Sunday 22 October 2017

Perspektif 90% dan 10%

Perspektif 90% dan 10%

Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah ini? Apa yg kita lihat?

Gambar 1:

Gambar 2:

Gambar 3:

 Apa yg ingin disampaikan: Setiap dari kita mempunyai sisi pandang yg mungkin tidak sama, walaupun memandang pada satu objek/perkara yg sama. Begitu juga pandangan berkenaan cara menguruskan WANG.

Senario: Katakan kita sedang memandu Myvi di atas jalanraya. Tiba2 kereta Honda Accord keluaran terbaru meluncur laju memotong Myvi kita. Mata kita tidak melepaskan peluang memandang Honda Accord itu sehingga ia lenyap dari pandangan. Hati mula berkata-kata alangkah best nya kalau dapat memandu kereta Honda Accord baru itu, kelihatan sangat bergaya dan berasa bangga apabila dihormati kawan2 kerana mampu memiliki kereta tersebut. Sejak hari itu kita memasang angan-angan untuk memiliki kereta tersebut walau dgn apa cara sekalipun. 


Ini adalah sisi pandang 90% daripada masyarakat kita apabila terpandang kereta idaman mereka, yg kebanyakannya sedang memandu kereta yg agak sederhana. Sudah tentu lagi 10% itu adalah mereka yg sudah berjaya memiliki kereta idaman tersebut. Tetapi adakah sisi pandang kita yg mewakili 90% ini sama dgn sisi pandang mereka yg 10% itu?

Untuk memiliki kereta idaman tersebut, kita perlu memahami cara/teknik daripada mereka yg sudah berjaya memilikinya. Untuk menjadi seperti mereka yg 10% itu, kita yg mewakili 90% ini perlu melihat dari kacamata mereka bagaimana mereka menguruskannya, bukan melihat dari kacamata sendiri. Di sini pentingnya utk kita benar2 memahami sisi pandang mereka yg sudah berjaya memiliki kereta idaman tersebut.

Rupa-rupanya, apabila ditanya kepada mereka, mereka juga kalau boleh tidak hingin memiliki kereta dgn bayaran bulanan yg tinggi. Mereka juga tidak rela berhabis duit membeli sesuatu yg tidak memberi manfaat keperluan kepada mereka selain dari rasa lebih dihormati rakan2 dan terasa sgt bergaya. Kebanyakan mereka yg memiliki kereta mewah/idaman ini adalah kerana utk memanfaatkan potongan cukai perniagaan mereka. Jika mereka diberi pilihan, mereka lebih senang memiliki kereta yg sederhana dan berbelanja di bawah kemampuan, sedang mereka berbelanja hasil daripada pendapatan yg dijana daripada aset2 mereka, bukan daripada simpanan mereka. Mereka juga berpendapat, sekiranya mereka mempamerkan cara hidup mewah dan menonjol, mereka lebih mudah terdedah kepada risiko yg menjadikan mereka potensi mangsa jenayah. Walaupun begitu, di satu sisi yg lain, dgn berkereta mewah, mereka dapat memanipulasi (memanfaatkan paparan imej berkedudukan tinggi bagi tujuan memperoleh keyakinan daripada pihak lain) khususnya golongan 90%. Ini kerana bagi golongan 90%, jenis kereta yg dipakai adalah gambaran sebenar tahap kemampuan dan status kewangan seseorang.


Berikut dikongsikan 10 sisi pandang golongan 10% tadi, mudah-mudahan kita dapat mencontohi mereka, dan menjadi sebahagian daripada mereka:

