Pengiraan dibawah adalah interest OD RHB dengan kadar BR 3.65% + 1.55% = 5.2%. Kadar ini akan berubah-ubah apabila kadar BR atau spread dari bank berubah.

Bagaimana interest OD dikira:
Bank yg dipilih: RHB
Interest: 5.2%
Kredit OD: 67% dari nilai ASB
Duit pokok dalam ASB: RM100k
Kita berjaya apply OD dari bank dgn jumlah RM67000
RM67000 x 5.2% = RM3484
RM5557.50 dibahagikan dengan 365 hari untuk mendapatkan interest sehari
RM3484 / 365 hari = RM9.55 /hari
Ini bermaksud: Jika kita guna SEMUA RM 67000 tu dalam satu hari tu, interest yg akan kita kena bayar pada satu hari tersebut adalah RM 9.55

PENGIRAAN INTEREST OD UTK TEMPOH SEBULAN:
(DOWNLOAD)




  • Pada 1hb, keluarkan semua RM67000 sebab nak masuk ASB. (lihat, interest maksimum sehari apabila guna semua RM67000 adalah RM9.55). Tiada baki yg tinggal dalam akaun OD sebab dah keluarkan semua.
  • 9hb kita masukkan duit gaji ke OD: RM5000. (lihat, interest pada hari ini dan hari seterusnya berkurang kepada RM8.83)
  • 18hb kita keluarkan duit dari OD: RM3000 utk bayar hutang (lihat, interest meningkat semula pada hari tersebut dan hari berikutnya kepada RM9.26)
  • 24hb kita keluarkan lagi duit dari OD berjumlah RM2000 utk settlekan bayaran tertunggak (lihat, interest meningkat lagi kepada RM9.55)
  • Setelah ada penambahan duit ke akaun OD pada 9hb, dan pengurangan duit dari akaun OD pada 18hb dan 24hb, jumlah interest yg perlu dibayar utk bulan itu adalah sebanyak RM287.78. Jumlah ini perlu dimasukkan ke dalam akaun OD, utk ditolak pada akhir bulan bagi pembayaran interest. Tiada baki yg tertinggal dalam akaun OD, dan perlu topup RM6700 sekiranya utk tutup akaun OD ini.

Sekiranya kita menggunakan jumlah penuh OD yg diberikan oleh bank (RM67000), tanpa ada duit masuk atau keluar pada bulan Jan tersebut, jumlah interest yg perlu kita bayar utk bulan Jan tersebut adalah RM295.90 (seperti contoh di bawah):



KESIMPULAN:
1. Interest MAKSIMUM yg dikenakan adalah = RM9.55 sehari (berdasarkan andaian kita guna SEMUA duit OD yg diberi kepada kita (RM67000). Interest maksimum utk SETAHUN adalah RM 3484.
2. Jika ada duit masuk ke akaun OD, interest pada hari itu dan hari seterusnya akan berkurang
3. Jika ada duit keluar dari akaun OD, interest pada hari berkenaan dan hari seterusnya akan bertambah
4. Jika kita masukkan semua nilai maksimum OD (atau lebih) ke dalam akaun OD semula (RM67000), maka, interest kita akan jadi 0. (tiada charge interest yg dikenakan oleh bank).
5. Bila rasa2 nak tutup akaun OD ni, kita perlu pulangkan semula semua duit OD tadi ke dalam akaun OD, (RM67000), baru boleh tutup akaun. - provided kita kena jelaskan dulu interest2 yg dikenakan, sekiranya ada outstanding.
6. Cara terbaik utk optimizekan penggunaan OD ini adalah: Asingkan siap2 interest utk setahun atau 2 tahun daripada nilai OD. Balancenya boleh diguna utk membuat modal perniagaan atau pelaburan, atau diguna utk selesaikan hutang secara berperingkat2. Duit dividen ASB itu pula di reserved utk bayaran balik OD, mana tahu tak dapat pulang modal.

# TIPS MENGURANGKAN INTEREST OD:
1. MASUKKAN DUIT GAJI DAN SUMBER PENDAPATAN LAIN DALAM AKAUN OD
2. DUIT YG KELUAR DARI AKAUN OD YG BERTUJUAN UTK BAYAR HUTANG: PERLU BAYAR DI HARI DUE DATE (TAPI JGN LEWAT SAMPAI KENA PENALTY!). JANGAN BAYAR AWAL.
3. NAK PAKAI DUIT, BARU CUCUK DINDING. JANGAN SIMPAN DUIT BANYAK2 DALAM WALLET.
4. SEKIRANYA MENGGUNAKAN DIVIDEN ASB UTK MEMBAYAR INTEREST OD: KELUARKAN DIVIDEN ASB PADA SETIAP AWAL BULAN DAN TERUS TRANSFER MASUK KE AKAUN OD PADA SETIAP AWAL BULAN JUGA.