Tuesday, 15 November 2016

APA YANG PATUT KITA TAHU BERKENAAN SIMPANAN EMAS

APA YANG PATUT KITA TAHU BERKENAAN SIMPANAN EMAS

1. Kelebihan emas yg utama adalah kerana ia menyimpan nilai (nilai yg terletak pada berat dan ketulenannya), kerana pada hakikatnya, nilai duit adalah bersandarkan pada emas. Disebabkan kelebihan emas yg dpt menyimpan nilai, maka ia diterima di seluruh dunia. Harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang disebabkan kuasa beli wang kertas yg semakin susut. Fahami isu matawang dunia di sini. Klik di sini utk kefahaman lanjut.
 




2. Emas (dan perak) adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan (tiada bukti dokumen pemilikan/laporan/geran pegangan utk support keyakinan bank). Dgn kata lain, emas tidak terikat dgn aset kewangan. Oleh sebab itu, emas tidak diambilkira oleh bank sebagai simpanan atau aset, semasa memohon fasiliti pinjaman, dan dgn sebab itu juga emas terselamat daripada tindakan pembekuan harta oleh pihak bank sekiranya diisytiharkan muflis. Cagaran emas pula akan menjejaskan rekod kewangan kita di mata bank. Emas tidak memberi cash flow dan return selama mana menyimpannya, tidak seperti dividen (melalui saham, unit amanah) atau sewa (melalui hartanah), selain menjualnya dgn harga yg lebih tinggi, atau mencagarkannya utk mendapatkan sejumlah wang. Kita menyimpan emas hanya kerana kelebihannya yg dapat menyimpan nilai. Ia menjadi sgt berguna hanya apabila saat berlaku kelumpuhan dalam sistem wang kertas, iaitu apabila sistem kewangan dunia terpaksa di reset semula. Sistem kewangan terkini sudah berusia hampir 100 tahun, dan sebelum ini, sistem kewangan dunia memang pernah mengalami reset beberapa kali setiap 100-200 tahun sebelumnya. Dgn memiliki emas, ia bertindak sebagai financial insurance (pelindung  kekayaan) - menjadi penyelamat semasa bencana reset sistem kewangan. 

3. Kaedah terbaik utk memanfaatkan emas adalah sebagai simpanan terakhir utk jangkamasa panjang. Simpanan ini seharusnya berdasarkan beratnya (gram), bukan berdasarkan nilainya (RM). Walaupun begitu, emas patut dibeli ketika trend harganya menurun. Emas terbaik utk matlamat simpanan adalah emas pelaburan (iaitu dalam bentuk bar dan dinar: spread paling rendah adalah paling bagus), bukan emas perhiasan. Seperti yg disarankan oleh Azizi Ali, sepatutnya hanya 5-10% daripada keseluruhan kekayaan kita (Net Worth) perlu disimpan dalam bentuk emas pelaburan pada setiap masa. 
TIPS: Sekiranya tiba-tiba Azizi Ali menyuruh kita menyimpan 20%-30% daripada Net Worth dalam bentuk emas, maka itu adalah suatu petanda utk kita lebih alert.

4. Emas hanya dibeli ketika trend harga menurun. Rujuk 24 Hours Spot Gold (Bid) di kitco. Sekiranya line hijau menurun melepasi line merah dan line biru: maka ketika ini kita sudah bersiap sedia utk membeli emas.


Kemudian, kita semak dgn merujuk carta 30 hari (sebulan) utk harga emas, adakah trendnya juga menurun. Sekiranya menurun, maka ini adalah masa yg terbaik utk membeli emas.
*Pergerakan harga emas dunia akan statik pada hari cuti di US


Semasa membeli emas, jangan beli sekaligus dgn satu harga yg sama, walaupun kita mempunyai modal yg besar. Belilah sikit2 (10 gram atau 1 dinar per transaksi). Harga belian pertama adalah penanda aras kepada belian2 seterusnya. Belian seterusnya haruslah mempunyai harga yg lebih rendah dari belian pertama atau harga purata (sekiranya sudah membuat belian lebih daripada 2 kali). Apabila berlaku penurunan harga emas secara mendadak (melepasi harga belian pertama/harga purata), atau situasi semakin genting: Kita patut gunakan peluang itu utk tambahkan pelaburan dalam emas secepat mungkin. Jangan jual emas apabila harga emas jatuh! Jika harga emas lebih tinggi dari belian pertama/harga purata, jgn beli emas! Simpan saja duit tu di dalam ASB/Tabung Haji. Disebabkan kelebihan emas ini hanyalah terletak pada sifatnya sebagai penyimpan nilai, dan tidak memberi manfaat dari segi pulangan apabila sedang menyimpannya, maka kita tidak perlu tergesa-gesa utk membeli emas. Lagipun, hanya 5-10% sahaja daripada keseluruhan kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Pihak yg mewarwarkan supaya sentiasa membeli emas tidak kira sama ada waktu harga tinggi atau rendah sebenarnya adalah agen/dealer emas - yg bertujuan sebagai strategi utk meningkatkan jualan emas/komisen jualan rangkaian mereka.

Faktor fundamental yg mempengaruhi harga emas adalah: US Unemployment Report. Biasanya laporan ini dikeluarkan pada setiap hari Jumaat minggu pertama, pada 8.30pm waktu Malaysia. Ia memberi gambaran tentang situasi pekerjaan dan ekonomi US. Apabila laporan pekerjaan positif, stock market akan naik, maka, emas akan jatuh! (waktu sesuai utk membeli emas!).

Walaupun begitu, tukaran matawang juga memainkan peranan dalam situasi ini. Bandingkan harga emas dalam Ringgit Malaysia utk mengetahui harga emas bersandarkan tukaran wang kepada Ringgit Malaysia.

Contoh:

Harga tertinggi emas pada awal tahun 2015 adalah sekitar USD1,300.70/oz dan telah turun serendah USD1,050.80/oz pada akhir tahun 2015, iaitu kejatuhan sekitar 19% atau secara puratanya, sekitar 10.7%.


Tetapi lain pula berlaku di Malaysia. Pada awal tahun 2015, harga emas sekitar RM140/gram, dan pada bulan Disember 2015, harga emas di Malaysia menutup tirai sekitar RM150/g.


 Ini terjadi disebabkan pada tahun 2015, Ringgit jatuh 35% ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun, pernah mencecah RM4.40/USD.


Secara ringkasnya, di bawah ini adalah faktor2 umum yg mempengaruhi turun naik harga emas:
  • Prestasi USD / Ekonomi US: Ekonomi US lemah, USD menyusut berbanding matawang lain (cth EURO), pengangguran tinggi, prestasi EURO meningkat, harga emas meningkat.
  • Kenaikan permintaan dalam industri perhiasan dunia: Lebih tinggi permintaan, harga emas meningkat.
  • Bank sentral dunia yg memonopoli pembelian emas.
  • Isu politik, kemelesetan ekonomi, peperangan.
  • Kenaikan harga minyak dunia: Harga emas turut meningkat.
  • Kenaikan kadar inflasi: Harga emas turut meningkat.

5. Simpan emas dalam bentuk emas fizikal. Bukan buka akaun pelaburan emas (GIA - Gold Investment Account) di bank. (sama seperti beli rumah fizikal, bukan buka akaun REIT - Real Estate Investment Trust). Dgn membeli emas dalam bentuk fizikal, ketika harga emas jatuh, emas fizikal ini tidak berkurang walau 1 gram pun, tetapi nombor2 yg tertera pada kertas akaun GIA sudah berkurang. Selain itu, elakkan juga membeli emas perhiasan, dan produk collector sekiranya tujuan membeli emas utk pelaburan.