1. Matlamat mereka menyimpan adalah utk membeli aset2 hartanah (selain simpanan kecemasan 6 bulan gaji), supaya aset2 itu nnt akan menjana wang utk mereka.  Mereka berbelanja daripada hasil janaan aset2 tadi, dan bukan daripada duit gaji/duit simpanan mereka. (kita berbelanja dari duit gaji yg diperolehi). Selalunya kita akan habis berbelanja dgn duit gaji yg diperolehi, kerana kita yakin bulan depan kita akan dapat gaji lagi. Oleh sebab itu kita tidak berasa risau. Kita terlupa yg pada suatu hari kita mungkin mengalami 2 perkara ini; sama ada kita tinggalkan kerja kita (faktor kesihatan, keluarga), atau kerja kita yg tinggalkan kita. Walaupun kita mungkin terima pampasan, tetapi duit selambak hasil pampasan itu akan habis juga, dan tidak sama dgn duit yg diperolehi tiap-tiap bulan. Oleh sebab itu, sementara mempunyai sumber pendapatan bulanan, lebih bijak sekiranya ia disimpan utk membeli aset - yg kemudian akan memberi pulangan semula kepada kita, dan akan bertindak sebagai passive income kepada kita, sekiranya kita sudah tidak bekerja nanti. Dengan hanya menyimpan, lambat laun ia akan diguna dan akan habis, tetapi simpanan yg ditukarkan kepada aset, akan bertindak sebagai passive income yg akan menjana wang terus menerus kepada kita.



2. Mereka mengamalkan force saving, mendahulukan duit yg perlu disimpan (berdasarkan matlamat simpanan utk membeli aset), berbanding utk dibuat belanja. (kita mendahulukan duit utk dibuat belanja dulu, dan bakinya baru disimpan). Salah satu tabiat berbelanja golongan 10% ini adalah mereka berbelanja di bawah kemampuan, tidak seperti golongan 90% yg gemar berbelanja di luar kemampuan, di mana mereka sanggup berhutang untuk perkara yg tidak memberi cash flow positif kepada mereka. Golongan 10% tidak menyimpan cash di bank, tetapi di tempat yg memberikan pulangan dividen yg lebih tinggi (FD, ASB, TH). Mereka berbelanja dgn dividen yg diterima, tanpa mengusik duit pokoknya. Pada mereka, bank hanya sebagai tempat parking duit sementara mahu guna saja (mudah nak keluarkan duit). Mereka juga menyimpan dalam bentuk bar emas fizikal sebagai simpanan terakhir utk jangkamasa panjang. 5-10% daripada Net Worth (aset - liabiliti) mereka disimpan dalam bentuk emas. Mereka menukarkan cash kepada emas fizikal, dan mereka menyimpannya. Hampir 98% daripada golongan 10% ini berniaga. Walaupun ada di antara mereka yg masih makan gaji, tetapi mereka tetap juga berniaga walaupun secara sambilan.



3. Mereka lebih fokus dgn matlamat simpanan mereka, iaitu utk memiliki aset, walaupun mereka sedar, duit simpanan mereka itu mampu utk membeli kereta idaman mereka. Mereka membeli kereta idaman daripada hasil janaan aset2 yg mereka miliki. (kita bila sudah cukup duit yg dikumpul, akan terus beli kereta idaman). Mereka membeli rumah atas nama anak2 seawal yg boleh. Cukup umur anak itu, rumah itu akan dipindah milik. Mereka tidak sewenang-wenangnya menjual hartanah. Hartanah akan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Mereka bukan saja mewariskan hartanah, tetapi mewariskan ilmu utk menguruskan harta-harta itu kemudian hari.



4. Selain mewariskan ilmu dan perniagaan kepada anak2 mereka, golongan 10% ini juga melanggan insurans/takaful bagi memastikan waris-waris mereka dilindungi sekiranya berlaku apa2 yg tidak diingini ke atas mereka. Ini bermakna, setiap dari mereka yg 'pergi', keturunan selepas mereka akan bertambah kaya, dan dgn ilmu yg benar, kekayaan itu akan bertambah dari satu generasi ke satu generasi. Utk tujuan ini, mereka akan pastikan mereka membayar amaun yg paling minimum utk mendapat nilai perlindungan (coverage) yg paling maksimum.



