Sunday 2 July 2017

ZAKAT PEMBIAYAAN ASB (ASBF)

ZAKAT PEMBIAYAAN ASB (ASBF)



 Zakat dikenakan kepada mereka yang mempunyai simpanan yang cukup HAUL DAN NISAB, iaitu sebanyak 2.5%. Kadar nisab zakat bagi Wilayah Persekutuan utk tahun 2017 adalah sebanyak RM 14, 083.

Sijil ASB itu harus sempurna milik utk ia dikenakan zakat. Bagi pelabur ASBF, sijil itu masih belum sempurna milik lagi kerana ia masih dicagar kepada bank. Oleh itu ia tidak perlu dikenakan zakat.

Walaupun begitu, dividen yg diperolehi dan cash yg ada dalam ASB wajib dikenakan zakat jika ia cukup haul DAN nisab:

NISAB: RM 14,083 (WP, 2017)
HAUL: 1 Tahun
  •  Jika cash/dividen itu cukup nisab, tetapi belum cukup haul, maka ia tidak wajib zakat.
  • Jika cash/dividen itu cukup haul, tetapi belum cukup nisab, maka ia tidak wajib zakat.

 Contoh 1:
Ahmad apply ASBF RM 200k. Dapat dividen RM 15k pada Januari 2017. Dia tidak usik dividen. Duit dividen PALING RENDAH sepanjang 2017 (Jan-Dec) adalah RM 15k. Maka, Ahmad WAJIB zakat 2.5% dari RM 15k, kerana RM15k itu cukup nisab, dan haulnya cukup 1 tahun.

Contoh 2:
Ahmad apply ASBF RM 200k. Dapat dividen RM 15k pada Januari 2017. Ahmad gunakan dividen RM 13k utk bayar installment bank (rolling dividend), dgn cara sebulan Ahmad membayar RM 1084. Selepas setahun daripada menerima dividen tersebut (December 2017), baki dalam ASB Ahmad ada sebanyak RM 2k. Maka, Ahmad TIDAK WAJIB zakat, kerana duit yg ada dalam ASB Ahmad tidak cukup nisab (ada RM 2k saja). Yg cukup haul setahun adalah RM 2k. Dividen RM 2k itu tidak cukup nisab utk dikenakan zakat.

Contoh 3:
 Ahmad apply ASBF RM 100k. Dapat dividen RM 8k pada Januari 2016. Dia tidak usik dividen.Maka, pada December 2016, Ahmad TIDAK WAJIB zakat kerana ia masih belum cukup haul. Pada Januari 2017, Ahmad terima dividen RM 9k, dan ia tidak usik dividen juga. Balance cash/dividen paling rendah dalam akaun ASB Ahmad pada December 2017 adalah RM 17k. Maka, Ahmad WAJIB zakat 2.5% dari RM 17k. Ini kerana utk tahun 2017, baki paling rendah akaun ASB Ahmad cukup haul dan nisab utk dikenakan zakat.

Kesimpulannya, nisab dan haul perlu cukup syarat utk diwajibkan zakat.

TIPS SENANG KIRA ZAKAT:
  • Tengok BAKI PALING RENDAH akaun ASB sepanjang tempoh SETAHUN.
  • Semak nilai NISAB utk tahun berkenaan.
  • Jika baki paling rendah berada di bawah nilai NISAB, maka ia tidak wajib zakat.
  • Jika baki paling rendah berada lebih tinggi daripada nilai NISAB, maka diwajibkan zakat 2.5% daripada nilai itu.

1 comment: