Saturday 1 April 2017

10 KELEBIHAN UTAMA MELABUR DALAM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

10 KELEBIHAN UTAMA MELABUR DALAM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB):

1. ASB memberi kita pulangan dividen sehingga 7% hingga 10% tanpa dikenakan sebarang caj-caj tambahan 3% hingga 5% semasa memulakan pelaburan.

2. ASB merupakan satu bentuk simpanan, yg secara tidak langsung juga merupakan simpanan berbentuk pelaburan. Dan wang simpanan/pelaburan tersebut boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang selama 2 – 3 minggu.

3. ASB memberikan kesan kecairan (liquidity) yang tinggi (sekirannya berlaku kecemasan atau waktu-waktu terdesak, penyimpan boleh mengeluarkan wang tersebut dalam masa 24 jam tanpa perlu menunggu 2 – 3 minggu masa bertenang), dan dalam masa yg sama dapat memberikan nilai bersih (net value) yang tinggi (sekiranya simpanan itu sudah berusia 1 bulan, penyimpan tersebut layak dianugerahkan dividen untuk bulan tersebut secara peratusan purata dividen tahunan).

4. ASB dijamin kerajaan Malaysia, dan dividen & bonus yg diperolehi dikecualikan daripada cukai.

5. Nilai minimum untuk setiap penambahan dalam pelaburan adalah berharga tetap, dan hanya serendah RM1.00 untuk seunit. Tidak perlu tunggu harga rendah atau tinggi (seperti unit trust yg harga berubah), dan kita masih dapat menikmati dividen yang tinggi dgn risiko yg rendah.

6. Dividen dan bonus ASB terus dalam bentuk nilai RINGGIT, bukan dalam bentuk bilangan UNIT seperti sebahagian unit amanah yg lain, yang pada ketika unit tambahan diberikan sebagai bonus (bilangan unit bertambah), nilai utk seunit (NAV) itu sudah pun susut (harga seunit berkurang).

7. Sijil ASB boleh dicairkan dengan mencagarkannya di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk Overdraft (terkini: hanya dibenarkan pada Sole Proprietor sahaja). Dengan nilai tertentu yang ada pada sijil tersebut, pihak bank berani memberi kemudahan Overdraft Bank sebanyak 67% - 95% ke atas nilai sijil yang dicagarkan. Berbeza atas nilai berbayar pada sesuatu properties dalam bentuk Overdraft Bank, pihak bank hanya mampu memberi pinjaman sebanyak 60% - 80% sahaja. Tahukah anda, bahawa sesetengah bank di Malaysia ada mengeluarkan Unit Amanah (amanah fund, unit trust, matual fund atau lain-lain fund lagi) dalam bentuk sijil, tetapi bank yang mengeluarkan sijil tersebut tidak sudi untuk menerima cagaran sijil tersebut untuk dicairkan dalam bentuk overdraft bank.

8. Dividen ASB sentiasa berada pada paras melebihi 7% secara konsisten setahun (berdasarkan prestasi tahun-tahun sebelum). Track record pencapaian dividen & bonus ASB setakat ini: dividen terendah 7% dan bonus terendah 1%.

9. Bank-bank utama Malaysia ada menyediakan kemudahan pembiayaan khas utk ASB (sehingga maksimum RM 200k), dengan kadar interest yg lebih rendah, dan tempoh pinjaman yg lebih panjang, berbanding pinjaman peribadi. Selain itu, pinjaman ASB juga mengaplikasikan kaedah amortization dalam pengiraan bayaran balik pinjaman (monthly reducing balance), berbanding dgn pengiraan berasaskan flat rate bagi pinjaman peribadi. 

10. Kemudahan Perbankan Internet yg disediakan oleh bank-bank utama Malaysia khusus buat ASB (melalui laman sesawang setiap bank-bank tersebut) utk penambahan pelaburan.

Antara kelebihan-kelebihan lain ASB adalah:

ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/ ASW 2020 atau apa sahaja amanah saham terbitan PNB. Tidak kiralah berapa banyak jumlah duit yang ada dalam buku ASB, walau ada RM1 pun, tidak aktif bertahun2 sekalipun tapi masih ada buku. Ia dikira layak sebagai ahli ASNB. Waris harus ke pejabat atau cawangan ASNB untuk buat tuntutan khairat kematian. Tuntutan khairat kematian adalah dalam masa 6 bulan selepas kematian pemegang akaun. Jika tidak tuntut, duit khairat tersebut dikira hangus.Khairat Kematian ASNB adala mengikut kadar berikut :
  • RM200 Tunai bagi pelaburan 1 unit hingga 4,999 unit + RM800 bantuan keluarga kurang berkemampuan dalam bentuk cek.
  • RM1,000 bagi pelaburan 5,000 unit hingga 10,000 unit.
  • RM2,000 bagi pelaburan 10,001 unit ke atas.


KESIMPULAN: ASB SEBAGAI SUMBER PELABURAN TERUNGGUL:
1. Pulangan yg tinggi
2. Kurang berisiko
3. Sangat fleksibel
4. Kos operasi yg rendah (ASB tidak mengenakan caj jualan, dan yuran pengurusan tahunan hanya 0.35%, yg terendah dalam industri ini)


No comments:

Post a Comment