5. Golongan 10% ini juga berhutang, tetapi mereka dapat membezakan antara hutang baik dan hutang jahat. Pada mereka, berhutang hanyalah untuk perkara2 yg memberikan cash flow positif, ataupun yg dapat memberi peningkatan nilai sahaja, seperti membeli aset. Mereka tidak sewenang-wenangnya berhutang utk perkara2 liabiliti. Seperti kereta, tentunya mereka terpaksa berhutang, tetapi mereka mempunyai kaedah tertentu sebagai panduan utk membeli kereta. Antara contoh hutang baik yg biasa dibuat oleh golongan 10% ini adalah pembiayaan rumah, dan ASB Financing. Tidak seperti mereka, golongan 90% lebih gemar membuat Personal Loan - melalui potongan gaji setiap bulan, memakan tahun utk melunaskannya, dan dgn kadar interest yg tinggi, ia menghakis simpanan yg sedia ada.



6. Mereka tidak terpedaya dgn berbelanja sesuka hati menggunakan kad kredit. Biasanya mereka mempunyai hanya 1 kad kredit (limit tertinggi, mudah utk mengurusnya), dan mereka akan berbelanja secara berhemah. Mereka melihat sisi positif pada kad kredit iaitu tidak perlu membawa cash yg banyak, dan memanfaatkan masa 50 hari free interest utk membayar penuh, disamping claim points/cashback dari kad kredit itu. (kita kalau boleh mahu penuh wallet dgn kad kredit dari bank yg pelbagai sebab boleh berbelanja sesuka hati, dan kita lebih berminat utk bayar minimum setiap bulan).



7. Mereka lebih bijak mengambil peluang sesuai dgn perubahan iklim ekonomi. Ketika majoriti org berlumba2 membeli hartanah (ekonomi bagus), golongan 10% ini akan menjual hartanah mereka dgn rasa senang hati kerana golongan 90% mampu membelinya. Ketika majoriti org berlumba2 menjual hartanah mereka (ekonomi kurang bagus), golongan 10% ini akan membeli hartanah yg dilelong/dijual dgn harga yg rendah, kerana golongan 90% terdesak utk menjualnya. Begitu juga apabila membeli barang2 keperluan harian, golongan 10% ini akan manfaatkan jualan murah (sale), jualan gudang (wholesale) dan potongan harga. (kita asal nak beli saja barang dan ada duit, akan terus saja beli).



8. Percaya atau tidak, golongan 10% ini lebih senang membantu org lain bagi tujuan meningkatkan pendapatannya. Jika ada projek hartanah baru yg 'good deal', mereka tidak makan sorang. Mereka akan mengajak semua kaum kerabat utk turut sama merasai kemakmuran keuntungan. Berbeza dgn golongan 90%, yg lebih mementingkan wang utk diri sendiri. Kalau boleh, nak buat sorang2 supaya boleh kaut untung lebih banyak seorang diri.



9. Golongan 10% ini mendapat maklumat sebenar tentang ilmu kewangan dan pelaburan daripada pembacaan buku2, dan dari situ mereka membuat analisis dan perbandingan bagi memastikan keputusan yg mereka buat itu adalah tepat. Disebabkan bacaan yg meluas, mereka sangat arif dgn teknik2 penipuan yg dikaburi dgn istilah pelaburan. Mereka dapat mengenalpasti dengan jelas perbezaan antara pelaburan sebenar dgn penipuan pelaburan. Pada mereka, pelaburan yg lebih dulu harus diutamakan adalah pelaburan dalam ilmu pengetahuan, kemudian baru diikuti dgn pelaburan wang. Berlainan pula dgn golongan 90% yg rata-ratanya lebih berminat dgn jalan pintas, mudah, dan mata kelabu apabila dijanjikan pulangan lumayan setiap bulan. Mereka lebih rela berhabis duit utk tujuan ini. Golongan inilah yg paling mudah ditipu oleh pengendali2 skim cepat kaya, di mana methodnya yg pelbagai, turut berevolusi sesuai dgn keadaan semasa.