6. Berikut adalah kriteria yg perlu diambilkira semasa membeli emas utk tujuan simpanan dan pelaburan:
  • Beli emas pelaburan di syarikat berkredibiliti dlm Malaysia:  Kijang Emas BNM (dijual di Maybank), emas jenama antarabangsa yang dijual di UOB Bank, dan Public Gold. Ini disebabkan terdapat banyak kes jualan emas yg dipalsukan ketulenannya. Selain emas Public Gold, 1 Oz Maple Leaf dan 1 Oz Australian Nugget boleh dibeli di UOB Bank. Jangan beli emas pelaburan di kedai emas kerana harganya yg tinggi dan syarat jualan baliknya yg cerewet. Pastikan harga emas yg dibeli itu tersebut lebih rendah dari harga kedai emas. Jika membeli emas pelaburan berjenis bar atau dinar, cari yg mempunyai pengiktirafan LBMA.
  • Tujuan spread adalah untuk mengetahui item mana yg hendak dibeli dari satu2 syarikat yg telah dikenalpasti itu. Pilih item yg mempunyai spread yg kecil. Item yg mempunyai spread yg lebih kecil adalah yg lebih bagus. Semakin berat emas, semakin kecil spreadnya. Nilai spread biasanya adalah tetap utk satu2 jenis item utk syarikat emas yg sama. Sekali sekala, sila buat counter check utk nilai spread 2-3 tahun lepas dgn nilai spread terkini. Ia sepatutnya sama. Spread adalah perbezaan harga emas antara Sell (harga yg dijual kepada kita) dan Buy (harga yg dibeli daripada kita), dibahagikan dgn Sell dan didarab dgn 100. Emas pelaburan terbaik adalah Emas 999 dlm bentuk bar dan dinar kerana ia mempunyai spread yg kecil. Emas yang spreadnya lebih 10% adalah dikira tinggi, dan tidak sesuai utk tujuan pelaburan.

Contoh mengira spread dan mengira keuntungan
Beli 10 gram LBMA Gold Bar 24K daripada Public Gold pada 21 November 2015 dgn harga RM 1624 (PG Sell)
Kiraan Spread: (1624-1495)/1624 x100 = 8% (item ini mempunyai spread yg kecil)
Harga ini akan ditambah gold premium utk SETIAP item yg dibeli. Utk contoh ini, gold premium nya adalah RM10.


Plan utk jual balik item ini kepada Public Gold pada 12 September 2016. Harga buy back emas adalah berdasarkan Harga Terkini PG Buy pada ketika itu. Utk contoh ini, pada 12 September 2016, harga PG Buy utk 10 gram LBMA Gold Bar 24K pada ketika ini adalah RM 1713. Maka utk kiraan untung, harga terkini PG Buy ini akan ditolak dgn harga Actual PG Sell semasa kita beli emas tu dulu:
Untung = RM 1713 - RM 1634
            =  RM 79 (4.83%)
 


(DOWNLOAD)
  • Harga per gram yg terendah: Bandingkan harga per gram yg terendah bersandarkan spec yg sama, antara syarikat2 penjual emas yg berkredibiliti. Bagus memilih item yang lebih kecil saiznya (lebih tinggi kecairan) supaya mudah dijual sikit-sikit apabila perlu nanti. Emas perhiasan tidak digalakkan utk tujuan pelaburan kerana apabila ingin menjual balik, ia mempunyai spread yg tinggi dan pergerakan harganya yg perlahan. Selain itu, harga jualannya yg lebih mahal, dan chargenya termasuk kos upah (yang boleh dimanipulasi pekedai emas). Walaupun begitu, ada juga barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.
Gold Premium adalah perbezaan antara harga jualan syarikat dgn harga spot gold. Berikut adalah perbandingan harga emas per gram (dgn spec yg sama) antara syarikat2 pengeluar emas di Malaysia. Tujuan buat perbandingan ini adalah utk mengetahui syarikat mana menjual emasnya dgn harga yg paling hampir dgn harga emas terkini (spot gold). Peratusan Premium over Spot yg paling rendah adalah yg paling bagus. Pastikan perbandingan dibuat berdasarkan spec yg sama berdasarkan berat dan ketulenannya (utk contoh di bawah adalah emas 10 gram, 24K). Harga jualan emas per gram yg lebih rendah menghampiri harga spot adalah yg paling bagus. Sila buat perbandingan terkini antara syarikat2 penjual emas, utk mengetahui status terkini.
*Kijang Emas adalah sebagai kawalan sahaja kerana beratnya dikira dalam Oz (tidak tepat utk dibuat perbandingan). 1Oz = 31.105g, 1 Dinar = 4.25g.

