Friday 7 April 2017

Melabur dalam ASB2 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP)

Melabur dalam ASB2 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP)


Perbezaan antara ASB dan ASB2 boleh dirujuk di sini

Berikut adalah senarai dana2 ASNB yg ditawarkan di bawah skim SPA-KWSP.

Berikut adalah kadar dividen yg diisytiharkan oleh KWSP sebagai perbandingan dgn dividen yg diisytiharkan oleh ASB2.

Cara-caranya:

1. Pergi ke Pejabat ASNB di Menara PNB, Jalan Tun Razak (naik LRT turun di stesen Ampang Park, jalan kaki 5 min ke PNB).

2. Cetak slip KWSP terkini: Mesin kiosk ada disediakan di Kaunter Utama ASNB di Menara PNB.

3. Periksa kelayakan melabur: Formula : (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

4.Setelah semak kelayakan melabur, bersama2 slip KWSP dan kad pengenalan asal, boleh isi borang permohonan yg disediakan oleh pegawai ASNB bertugas.

5. Pastikan cop jari jelas pada borang permohonan.

6. Nilai sen pun diambilkira utk pindahan amaun KWSP Akaun 1 ke ASB2.

7. Pihak KWSP akan menghantar sms (mengambil masa 2-3 minggu selepas permohonan) utk mengesahkan sama ada permohonan berjaya atau tidak. No HP perlu didaftarkan pada i-akaun KWSP terlebih dahulu utk maksud tujuan ini.

8. Pihak ASNB pula akan menghantar surat pengesahan kepada kita, dan memaklumkan jumlah pelaburan menerusi KWSP yg telah dikemaskini dalam akaun ASB2.

9. Apabila perolehi dividen ASB2 menerusi SPA-KWSP ini, ia akan dilaburkan semula ke dalam ASB2 dalam bentuk unit, menerusi saluran SPA-KWSP juga, bukan menerusi saluran pelaburan buku seperti biasa. Maknanya, bilangan unit dalam ASB2 yg menerusi saluran SPA-KWSP ini akan bertambah selepas pengisytiharan dividen. Dividen ASB2 yg diperolehi melalui SPA KWSP ini akan terus dilakukan pelaburan semula ke dalam ASB2 sehinggalah unit-unit itu ingin dijual balik, atau sampai tempoh umur 55 tahun. Apabila ambil keputusan utk menjual unit-unit dalam ASB2 menerusi SPA-KWSP ini, segala amaun pelaburan termasuk keuntungan-keuntungan yg diperolehi akan dipindahkan balik ke akaun 1 KWSP.

10. Penjualan unit ASB2 melalui SPA-KWSP ini melibatkan kesemua unit yg ada, termasuk keuntungan yg diperolehi. Kita tidak diberi pilihan utk menjual sebahagian unit yg kita inginkan, tidak seperti ASB2 yg melalui pelaburan buku (simpanan) yg membenarkan kita menjual unit berdasarkan pilihan kita.

11. Utk pengetahuan, dividen ASB2 yg diperolehi melalui pelaburan buku (simpanan tunai biasa ataupun sijil ASB2 Financing), akan tercatat di dalam buku pelaburan, manakala pelaburan ASB2 melalui SPA-KWSP tidak dicatat di dalam buku pelaburan ASB2. Walau bagaimanapun, ia tetap tercacat di dalam penyata pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir ASB2. 

12. Seperti simpanan biasa ASB2 dan ASB2 Financing; pelaburan ASB2 melalui SPA KWSP ini juga masih tertakluk dgn limit (unit boleh beli/ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) yg ditetapkan.

13. Utk menamatkan pelaburan ASB2 melalui SPA-KWSP, kita hanya perlu pergi ke Pejabat ASNB, dan mengisi borang pengeluaran, dan tandakan SPA-KWSP pada borang tersebut. Tempoh maksimum yg diambil utk memulangkan semula jumlah pelaburan ke KWSP adalah antara 1 ke 2 minggu. ASNB akan menghantar surat kepada kita memaklumkan penjualan unit pelaburan menerusi KWSP, dan juga memaklumkan pembayarannya akan dibuat kepada pihak KWSP.


Klik di sini utk FAQ KWSP



No comments:

Post a Comment