10. Golongan 10% ini berfikiran sgt jauh. Benar, mereka bersungguh-sungguh mencari harta di dunia berbekalkan ilmu dan kemahiran yg mereka ada, tetapi mereka juga faham yg kehidupan mereka di atas dunia ini adalah sementara. Oleh itu, mereka mahu melihat harta yg mereka miliki di atas dunia ini menjadi saham buat mereka semasa kehidupan yg sebenarnya nnt selepas mereka mati. Bagi mereka, kekayaan yg sebenar adalah apa yg akan mereka bawa ke kehidupan yg sebenar. Mereka sgt memahami bahawa harta2 yg diperolehi di atas dunia ini bukanlah milik mutlak mereka, dan mereka hanya mentadbir sahaja harta2 ini. Oleh itu, mereka akan mentadbir harta2 ini dgn baik dan benar. Bersedekah (amalan menyantuni dan meraikan fakir miskin dan anak yatim) sudah menjadi kelaziman mereka sejak mereka belum kaya lagi, dan sesudah mereka kaya, bersedekah menjadi sebati dgn darah daging mereka. Pada mereka, rasa kepunyaan (owned) dan rasa kejayaan/kepuasan mentadbir harta itu wujud apabila mereka mula memberi kepada orang lain yg benar2 memerlukan utk dimanfaatkan ke jalan yg baik.


Sila kongsikan sekiranya bermanfaat!

Sunday 2 July 2017

ZAKAT PEMBIAYAAN ASB (ASBF)

ZAKAT PEMBIAYAAN ASB (ASBF)



 Zakat dikenakan kepada mereka yang mempunyai simpanan yang cukup HAUL DAN NISAB, iaitu sebanyak 2.5%. Kadar nisab zakat bagi Wilayah Persekutuan utk tahun 2017 adalah sebanyak RM 14, 083.

Sijil ASB itu harus sempurna milik utk ia dikenakan zakat. Bagi pelabur ASBF, sijil itu masih belum sempurna milik lagi kerana ia masih dicagar kepada bank. Oleh itu ia tidak perlu dikenakan zakat.

Walaupun begitu, dividen yg diperolehi dan cash yg ada dalam ASB wajib dikenakan zakat jika ia cukup haul DAN nisab:

NISAB: RM 14,083 (WP, 2017)
HAUL: 1 Tahun
  •  Jika cash/dividen itu cukup nisab, tetapi belum cukup haul, maka ia tidak wajib zakat.
  • Jika cash/dividen itu cukup haul, tetapi belum cukup nisab, maka ia tidak wajib zakat.

 Contoh 1:
Ahmad apply ASBF RM 200k. Dapat dividen RM 15k pada Januari 2017. Dia tidak usik dividen. Duit dividen PALING RENDAH sepanjang 2017 (Jan-Dec) adalah RM 15k. Maka, Ahmad WAJIB zakat 2.5% dari RM 15k, kerana RM15k itu cukup nisab, dan haulnya cukup 1 tahun.

Contoh 2:
Ahmad apply ASBF RM 200k. Dapat dividen RM 15k pada Januari 2017. Ahmad gunakan dividen RM 13k utk bayar installment bank (rolling dividend), dgn cara sebulan Ahmad membayar RM 1084. Selepas setahun daripada menerima dividen tersebut (December 2017), baki dalam ASB Ahmad ada sebanyak RM 2k. Maka, Ahmad TIDAK WAJIB zakat, kerana duit yg ada dalam ASB Ahmad tidak cukup nisab (ada RM 2k saja). Yg cukup haul setahun adalah RM 2k. Dividen RM 2k itu tidak cukup nisab utk dikenakan zakat.