(DOWNLOAD)
  • Byk cawangan utk memudahkan transaksi: Jika ingin menjual emas, hendaklah jual di syarikat di mana emas itu dibeli, kerana harga belian baliknya lebih tinggi. Oleh itu, syarikat yg mempunyai banyak cawangan adalah lebih baik. Biasanya kalau nak beli emas di mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.
  • Supply stok yg tiada had: Apabila harga emas jatuh mendadak, kita masih boleh membeli emas pada harga terendah tanpa had. Satu kelebihan apabila syarikat itu mengaplikasikan belian mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Boleh lock terus harga yg rendah (booking harga). Kebanyakan syarikat emas, apabila harga emas jatuh dan kita mahu membeli emas, mereka terus hold stock, tak pun barang terus out of stock. Tapi, bila harga tinggi, muncul pulak stok-stok tu.
  • Jaminan beli balik tanpa had: Cari syarikat yg mempraktikkan beli balik emas tanpa banyak syarat/cerewet. Teliti dan fahami syarat jualan balik emas. Sesetengah syarikat, sekiranya emas calar, hilang resit asal atau seal rosak/buka seal, emas tersebut sudah mengalami kejatuhan nilai yang sangat banyak. Sekiranya buka seal plastik, 25% akan ditolak dari harga belian. Ia dikira sebagai used gold
  • Diterima secara meluas oleh Ar-Rahnu: Beli emas yg diterima secara meluas oleh Ar-Rahnu. Ar-Rahnu adalah fasiliti pinjaman bercagarkan emas (pajakan emas) yang interestnya sekitar 14% – 18% setahun, selalunya digunakan utk tujuan pusingan modal bisnes. Lebih bagus sekiranya emas yg dibeli itu disertakan sekali dgn sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas, supaya mudah diterima oleh Ar-Rahnu utk tujuan pajakan. 2 keadaan yg sesuai utk memajak emas di Ar Rahnu, iaitu (i) semasa harga emas turun banyak secara mendadak (tak lama selepas itu harga akan naik semula, dan mudah utk tebus balik), dan (ii) duit pinjaman Ar-Rahnu itu digunakan untuk perkara yang memberi keuntungan melebihi kos pajakan (seperti digunakan utk modal pusingan bisnes). Jangan satukan semua emas gadaian di dalam satu surat pajak. Asing-asingkan supaya mudah nak tebus satu per satu. Bagus sekiranya duit yg diperolehi daripada hasil gadaian di Ar Rahnu itu diasingkan sedikit bagi tujuan membayar sekaligus kos upah simpan utk 6 bulan. Jangan pajakkan kesemua gram emas yg kita ada, sebaik2nya kurang daripada 50% gram, utk tujuan pajakan.  
  • Beli emas yg tidak dikenakan caj 6% GST: Mulai 1 April 2015, kesemua emas yg dibeli di Malaysia akan dikenakan caj GST 6% kecuali: (i) Emas LBMA (Public Gold, Pamp Suisse dan jenama antarabangsa yg lain) (ii) Kijang Emas BNM (dijual di Maybank).
  • Utk emas yg bebas caj 6% GST, ia perlu memenuhi 3 syarat: (i)Ketulenan 995 dan ke atas, (ii) Mendapat akreditasi LBMA (London Bullion Market Association), (iii) Dijual beli dgn tujuan pelaburan sahaja.

7. Utk elak ditipu semasa urusniaga emas fizikal, dinasihatkan supaya berurusan terus dgn syarikat yg bereputasi: place order sendiri, bayar sendiri, dan ambil emas tu sendiri. Jgn tertipu! Klik sini.

8. Jangan meminjam untuk membeli emas! Menyimpan emas tidak generate cash flow.

9. Tempat terbaik utk menyimpan emas sekiranya sedikit adalah di tempat yg kreatif di dalam rumah, iaitu tempat yang orang biasanya tak terfikir (semestinya bukan di dalam almari atau belakang rak), dan ia patut disimpan di beberapa tempat. Tetapi harus diingat tempat2 tersebut supaya tidak terlupa, dan harus diberitahu kepada pasangan/waris yg amanah berkenaan tempat simpanan rahsia ini, sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri kita. Sekiranya banyak, tempat terbaik utk menyimpan emas adalah di Safe Deposit Box, sama ada di bank, ataupun syarikat swasta, bergantung saiz box (cari yg kos sewaan murah, cover insurans yg tinggi, dan waktu operasi yg fleksible). Ar-Rahnu bukanlah tempat utk menyimpan emas! (walaupun ada charge upah simpan).

