Saturday 1 April 2017

ASB OVERDRAFT (ODASB) / ASB CASH LINE (ASBCL)

APAKAH PERKHIDMATAN OVERDRAFT / CASH LINE?

- A standby facility for your urgent, unexpected financial needs that enables you to obtain cash without unlocking your investment (in ASB).

Maksudnya, kita dapat cash, dgn mencagarkan jumlah nilai yg ada dalam akaun ASB (tukar kepada sijil), tanpa mengeluarkan duit ASB kita (meaning: kiraan dividen ASB tetap berjalan, walaupun duit itu kita gunakan). Biasanya, interest rate OD ni is charged based on overdrawn amount from your OD account on daily rest basis. Kalau guna, baru bayar interest dia, interest dia akan berkurang kalau baki duit yg ada dalam akaun OD bertambah (maksudnya kita masukkan duit dalam akaun OD, interest pada hari tu akan berkurang).



OD INTEREST RATES:
1. RHB: 5.2% (only applicable to Sole Proprietor) (BR=3.65%, X=1.55%)
2. Maybank: (only applicable to Sole Proprietor)

Kebanyakan bank menawarkan OD sebanyak 67% daripada nilai ASB

CARA PENGIRAAN INTEREST OVERDRAFT (OD)
 Pembayaran interest bulanan OD dikira dengan kiraan harian - Daily Rest. Apa itu Daily Rest? - Interest yang dikira harian ke atas credit OD yang digunakan. Pengiraan dibawah adalah interest OD RHB dengan kadar BR 3.65% + 1.55% = 5.2%. Kadar ini akan berubah-ubah apabila kadar BR atau spread dari bank berubah.

Bagaimana interest OD dikira:
Bank yg dipilih: RHB
Interest: 5.2%
Kredit OD: 67% dari nilai ASB
Duit pokok dalam ASB: RM100k
Kita berjaya apply OD dari bank dgn jumlah RM67000
RM67000 x 5.2% = RM3484
RM5557.50 dibahagikan dengan 365 hari untuk mendapatkan interest sehari
RM3484 / 365 hari = RM9.55 /hari
Ini bermaksud: Jika kita guna SEMUA RM 67000 tu dalam satu hari tu, interest yg akan kita kena bayar pada satu hari tersebut adalah RM 9.55

PENGIRAAN INTEREST OD UTK TEMPOH SEBULAN:
(DOWNLOAD)




  • Pada 1hb, keluarkan semua RM67000 sebab nak masuk ASB. (lihat, interest maksimum sehari apabila guna semua RM67000 adalah RM9.55). Tiada baki yg tinggal dalam akaun OD sebab dah keluarkan semua.
  • 9hb kita masukkan duit gaji ke OD: RM5000. (lihat, interest pada hari ini dan hari seterusnya berkurang kepada RM8.83)
  • 18hb kita keluarkan duit dari OD: RM3000 utk bayar hutang (lihat, interest meningkat semula pada hari tersebut dan hari berikutnya kepada RM9.26)
  • 24hb kita keluarkan lagi duit dari OD berjumlah RM2000 utk settlekan bayaran tertunggak (lihat, interest meningkat lagi kepada RM9.55)
  • Setelah ada penambahan duit ke akaun OD pada 9hb, dan pengurangan duit dari akaun OD pada 18hb dan 24hb, jumlah interest yg perlu dibayar utk bulan itu adalah sebanyak RM287.78. Jumlah ini perlu dimasukkan ke dalam akaun OD, utk ditolak pada akhir bulan bagi pembayaran interest. Tiada baki yg tertinggal dalam akaun OD, dan perlu topup RM6700 sekiranya utk tutup akaun OD ini.

Sekiranya kita menggunakan jumlah penuh OD yg diberikan oleh bank (RM67000), tanpa ada duit masuk atau keluar pada bulan Jan tersebut, jumlah interest yg perlu kita bayar utk bulan Jan tersebut adalah RM295.90 (seperti contoh di bawah):



KESIMPULAN:
1. Interest MAKSIMUM yg dikenakan adalah = RM9.55 sehari (berdasarkan andaian kita guna SEMUA duit OD yg diberi kepada kita (RM67000). Interest maksimum utk SETAHUN adalah RM 3484.
2. Jika ada duit masuk ke akaun OD, interest pada hari itu dan hari seterusnya akan berkurang
3. Jika ada duit keluar dari akaun OD, interest pada hari berkenaan dan hari seterusnya akan bertambah
4. Jika kita masukkan semua nilai maksimum OD (atau lebih) ke dalam akaun OD semula (RM67000), maka, interest kita akan jadi 0. (tiada charge interest yg dikenakan oleh bank).
5. Bila rasa2 nak tutup akaun OD ni, kita perlu pulangkan semula semua duit OD tadi ke dalam akaun OD, (RM67000), baru boleh tutup akaun. - provided kita kena jelaskan dulu interest2 yg dikenakan, sekiranya ada outstanding.
6. Cara terbaik utk optimizekan penggunaan OD ini adalah: Asingkan siap2 interest utk setahun atau 2 tahun daripada nilai OD. Balancenya boleh diguna utk membuat modal perniagaan atau pelaburan, atau diguna utk selesaikan hutang secara berperingkat2. Duit dividen ASB itu pula di reserved utk bayaran balik OD, mana tahu tak dapat pulang modal.

# TIPS MENGURANGKAN INTEREST OD:
1. MASUKKAN DUIT GAJI DAN SUMBER PENDAPATAN LAIN DALAM AKAUN OD
2. DUIT YG KELUAR DARI AKAUN OD YG BERTUJUAN UTK BAYAR HUTANG: PERLU BAYAR DI HARI DUE DATE (TAPI JGN LEWAT SAMPAI KENA PENALTY!). JANGAN BAYAR AWAL.
3. NAK PAKAI DUIT, BARU CUCUK DINDING. JANGAN SIMPAN DUIT BANYAK2 DALAM WALLET.
4. SEKIRANYA MENGGUNAKAN DIVIDEN ASB UTK MEMBAYAR INTEREST OD: KELUARKAN DIVIDEN ASB PADA SETIAP AWAL BULAN DAN TERUS TRANSFER MASUK KE AKAUN OD PADA SETIAP AWAL BULAN JUGA.

No comments:

Post a Comment