Contoh 3:
 Ahmad apply ASBF RM 100k. Dapat dividen RM 8k pada Januari 2016. Dia tidak usik dividen.Maka, pada December 2016, Ahmad TIDAK WAJIB zakat kerana ia masih belum cukup haul. Pada Januari 2017, Ahmad terima dividen RM 9k, dan ia tidak usik dividen juga. Balance cash/dividen paling rendah dalam akaun ASB Ahmad pada December 2017 adalah RM 17k. Maka, Ahmad WAJIB zakat 2.5% dari RM 17k. Ini kerana utk tahun 2017, baki paling rendah akaun ASB Ahmad cukup haul dan nisab utk dikenakan zakat.

Kesimpulannya, nisab dan haul perlu cukup syarat utk diwajibkan zakat.

TIPS SENANG KIRA ZAKAT:
  • Tengok BAKI PALING RENDAH akaun ASB sepanjang tempoh SETAHUN.
  • Semak nilai NISAB utk tahun berkenaan.
  • Jika baki paling rendah berada di bawah nilai NISAB, maka ia tidak wajib zakat.
  • Jika baki paling rendah berada lebih tinggi daripada nilai NISAB, maka diwajibkan zakat 2.5% daripada nilai itu.

Saturday 29 April 2017

Penyamaran Atas Talian

Penyamaran Atas Talian

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan industri atas talian, selain menyediakan kemudahan kepada pengguna melalui kaedah transaksi yg cepat dan menjimatkan masa, tenaga dan wang, ia juga telah membuka ruang dan peluang baru kepada penyangak2 digital utk melakukan jenayah. Modus operandi yg biasa mereka praktikkan adalah melalui teknik penyamaran. Penyamaran ini boleh berlaku sama ada melalui percakapan suara di talian telefon, ataupun melalui sebaran pautan laman web palsu melalui email.

Berikut adalah RAKAMAN SITUASI SEBENAR bagaimana mereka mempraktikkan teknik penyamaran ini. Sila dengar dgn teliti dan perhatikan skrip yg mereka gunakan:

Sila klik di sini utk penjelasan berkenaan modus operandi penyamaran atas talian ini.

Kita harus sedar, matlamat sebenar mereka lakukan penyamaran dalam talian ini ialah: Supaya kita memindahkan sejumlah wang dari akaun kita kepada akaun mereka. Inilah yang sebenarnya mereka ingin kita lakukan.

Di bawah ini adalah helah dan kaedah untuk mengalihkan perhatian mangsa, semasa mereka melakukan penyamaran dalam talian:

1. Cetuskan situasi PANIK kepada mangsa. Cth: Sejumlah wang telah dibelanjakan melebihi had di luar negara oleh pihak lain dgn kad kredit/debit mangsa tanpa kebenaran. Utk mencetuskan situasi yg lebih panik, kita akan menerima panggilan telefon daripada mesin penjawab automatik yg kononnya panggilan itu dibuat daripada Credit Card Centre bank itu sendiri. Kemudian mesin penjawab automatik tersebut akan memberitahu kita jumlah hutang yg perlu dibayar atas penggunaan kad kredit/kad debit tersebut, walhal kita tidak berhutang sebanyak itu pun. Kemudian, kita diberi pilihan spt 'tekan 1', 'tekan 2', dan sebagainya. Ini hanyalah helah yg bertujuan untuk mengelirukan kita dan meyakinkan kita yg panggilan itu benar-benar datangnya daripada pihak bank.

2. MeYAKINkan mangsa yg mereka adalah pihak berautoriti (pegawai institusi kewangan/bank, bahagian siasatan Bank Negara, peguam dari mahkamah, pegawai polis dari Bukit Aman, pihak syarikat telekomunikasi). Cth: Memaklumkan mangsa yg siasatan sedang dijalankan, dan akaun bank mangsa akan dibekukan. Oleh itu, meminta mangsa memindahkan kesemua wang yg ada ke akaun sementara semasa siasatan sedang dijalankan.

3. Penyamar akan menggunakan teknik Caller ID Spoofing melalui aplikasi VOIP (Voice Over Internet Protocol) - Nombor telefon pihak yg berautoriti akan terpapar di skrin mangsa, seolah-olah panggilan itu benar-benar dibuat oleh pihak berautoriti tersebut, tapi sebenarnya bukan. Berikut adalah contoh bagaimana panggilan jenis ini dapat dibuat.