10. Sekiranya bercadang utk membeli barang kemas bagi tujuan perhiasan, tips2 di bawah ini boleh diaplikasikan:
  • Pilih jenis emas 916 (diterima di Ar Rahnu utk pajakan, sekiranya terdesak).
  • Pilih barang kemas padu sahaja (elakkan barang kemas berlubang, atau kosong di dalam).
  • Elak pilih barang kemas yg ada batu permata: Nilainya sangat rendah bila dijual balik dan tidak diterima untuk gadaian. Emas 916 memang tiada batu permata kerana ia tidak cukup kuat untuk memegang permata.
  • Simpan resit belian yg asal (resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas tu semasa jualan balik pada pengeluar).
  • Jangan pilih emas putih: harganya lebih mahal daripada emas 999, tetapi hanya mengandungi samaada 75% atau 37.5% sahaja emas, selebihnya dicampur dengan logam lain.
  • Pilih emas yg mempunyai kos upah yg terendah. Biasanya harga yang di publish oleh pekedai emas ialah harga tanpa kos upah. Gunakan formula: (harga emas + kos upah) / berat utk tahu harga per gram sebenar. Antara hidden cost lain selain kos upah, adalah transportation cost. (perlu ambilkira dalam menentukan harga sebenar emas per gram).
  •  Cari kedai yang jual emas bawah dari harga yang dipaparkan di FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)
  • Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi
  •  Beli barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.


11. Bagi emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (disimpan), jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

Bagi emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun, tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi  uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Thursday, 15 September 2016

Myvi itu Kereta Jutawan

Beli Kereta Baru & ASBF



VIOS 1.5J (A): RM75,380.00 (On-the-road price with insurance for non-metallic models in Peninsular Malaysia (for Individual Private Owners).


(DOWNLOAD)



Tips kewangan utk beli kereta baru: 

Sebelum kita membincangkan tips kewangan utk beli kereta baru ini, perlu kita fahami konsep asas dan kaitan antara bayaran ansuran bulanan yg dibuat dgn bayaran deposit, tempoh pinjaman dan kadar interest:

  • Interest dah mmg kena. Tak boleh lari. Rendah utk kereta baru, dan tinggi utk kereta terpakai. Utk kereta baru, kadar interest lebih rendah sekiranya tempoh pinjaman kurang daripada 5 tahun, berbanding dgn kereta yg juga baru, tetapi tempoh pinjaman lebih daripada 5 tahun (6-9 tahun).
  • Bayaran deposit yg default bagi pinjaman kenderaan adalah 10%. Sekiranya kita meningkatkan bayaran deposit kereta, ini akan mengurangkan jumlah pinjaman yg akan dilakukan. Semakin tinggi deposit yg dibuat, maka semakin kuranglah jumlah pinjaman yg akan dilakukan. Bayaran ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yg dibuat, dan kadar interest yg ditetapkan.
  • Tempoh pinjaman yg default bagi pinjaman kenderaan adalah 9 tahun. Semakin tempoh pinjaman dikurangkan, maka semakin cepat hutang jumlah pinjaman dapat dilangsaikan (boleh fokus utk komitmen lain pulak lepas tu). Walaupun begitu, jika tempoh pinjaman dikurangkan, ia akan meningkatkan bayaran ansuran bulanan. Jumlah yg terpaksa dibayar (daripada jumlah pinjaman) pula adalah bergantung kpd kadar interest yg dikenakan. Semakin lama tempoh pinjaman, maka semakin banyak lebihan yg terpaksa dibayar (melebihi nilai sebenar yg dipinjam).

