Tuesday 15 November 2016

APA YANG PATUT KITA TAHU BERKENAAN SIMPANAN EMAS

APA YANG PATUT KITA TAHU BERKENAAN SIMPANAN EMAS

1. Kelebihan emas yg utama adalah kerana ia menyimpan nilai (nilai yg terletak pada berat dan ketulenannya), kerana pada hakikatnya, nilai duit adalah bersandarkan pada emas. Disebabkan kelebihan emas yg dpt menyimpan nilai, maka ia diterima di seluruh dunia. Harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang disebabkan kuasa beli wang kertas yg semakin susut. Fahami isu matawang dunia di sini. Klik di sini utk kefahaman lanjut.
 




2. Emas (dan perak) adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan (tiada bukti dokumen pemilikan/laporan/geran pegangan utk support keyakinan bank). Dgn kata lain, emas tidak terikat dgn aset kewangan. Oleh sebab itu, emas tidak diambilkira oleh bank sebagai simpanan atau aset, semasa memohon fasiliti pinjaman, dan dgn sebab itu juga emas terselamat daripada tindakan pembekuan harta oleh pihak bank sekiranya diisytiharkan muflis. Cagaran emas pula akan menjejaskan rekod kewangan kita di mata bank. Emas tidak memberi cash flow dan return selama mana menyimpannya, tidak seperti dividen (melalui saham, unit amanah) atau sewa (melalui hartanah), selain menjualnya dgn harga yg lebih tinggi, atau mencagarkannya utk mendapatkan sejumlah wang. Kita menyimpan emas hanya kerana kelebihannya yg dapat menyimpan nilai. Ia menjadi sgt berguna hanya apabila saat berlaku kelumpuhan dalam sistem wang kertas, iaitu apabila sistem kewangan dunia terpaksa di reset semula. Sistem kewangan terkini sudah berusia hampir 100 tahun, dan sebelum ini, sistem kewangan dunia memang pernah mengalami reset beberapa kali setiap 100-200 tahun sebelumnya. Dgn memiliki emas, ia bertindak sebagai financial insurance (pelindung  kekayaan) - menjadi penyelamat semasa bencana reset sistem kewangan. 

3. Kaedah terbaik utk memanfaatkan emas adalah sebagai simpanan terakhir utk jangkamasa panjang. Simpanan ini seharusnya berdasarkan beratnya (gram), bukan berdasarkan nilainya (RM). Walaupun begitu, emas patut dibeli ketika trend harganya menurun. Emas terbaik utk matlamat simpanan adalah emas pelaburan (iaitu dalam bentuk bar dan dinar: spread paling rendah adalah paling bagus), bukan emas perhiasan. Seperti yg disarankan oleh Azizi Ali, sepatutnya hanya 5-10% daripada keseluruhan kekayaan kita (Net Worth) perlu disimpan dalam bentuk emas pelaburan pada setiap masa. 
TIPS: Sekiranya tiba-tiba Azizi Ali menyuruh kita menyimpan 20%-30% daripada Net Worth dalam bentuk emas, maka itu adalah suatu petanda utk kita lebih alert.

4. Emas hanya dibeli ketika trend harga menurun. Rujuk 24 Hours Spot Gold (Bid) di kitco. Sekiranya line hijau menurun melepasi line merah dan line biru: maka ketika ini kita sudah bersiap sedia utk membeli emas.


Kemudian, kita semak dgn merujuk carta 30 hari (sebulan) utk harga emas, adakah trendnya juga menurun. Sekiranya menurun, maka ini adalah masa yg terbaik utk membeli emas.
*Pergerakan harga emas dunia akan statik pada hari cuti di US


Semasa membeli emas, jangan beli sekaligus dgn satu harga yg sama, walaupun kita mempunyai modal yg besar. Belilah sikit2 (10 gram atau 1 dinar per transaksi). Harga belian pertama adalah penanda aras kepada belian2 seterusnya. Belian seterusnya haruslah mempunyai harga yg lebih rendah dari belian pertama atau harga purata (sekiranya sudah membuat belian lebih daripada 2 kali). Apabila berlaku penurunan harga emas secara mendadak (melepasi harga belian pertama/harga purata), atau situasi semakin genting: Kita patut gunakan peluang itu utk tambahkan pelaburan dalam emas secepat mungkin. Jangan jual emas apabila harga emas jatuh! Jika harga emas lebih tinggi dari belian pertama/harga purata, jgn beli emas! Simpan saja duit tu di dalam ASB/Tabung Haji. Disebabkan kelebihan emas ini hanyalah terletak pada sifatnya sebagai penyimpan nilai, dan tidak memberi manfaat dari segi pulangan apabila sedang menyimpannya, maka kita tidak perlu tergesa-gesa utk membeli emas. Lagipun, hanya 5-10% sahaja daripada keseluruhan kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Pihak yg mewarwarkan supaya sentiasa membeli emas tidak kira sama ada waktu harga tinggi atau rendah sebenarnya adalah agen/dealer emas - yg bertujuan sebagai strategi utk meningkatkan jualan emas/komisen jualan rangkaian mereka.