4. Bagi membolehkan pemindahan wang dibuat dari akaun mangsa ke akaun mereka, mereka sangat memerlukan info2 di bawah ini. Alasan yg biasa mereka berikan utk mendapatkan info2 ini daripada  mangsa - mereka akan katakan info2 ini adalah utk tujuan PENGESAHAN.
  • Nombor yg tertera pada kad debit/kredit mangsa berserta 3 digit nombor yg terletak di belakang kad. 
  • Tarikh tamat tempoh kad mangsa
  • Nama penuh dan nombor kad pengenalan mangsa

5. Terdapat 2 jenis penyamaran yg dilakukan:
  • Penyamar tidak tahu identiti sebenar mangsa. Oleh itu mereka akan meminta maklumat mangsa seperti identiti diri (nama, no kad pengenalan) dan nombor yg tertera pada kad debit/kredit. Helah yg biasa mereka lakukan utk mendapatkan butir-butir ini adalah dgn mengatakan bahawa nama penuh dan nombor kad pengenalan itu diperlukan utk mereka buat semakan melalui sistem mereka, dan akan mengesahkan sama ada benar2 ada org yg menggunakan identiti kita pada kad debit/kredit tersebut bagi membuat pembelian. Tujuan mereka mendapatkan maklumat-maklumat seperti ini adalah utk membolehkan transaksi pemindahan wang dijalankan tanpa persetujuan kita. Langkah mudah utk mengatasi modus operandi penyamar berjenis ini (tidak tahu identiti sebenar mangsa) - adalah dgn mengaplikasikan kaedah Penentu-sahkan - iaitu memalsukan dari awal maklumat yg mereka kehendaki, dan dari situ kita mula menyemak: Adakah mereka dapat detect identiti dummy yang kita berikan itu (melalui pengesahan nombor IC) sebenarnya adalah individu yg tidak terlibat/tiada kaitan dalam kes ini.  
  • Penyamar tahu identiti sebenar mangsa. Ini berkemungkinan disebabkan kebocoran maklumat daripada sumber2 seperti borang langganan (telefon, kad kredit, insurans,dsb). Antara maklumat yg mereka ketahui adalah seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat rumah. Bagi penyamar berjenis ini, mereka sudah sedia mengetahui nama sebenar kita, alamat kita, nombor telefon, dan sebagainya. Walaupun begitu, kita tetap tidak sekali-kali mendedahkan maklumat-maklumat lain yg ditanya oleh mereka. Ini kerana, tiada akan ada pihak lain (walaupun pihak bank, polis, peguam, dll) yg akan meminta maklumat2 penting kita melalui talian telefon. Perkara penting yg harus kita tahu: TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG MENYURUH KITA MEMINDAHKAN WANG KITA KE DALAM AKAUN LAIN, WALAU DENGAN APA SEBAB SEKALIPUN. Sekiranya ada pihak yg menyuruh melakukan perkara ini, ketahuilah dia adalah penipu.