1. Berikut adalah step2 utk guna excel sheet yg boleh di download kat bhgn atas. Isi hanya di petak yg berwarna kelabu.
  • Masukkan harga kereta (cth di atas RM 75, 380)
  • Setkan nilai deposit menjadi 20%
  • Adjust nilai pinjaman kepada penghampiran yg sedikit. (rujuk nilai di bahagian reference) : sepatutnya pinjaman bernilai RM 60,304, tetapi digenapkan kepada penghampiran yg sedikit, iaitu RM 60,000
  • Kekalkan tempoh pinjaman 5 tahun
  • Dapatkan maklumat daripada penjual kereta berkenaan kadar interest % tahunan yg dikenakan sekiranya tempoh pinjaman kurang daripada 5 tahun.

2. Setkan tempoh pinjaman utk 5 tahun sahaja: Pastikan warranty kereta itu juga 5 tahun. Kereta biasa buat masalah selepas 5 tahun. Tukar kereta baru apabila warranty tamat. Less cost of maintenance.

3.  Trade in kereta tersebut antara tempoh 5 tahun, apabila kereta dah habis bayar. Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada lagi RM37,690 (75,380 - (75,380 x 10% x 5 tahun)). Jadikan resale price value RM37,690 itu sebagai deposit utk kereta baru yg berharga RM97,690 (60k+RM37,690). Pinjaman masih tetap RM 60k. Komitmen masih tidak berubah tetapi dapat kereta baru yg lebih selesa (cth: mempertimbangkan utk upgrade kereta kepada VIOS 1.5 TRD SPORTIVO, RM 97, 680), dan yg paling penting peace of mind dgn warranty yg ada. Jual kereta anda di sini.

4. Apabila trade in kereta sebelum usia kereta 5 tahun: valuenya masih tinggi berikutan masih ada permintaan kerana ia masih layak dibeli dengan tempoh pinjaman maksimum 9 tahun oleh pihak ketiga. Majoriti pembeli inginkan pinjaman yang maksimum dengan tempoh bayaran yang juga maksimum. Manakala apabila kereta menjangkau usia lebih 10 tahun, bank dah tak bagi finance (kalau bagi pun installmentnya tinggi), dan ini mengakibatkan harganya susut mendadak kerana pembeli terpaksa membeli secara cash, atau terpaksa membuat pinjaman dengan syarikat kewangan selain bank, di mana kadar faedahnya jauh lebih tinggi berbanding yg ditawarkan oleh bank, dan tempoh bayarannya juga singkat.

5. Kereta baru mempunyai kadar interest yg rendah. Lebih pendek tempoh pinjaman, semakin rendah kadar interest yg dikenakan. Spt contoh dalam excel sheet di atas: Kereta baru yg tempoh pinjamannya maksimum 9 tahun mempunyai kadar interest 2.85%. Tetapi bagi kereta baru yg tempoh pinjamannya 5 tahun dan ke bawah, kadar interestnya adalah 2.77%. Bagi kereta terpakai, kadar interestnya adalah sekitar 3.5%-4% setahun (utk tempoh pinjaman 9 tahun).

6. Pilih model2 kereta yang high resale price sebagai keutamaan. Model pilihan: Perodua (tempatan), Toyota (VIOS, CAMRY), Honda (CIVIC, ACCORD) - spare part senang, mempunyai demand yang agak tinggi dalam industri kereta sewa sederhana-mewah dan esekutif. Semak resale price dan retained value kereta di sini. Berikut adalah contoh beberapa model kereta yg high resale price:



7. Masa terbaik untuk beli kereta baru di Malaysia:
  • Beli antara bulan November (sebelum Krismas) hingga March (sebelum CNY): Pada ketika ini akan ada promosi akhir tahun, free maintenance package utk 1-2 tahun (cover parts & labour), kadar interest yg lebih rendah dari biasa.
  • Beli yg run out model (model yg akan di phase out sebelum model baru berada di pasaran)
  • Beli yg run out model, yg face lifted/updated model (model yg sama generasi, tetapi ada sedikit kelainan dr segi style dan teknikal) - tetapi jgn beli yg tahun pertama keluarannya.
  • Beli yg pre-registered atau pre-own car.