Faktor fundamental yg mempengaruhi harga emas adalah: US Unemployment Report. Biasanya laporan ini dikeluarkan pada setiap hari Jumaat minggu pertama, pada 8.30pm waktu Malaysia. Ia memberi gambaran tentang situasi pekerjaan dan ekonomi US. Apabila laporan pekerjaan positif, stock market akan naik, maka, emas akan jatuh! (waktu sesuai utk membeli emas!).

Walaupun begitu, tukaran matawang juga memainkan peranan dalam situasi ini. Bandingkan harga emas dalam Ringgit Malaysia utk mengetahui harga emas bersandarkan tukaran wang kepada Ringgit Malaysia.

Contoh:

Harga tertinggi emas pada awal tahun 2015 adalah sekitar USD1,300.70/oz dan telah turun serendah USD1,050.80/oz pada akhir tahun 2015, iaitu kejatuhan sekitar 19% atau secara puratanya, sekitar 10.7%.


Tetapi lain pula berlaku di Malaysia. Pada awal tahun 2015, harga emas sekitar RM140/gram, dan pada bulan Disember 2015, harga emas di Malaysia menutup tirai sekitar RM150/g.


 Ini terjadi disebabkan pada tahun 2015, Ringgit jatuh 35% ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun, pernah mencecah RM4.40/USD.


Secara ringkasnya, di bawah ini adalah faktor2 umum yg mempengaruhi turun naik harga emas:
  • Prestasi USD / Ekonomi US: Ekonomi US lemah, USD menyusut berbanding matawang lain (cth EURO), pengangguran tinggi, prestasi EURO meningkat, harga emas meningkat.
  • Kenaikan permintaan dalam industri perhiasan dunia: Lebih tinggi permintaan, harga emas meningkat.
  • Bank sentral dunia yg memonopoli pembelian emas.
  • Isu politik, kemelesetan ekonomi, peperangan.
  • Kenaikan harga minyak dunia: Harga emas turut meningkat.
  • Kenaikan kadar inflasi: Harga emas turut meningkat.

5. Simpan emas dalam bentuk emas fizikal. Bukan buka akaun pelaburan emas (GIA - Gold Investment Account) di bank. (sama seperti beli rumah fizikal, bukan buka akaun REIT - Real Estate Investment Trust). Dgn membeli emas dalam bentuk fizikal, ketika harga emas jatuh, emas fizikal ini tidak berkurang walau 1 gram pun, tetapi nombor2 yg tertera pada kertas akaun GIA sudah berkurang. Selain itu, elakkan juga membeli emas perhiasan, dan produk collector sekiranya tujuan membeli emas utk pelaburan.

6. Berikut adalah kriteria yg perlu diambilkira semasa membeli emas utk tujuan simpanan dan pelaburan:
  • Beli emas pelaburan di syarikat berkredibiliti dlm Malaysia:  Kijang Emas BNM (dijual di Maybank), emas jenama antarabangsa yang dijual di UOB Bank, dan Public Gold. Ini disebabkan terdapat banyak kes jualan emas yg dipalsukan ketulenannya. Selain emas Public Gold, 1 Oz Maple Leaf dan 1 Oz Australian Nugget boleh dibeli di UOB Bank. Jangan beli emas pelaburan di kedai emas kerana harganya yg tinggi dan syarat jualan baliknya yg cerewet. Pastikan harga emas yg dibeli itu tersebut lebih rendah dari harga kedai emas. Jika membeli emas pelaburan berjenis bar atau dinar, cari yg mempunyai pengiktirafan LBMA.
  • Tujuan spread adalah untuk mengetahui item mana yg hendak dibeli dari satu2 syarikat yg telah dikenalpasti itu. Pilih item yg mempunyai spread yg kecil. Item yg mempunyai spread yg lebih kecil adalah yg lebih bagus. Semakin berat emas, semakin kecil spreadnya. Nilai spread biasanya adalah tetap utk satu2 jenis item utk syarikat emas yg sama. Sekali sekala, sila buat counter check utk nilai spread 2-3 tahun lepas dgn nilai spread terkini. Ia sepatutnya sama. Spread adalah perbezaan harga emas antara Sell (harga yg dijual kepada kita) dan Buy (harga yg dibeli daripada kita), dibahagikan dgn Sell dan didarab dgn 100. Emas pelaburan terbaik adalah Emas 999 dlm bentuk bar dan dinar kerana ia mempunyai spread yg kecil. Emas yang spreadnya lebih 10% adalah dikira tinggi, dan tidak sesuai utk tujuan pelaburan.