Berikut adalah langkah-langkah yg perlu diambil sekiranya anda menerima panggilan yg disyaki sebagai penyamaran atas talian ini:
  • Jangan panik! Cuba bawa bertenang. Jangan percaya kepada pemanggil.
  • Tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan identiti diri (nama, no kad pengenalan) dan nombor yg tertera pada kad debit/kredit, atau apa saja maklumat yg dikehendaki oleh si pemanggil. Biasanya, si pemanggil akan membuat helah supaya kita tetap memberi butiran tersebut kepada mereka. Helah mereka yg paling biasa dilakukan adalah mereka akan mengatakan bahawa nama penuh dan nombor kad pengenalan itu diperlukan utk mereka buat semakan melalui sistem mereka, dan akan mengesahkan sama ada benar2 ada org yg menggunakan identiti kita pada kad debit/kredit tersebut bagi membuat pembelian. Atas sebab ini, kita pun akan terus memberi butiran kita kepada mereka. 
  • Jangan berurusan melalui talian telefon. Bersegera utk tamatkan percakapan secara baik dgn tidak mendedahkan sebarang maklumat, dan pergi sendiri ke bank untuk mendapatkan kepastian. 
  • Perkara penting yg harus kita tahu: TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG MENYURUH KITA MEMINDAHKAN WANG KITA KE DALAM AKAUN LAIN, WALAU DENGAN APA SEBAB SEKALIPUN. Sekiranya ada pihak yg menyuruh melakukan perkara ini, ketahuilah dia adalah penipu.
  • Tidak perlu tergesa-gesa utk batalkan ekses kad semasa dalam talian telefon. Paling selamat ialah segera pergi ke cawangan bank berdekatan utk dapatkan kepastian. Biasanya pemanggil akan segera menyambungkan kita terus ke bahagian yg kononnya utk membuat pembatalan kad, dan dari situ identiti kita dan butir2 penting kad dapat mereka ketahui.
  • Sekiranya kita terpaksa berurusan melalui talian telefon atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, contohnya sekiranya ada maklumat sahih yg sudah diberi secara tidak sengaja- Dapatkan nombor telefon sebenar bank daripada laman web bank yg sahih, dan dail sendiri nombor tersebut, sebaik-baiknya menggunakan telefon lain. Jangan berurusan dgn talian yg disambungkan dgn mesin penjawab automatik, atau nombor yg sedang menghubungi anda (walaupun ia memaparkan nombor yg seakan2 benar).
  • Laporkan kepada Bank Negara Malaysia: (Sila dail: 1-300-88-5465). Pastikan anda mendail nombor yg tertera ini, kerana kebanyakan penyamaran atas talian akan mengarahkan kita mendail nombor lain yg seakan-akan nombor ini utk mengelirukan kita; contohnya dgn menyuruh kita menghubungi Bank Negara pada nombor 1-800-818-548, walhal ini adalah nombor palsu. Jangan terkejut, bagi menampakkan kes ini adalah real, si pemanggil itu sendiri yg akan menyarankan kita supaya segera membuat aduan kepada Bank Negara, tetapi nombor yg diberi itu adalah nombor penyamaran, yg seakan-akan nombor Bank Negara. Jangan terkejut juga, mesin penjawab automatik Bank Negara yg palsu itu benar-benar seperti format mesin penjawab automatik Bank Negara yg sebenar. 
  • TERKINI: Semak di SINI - Untuk mengetahui sama ada nombor akaun bank tersebut terlibat dalam penipuan urusniaga atas talian.

Monday 17 April 2017

Perbezaan Kiraan Amortization dan Flat Rate

Perbezaan Kiraan Amortization dan Flat Rate

Kita bercadang membuat pinjaman RM 10k. Bank A menggunakan konsep amortization (monthly reducing balance), dan interest ratenya adalah 4.95%. Bank B pula menggunakan konsep flat rate, dan interest ratenya adalah 3%. Yang mana lebih untung?

Bank A (Amortization)
Jumlah pinjaman: RM 10k
Tempoh pinjaman: 3 tahun
Interest rate: 4.95%
Monthly commitment: RM 299.48
Jumlah interest yg dibayar selama 3 tahun: RM 781.44
Download template di sini





Bank B (Flat rate)
Jumlah pinjaman: RM 10k
Tempoh pinjaman: 3 tahun
Interest rate: 3%
Monthly commitment: RM302.78
Jumlah interest yg dibayar selama 3 tahun: RM 900
Download template di sini




Perhatikan, walaupun Bank B menawarkan interest rate yg lebih rendah daripada Bank A, jumlah interest yg dibayar kepada Bank B adalah lebih tinggi daripada Bank A.

Seperti home financing, ASBF juga menggunakan konsep amortization dalam pengiraannya. Apabila kita terminate ASBF, bank akan pulangkan kembali nilai principal kepada kita.

