Friday 7 April 2017

Limit Pembiayaan ASB / ASB2 (ASBF / ASB2F)

Limit Pembiayaan ASB / ASB2 (ASBF/ASB2F)

Limit akaun ASB dan limit pembiayaan ASB adalah 2 perkara yg berlainan.

Seperti yang kita ketahui, limit (unit boleh beli/ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) asal dalam akaun ASB adalah RM200k. Akan tetapi limit itu akan meningkat setiap tahun, seiring dgn bertambahnya dividen yang diperolehi, bermula daripada tahun pertama kita buka akaun ASB. (baca Limit ASB).


Akan tetapi, had/limit maksimum untuk membuat pembiayaan ASB/ASB2 (ASBF/ASB2F) pula adalah sebanyak RM 200k sahaja utk setiap individu yang mempunyai akaun ASB / ASB2. (Utk seorang individu: RM200k limit utk pembiayaan ASB, dan RM200k limit utk pembiayaan ASB2)

Sila lihat contoh di bawah:


  • Customer A: Limit (ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) dalam akaun ASB beliau adalah RM200k. (ruang ini tidak bertambah kerana belum menerima dividen tahun pertama). Dari sini boleh diketahui Customer A ini baru membuka buku akaun ASB dan belum menerima sebarang dividen). Kemudian, beliau membuat pelaburan TUNAI sebanyak RM10. Dgn nilai pelaburan secara TUNAI RM10 ini dibiarkan di dalam akaun ASB, maka, limit (ruang yg boleh diisi lagi) dalam akaun ASB beliau adalah RM 199 990 (RM200k-RM10). Dgn ini, kelayakan maksimum utk beliau membuat pembiayaan ASB adalah RM 199 000 sahaja. (pembiayaan minimum adalah RM1000). Baki ruang RM 990 itu boleh dipenuhkan/diisi dgn membuat pelaburan TUNAI.

  • Customer B: Limit (ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) dalam akaun ASB beliau adalah RM200k. (ruang ini tidak bertambah kerana belum menerima dividen tahun pertama). Dari sini boleh diketahui Customer B ini baru membuka buku akaun ASB dan belum menerima sebarang dividen). Kemudian, beliau membuat pelaburan TUNAI sebanyak RM30K. Beliau juga telah membuat pembiayaan ASB dgn jumlah RM100k dari 2 bank yg berlainan (RM50k masing2 dgn MBB dan RHB). Dgn nilai RM30k pelaburan secara TUNAI dibiarkan di dalam akaun ASB, maka, limit (ruang yg boleh diisi lagi) dalam akaun ASB beliau adalah RM 70k (RM200k-RM30k-RM50k-RM50k). Dgn ini, kelayakan maksimum utk beliau membuat lagi pembiayaan ASB di kemudian hari adalah RM 70k sahaja. Sekiranya dikeluarkan pelaburan RM30k secara tunai tadi daripada akaun ASB, kelayakan maksimum utk beliau membuat lagi pembiayaan ASB di kemudian hari adalah berjumlah RM 100k. (Ini kerana tahap maksimum utk pembiayaan ASB adalah RM200k, dan jumlah pembiayaan ASB yg beliau buat baru RM100k).

  • Customer C: Limit (ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit) dalam akaun ASB beliau adalah RM300k. (ruang ini bertambah kerana beliau pernah menerima dividen sebelum ini). Kemudian, beliau membuat pelaburan TUNAI sebanyak RM50K. Beliau juga telah membuat pembiayaan ASB dgn jumlah RM200k dari 2 bank yg berlainan (RM100k masing2 dgn MBB dan RHB). Dgn nilai RM50k pelaburan secara TUNAI dibiarkan di dalam akaun ASB, maka, limit (ruang yg boleh diisi lagi) dalam akaun ASB beliau adalah RM 50k (RM300k-RM50k-RM100k-RM100k). Walaupun beliau masih mempunyai ruang RM50k lagi utk diisi, ia hanya boleh diisi dgn nilai TUNAI SAHAJA. Ini kerana, beliau telahpun memaksimumkan had pembiayaan ASB sebanyak RM200k, walaupun pembiayaan tersebut dibuat dgn bank yg berlainan. Sekiranya dikeluarkan pelaburan RM50k secara tunai tadi daripada akaun ASB, ruang yg boleh dipenuhi dgn ringgit menjadi RM100k, tetapi beliau masih tidak boleh membuat pembiayaan ASB lagi, kerana pembiayaan ASB beliau sudah mencapai tahap maksimum RM200k.

Sebelum 1 June 2015, teknik yg popular bagi pembiayaan ASB adalah teknik Terminate & Re-Apply (terminate selepas serve loan 2 tahun penuh, dan re-apply financing dgn amaun yg lebih tinggi, selaras dgn peningkatan limit akaun ASB). Tapi, selepas 1 June 2015, PNB telah limitkan jumlah pembiayaan ASB/ASB2 kepada masing2 RM200k sahaja.

No comments:

Post a Comment