Contoh mengira spread dan mengira keuntungan
Beli 10 gram LBMA Gold Bar 24K daripada Public Gold pada 21 November 2015 dgn harga RM 1624 (PG Sell)
Kiraan Spread: (1624-1495)/1624 x100 = 8% (item ini mempunyai spread yg kecil)
Harga ini akan ditambah gold premium utk SETIAP item yg dibeli. Utk contoh ini, gold premium nya adalah RM10.


Plan utk jual balik item ini kepada Public Gold pada 12 September 2016. Harga buy back emas adalah berdasarkan Harga Terkini PG Buy pada ketika itu. Utk contoh ini, pada 12 September 2016, harga PG Buy utk 10 gram LBMA Gold Bar 24K pada ketika ini adalah RM 1713. Maka utk kiraan untung, harga terkini PG Buy ini akan ditolak dgn harga Actual PG Sell semasa kita beli emas tu dulu:
Untung = RM 1713 - RM 1634
            =  RM 79 (4.83%)
 


(DOWNLOAD)
  • Harga per gram yg terendah: Bandingkan harga per gram yg terendah bersandarkan spec yg sama, antara syarikat2 penjual emas yg berkredibiliti. Bagus memilih item yang lebih kecil saiznya (lebih tinggi kecairan) supaya mudah dijual sikit-sikit apabila perlu nanti. Emas perhiasan tidak digalakkan utk tujuan pelaburan kerana apabila ingin menjual balik, ia mempunyai spread yg tinggi dan pergerakan harganya yg perlahan. Selain itu, harga jualannya yg lebih mahal, dan chargenya termasuk kos upah (yang boleh dimanipulasi pekedai emas). Walaupun begitu, ada juga barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.
Gold Premium adalah perbezaan antara harga jualan syarikat dgn harga spot gold. Berikut adalah perbandingan harga emas per gram (dgn spec yg sama) antara syarikat2 pengeluar emas di Malaysia. Tujuan buat perbandingan ini adalah utk mengetahui syarikat mana menjual emasnya dgn harga yg paling hampir dgn harga emas terkini (spot gold). Peratusan Premium over Spot yg paling rendah adalah yg paling bagus. Pastikan perbandingan dibuat berdasarkan spec yg sama berdasarkan berat dan ketulenannya (utk contoh di bawah adalah emas 10 gram, 24K). Harga jualan emas per gram yg lebih rendah menghampiri harga spot adalah yg paling bagus. Sila buat perbandingan terkini antara syarikat2 penjual emas, utk mengetahui status terkini.
*Kijang Emas adalah sebagai kawalan sahaja kerana beratnya dikira dalam Oz (tidak tepat utk dibuat perbandingan). 1Oz = 31.105g, 1 Dinar = 4.25g.