Sunday 9 April 2017

Dividen ASB = Bank Profit


Katakan dividen ASB sama nilai dgn bank interest, dua-dua pun 6.5%. Ada untung ke buat ASBF?

 

SETELAH 2 TAHUN:

Hasil dividen terkompoun = RM 26,845
Hasil principal = RM 4,621
Hasil terminate = RM 31,466
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 1,126

Kesimpulan: 
  • Walaupun dividen ASB sama dgn interest bank, dgn ASBF tetap untung (walaupun tak banyak). Ini kerana cara kiraan kedua-duanya tak sama.
  • Bank profit calculate based on reducing balance. ASB dividend calculate based on compounding.

Kuasa Large Initial Volume dalam ASBF

Kuasa Large Initial Volume dalam ASBF

Pelabur A membuat ASBF berjumlah RM 200k dgn tempoh 30 tahun. Oleh itu, komitmen bulanan pelabur A adalah RM 1,098.22 sebulan.




Pelabur B membuat ASBF berjumlah RM 58k, tetapi dgn tempoh 5 tahun sahaja. Oleh itu, komitmen bulanan pelabur B adalah RM 1,099.85 sebulan.



Kita andaikan dividen ASB adalah 6.5% tetap sepanjang tahun. Pelabur A dan pelabur B masing-masing terminate ASBF mereka selepas 2 tahun.

Dengan modal yg lebih kurang sama dikeluarkan oleh kedua-dua pelabur, kita dapati selepas 2 tahun, keuntungan yg diperolehi oleh Pelabur A melebihi keuntungan yg diperolehi Pelabur B.

SETELAH 2 TAHUN:

Pelabur A
Hasil dividen terkompoun = RM 26,845
Hasil principal = RM 5,843
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 6,331
ROI = 24%

Pelabur B
Hasil dividen terkompoun = RM 7,785
Hasil principal = RM 21,412
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 2,801
ROI = 11%

Kesimpulan:
Pilih komitmen mengikut kemampuan sendiri, kemudian pilih volume financing yg besar, bukan tempoh financing yg pendek.

Kuasa Leveraging of OPM dalam ASBF

Kuasa Leveraging of OPM dalam ASBF

Pelabur A mempunyai modal sebanyak RM 14k, dan bercadang utk membuat ASBF berjumlah RM 200k dgn tempoh 30 tahun, menggunakan kaedah rolling dividen. Modal yg diperlukan utk tahun pertama adalah RM 13,179 (RM 1,098.22 sebulan x 12 bulan). Utk tahun hadapannya, komitmen ini dibayar menggunakan dividen yg diperolehi daripada tahun pertama. Ini bermakna, modal hanya dikeluarkan sekali sahaja utk tahun pertama iaitu sebanyak RM 13,179.



Pelabur B mempunyai modal sebanyak RM 14k juga. Tetapi beliau berhasrat utk menyimpan terus RM 14k tersebut di dalam ASB.


Kita andaikan dividen ASB adalah 6.5% tetap sepanjang tahun. Pelabur A dan pelabur B masing-masing terminate ASBF mereka selepas 2 tahun.

Dengan modal yg lebih kurang sama dikeluarkan oleh kedua-dua pelabur (RM 14k), kita dapati selepas 2 tahun, hasil terminate yg diperolehi oleh Pelabur A melebihi jumlah simpanan Pelabur B.

SETELAH 2 TAHUN:

Pelabur A
Hasil dividen terkompoun = RM 13,387
Hasil principal = RM 5,843
Hasil terminate = RM 19,230
Keuntungan (setelah ditolak modal) = RM 5,873

Pelabur B
Hasil dividen terkompoun = RM 1,879
Jumlah simpanan = RM 15,879.15

Kesimpulan:
Meleverage-kan modal RM14k kepada nilai ASBF 200k (OPM) adalah lebih menguntungkan daripada menyimpan terus RM 14k tersebut di dalam ASB.