Friday 7 April 2017

LIMIT ASB (PELABURAN MAKSIMUM ASB)

LIMIT ASB (PELABURAN MAKSIMUM ASB)

Seperti yg diketahui umum, limit (unit boleh beli/ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) asal dalam akaun ASB adalah RM200k (PNB yg tentukan):

  •  Benar, limit asal utk setiap akaun ASB adalah RM200k. Akan tetapi limit itu akan meningkat setiap tahun, seiring dgn bertambahnya dividen, bermula daripada tahun pertama kita buka akaun ASB.
  • LIMIT ASB = RM 200K + (perolehan pengagihan pendapatan (dividen) & bonus yang diterima setiap tahun) + ( tambahan pelaburan disebabkan pindah milik pusaka)
  • Contoh: Simpan bulan2 dalam ASB sebanyak RM2k setiap bulan:


  • Limit ASB pada Y0 adalah RM200k.
  • Perhatikan, jumlah dividen dan bonus pada tahun Y0 adalah sebanyak RM 836.00, dan ini menjadikan initial capital yg dibawa ke tahun Y1 menjadi RM 24836.00. Berapakah LIMIT ASB pada tahun Y1 ini? Limit ASB pada Y1 menjadi: 

RM200k (Y0) + RM836.00 (Y1) = RM 200 836.00.
  • Perhatikan jumlah dividen dan bonus yg diperolehi pada tahun Y1, iaitu sebanyak RM 2747.20, dan ini menjadikan initial capital yg dibawa pada tahun Y2 adalah sebanyak RM 51583.20.

  • Berapa LIMIT ASB pada tahun Y2 ini? Limit ASB pada Y2 menjadi: 
 RM 200k (Y0) + RM 836.00 (Y1) + RM 2747.20 (Y2) = RM 203 583.20
  •  Walaupun terdapat pengeluaran dalam akaun ASB, LIMIT ASB ini tidak akan berkurang.
  • Lagi banyak simpan dan lebih lama simpan, lebih tinggi limit ASB kita.  
  • Anggapan yg mengatakan kita perlu mencecah amaun RM200k dahulu utk menikmati peningkatan limit dalam ASB adalah TIDAK BENAR. 
  • Pendapat yg mengatakan dividen & bonus ASB hanya dikira pada amount RM200k sahaja, lebih daripada itu tidak dikira, adalah pendapat yg SALAH.
  • Memaksimumkan nilai ASB (berdasarkan limit ASB terkini) seawal mungkin, akan memberi kelebihan kepada kita dgn cara ia akan memaksimumkan dividen & bonus yg diperolehi, yg mana dividen & bonus itu adalah tanpa had.


2 comments:

  1. Kalao dh buat lasb rm200k...apakah limit akan dinaikkan jadi rm400k...kalau x dinaikkan...maknanya...kita x boleh tambah lagi pelaburan secara cash kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limit (muatan RM yg boleh diisi dalam akaun ASB) akan meningkat selari dgn pertambahan dividen. Utk cara mudah mengetahui limit dalam ASB, boleh tanya di kaunter agen2 ASB, mereka akan beritahu berapa RM yg dapat disimpan dalam akaun ASB.

      Delete