(DOWNLOAD)
  • Byk cawangan utk memudahkan transaksi: Jika ingin menjual emas, hendaklah jual di syarikat di mana emas itu dibeli, kerana harga belian baliknya lebih tinggi. Oleh itu, syarikat yg mempunyai banyak cawangan adalah lebih baik. Biasanya kalau nak beli emas di mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.
  • Supply stok yg tiada had: Apabila harga emas jatuh mendadak, kita masih boleh membeli emas pada harga terendah tanpa had. Satu kelebihan apabila syarikat itu mengaplikasikan belian mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Boleh lock terus harga yg rendah (booking harga). Kebanyakan syarikat emas, apabila harga emas jatuh dan kita mahu membeli emas, mereka terus hold stock, tak pun barang terus out of stock. Tapi, bila harga tinggi, muncul pulak stok-stok tu.
  • Jaminan beli balik tanpa had: Cari syarikat yg mempraktikkan beli balik emas tanpa banyak syarat/cerewet. Teliti dan fahami syarat jualan balik emas. Sesetengah syarikat, sekiranya emas calar, hilang resit asal atau seal rosak/buka seal, emas tersebut sudah mengalami kejatuhan nilai yang sangat banyak. Sekiranya buka seal plastik, 25% akan ditolak dari harga belian. Ia dikira sebagai used gold
  • Diterima secara meluas oleh Ar-Rahnu: Beli emas yg diterima secara meluas oleh Ar-Rahnu. Ar-Rahnu adalah fasiliti pinjaman bercagarkan emas (pajakan emas) yang interestnya sekitar 14% – 18% setahun, selalunya digunakan utk tujuan pusingan modal bisnes. Lebih bagus sekiranya emas yg dibeli itu disertakan sekali dgn sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas, supaya mudah diterima oleh Ar-Rahnu utk tujuan pajakan. 2 keadaan yg sesuai utk memajak emas di Ar Rahnu, iaitu (i) semasa harga emas turun banyak secara mendadak (tak lama selepas itu harga akan naik semula, dan mudah utk tebus balik), dan (ii) duit pinjaman Ar-Rahnu itu digunakan untuk perkara yang memberi keuntungan melebihi kos pajakan (seperti digunakan utk modal pusingan bisnes). Jangan satukan semua emas gadaian di dalam satu surat pajak. Asing-asingkan supaya mudah nak tebus satu per satu. Bagus sekiranya duit yg diperolehi daripada hasil gadaian di Ar Rahnu itu diasingkan sedikit bagi tujuan membayar sekaligus kos upah simpan utk 6 bulan. Jangan pajakkan kesemua gram emas yg kita ada, sebaik2nya kurang daripada 50% gram, utk tujuan pajakan.  
  • Beli emas yg tidak dikenakan caj 6% GST: Mulai 1 April 2015, kesemua emas yg dibeli di Malaysia akan dikenakan caj GST 6% kecuali: (i) Emas LBMA (Public Gold, Pamp Suisse dan jenama antarabangsa yg lain) (ii) Kijang Emas BNM (dijual di Maybank).
  • Utk emas yg bebas caj 6% GST, ia perlu memenuhi 3 syarat: (i)Ketulenan 995 dan ke atas, (ii) Mendapat akreditasi LBMA (London Bullion Market Association), (iii) Dijual beli dgn tujuan pelaburan sahaja.

7. Utk elak ditipu semasa urusniaga emas fizikal, dinasihatkan supaya berurusan terus dgn syarikat yg bereputasi: place order sendiri, bayar sendiri, dan ambil emas tu sendiri. Jgn tertipu! Klik sini.

8. Jangan meminjam untuk membeli emas! Menyimpan emas tidak generate cash flow.

9. Tempat terbaik utk menyimpan emas sekiranya sedikit adalah di tempat yg kreatif di dalam rumah, iaitu tempat yang orang biasanya tak terfikir (semestinya bukan di dalam almari atau belakang rak), dan ia patut disimpan di beberapa tempat. Tetapi harus diingat tempat2 tersebut supaya tidak terlupa, dan harus diberitahu kepada pasangan/waris yg amanah berkenaan tempat simpanan rahsia ini, sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri kita. Sekiranya banyak, tempat terbaik utk menyimpan emas adalah di Safe Deposit Box, sama ada di bank, ataupun syarikat swasta, bergantung saiz box (cari yg kos sewaan murah, cover insurans yg tinggi, dan waktu operasi yg fleksible). Ar-Rahnu bukanlah tempat utk menyimpan emas! (walaupun ada charge upah simpan).

10. Sekiranya bercadang utk membeli barang kemas bagi tujuan perhiasan, tips2 di bawah ini boleh diaplikasikan:
  • Pilih jenis emas 916 (diterima di Ar Rahnu utk pajakan, sekiranya terdesak).
  • Pilih barang kemas padu sahaja (elakkan barang kemas berlubang, atau kosong di dalam).
  • Elak pilih barang kemas yg ada batu permata: Nilainya sangat rendah bila dijual balik dan tidak diterima untuk gadaian. Emas 916 memang tiada batu permata kerana ia tidak cukup kuat untuk memegang permata.
  • Simpan resit belian yg asal (resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas tu semasa jualan balik pada pengeluar).
  • Jangan pilih emas putih: harganya lebih mahal daripada emas 999, tetapi hanya mengandungi samaada 75% atau 37.5% sahaja emas, selebihnya dicampur dengan logam lain.
  • Pilih emas yg mempunyai kos upah yg terendah. Biasanya harga yang di publish oleh pekedai emas ialah harga tanpa kos upah. Gunakan formula: (harga emas + kos upah) / berat utk tahu harga per gram sebenar. Antara hidden cost lain selain kos upah, adalah transportation cost. (perlu ambilkira dalam menentukan harga sebenar emas per gram).
  •  Cari kedai yang jual emas bawah dari harga yang dipaparkan di FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)
  • Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi
  •  Beli barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.


11. Bagi emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (disimpan), jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

Bagi emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun, tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi  uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9