8. Tips beli kereta mampu milik:
  • Harga kereta mestilah tidak lebih daripada gaji tahunan (setahun gaji). Jika gaji kita RM 7,600, harga kereta mestilah tidak lebih daripada RM 91,200. (RM 7600 x 12). Ini membolehkan kita ada simpanan untuk membayar servis, cukai jalan, minyak, tol, parking, saman dan lain-lain yang berkaitan dengan kereta.
  • Ansuran bulan mestilah tidak lebih daripada 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji bulanan. Jika gaji kita RM 7,600 sebulan, ansuran bulanan kereta haruslah tidak lebih daripada RM 1,140.
  •  Beli kereta ikut keperluan: Pertambahan ahli keluarga/keselesaan. Perlu ada sebab musabab kerana hutang beli kereta ini bakal dimasukkan dalam perbelanjaan bulanan, dan bermakan tahun lamanya utk settle. Ambilkira sekiranya kita ada pilihan utk guna pengangkutan awam atau tidak. Jika kita lebih banyak gunakan pengangkutan awam berbanding kereta, mungkin kita boleh pertimbangkan utk beli kereta yg lebih murah. Juga ambilkira berapa kerap kita gunakan kereta dan atas keperluan apa kita guna. 
  • Tidak terburu-buru semasa membeli kereta supaya kita mempunyai masa yg cukup utk memilih dan membuat penilaian, di samping dapat mengambil peluang membeli semasa interest rendah. Pembelian secara segera dan terburu-buru hanya akan merugikan diri sendiri.
  • Beli secara tunai adalah yg terbaik, kerana tak perlu bayar lebih untuk interest. Atau setidak-tidaknya mampu membayar 20% utk downpayment. Oleh yg demikian, tabungan atau pelaburan jangka pendek dari awal adalah amat penting bagi membolehkan kita beli secara tunai ataupun digunakan utk mengumpul downpayment.
  • Beli kereta baru kurang hassle nya. Walaupun begitu, ramai juga orang yang membuat pilihan untuk membeli kereta terpakai. Road tax dan ansuran bulanan yang jauh lebih murah bahkan sebahagiannya membeli kereta terpakai secara tunai. Cuma perkara yg perlu diambil perhatian ketika membeli kereta terpakai ini adalah aspek penelitian semasa proses memilih dan membeli.
  • Zero downpayment tidak lain hanyalah bertujuan untuk menambah tempoh hutang dan jumlah ansuran bulanan berbanding jika dengan downpayment.
  • Pinjaman yang lebih pendek adalah lebih baik. Kalau pinjaman kereta selama 9 tahun, komitmen ketika itu sudah pasti lebih tinggi berbanding komitmen ketika mula-mula ambil kereta.
  • Bayaran ansuran bulanan lebih rendah adalah lebih baik, supaya ada lebihan duit yang lebih untuk membuat simpanan, perlindungan dan pelaburan mengikut keperluan semasa.
  • Pilih dan bandingkan model, jenama yang bersesuaian dengan kemampuan, bukan kehendak, ataupun angan-angan.

Bagaimana menggunakan ASBF sebagai tools bayaran ansuran kereta baru ini? 

1. Kenalpasti berapa ansuran bulanan kereta yang harus dibayar. Seperti contoh di atas, ansuran bulanannya adalah RM 1138.50. Seperti yg diketahui, maksimum pembiayaan ASBF RM 200k, akan menghasilkan dividen sekitar RM14k (anggapan 7% dividen ASB). Dividen ASB RM 14k ini setara dgn RM1167 sebulan. Maknanya, dividen ASB ini cukup utk membayar ansuran bulanan kereta ini.

2. Sebelum beli kereta ini, layan dulu ASBF RM 200k utk setahun penuh, dan dapatkan dividen RM 14k setahun. Kemudian, baru beli kereta menggunakan kaedah ini. Dgn kaedah ini, kita hanya keluarkan duit utk komitmen ASBF setiap bulan sahaja. Bayaran ansuran kereta dibayar oleh dividen ASB.

3. Tidak dinafikan, kaedah ini memerlukan modal yg besar (perlu menyediakan RM 16k++ utk deposit kereta (once off), dan komitmen bulanan ASB RM 1100 setiap bulan). Tapi kaedah ini sgt berbaloi- apabila kereta yg dibayar dapat diupgrade/ditukar baru setiap 5 tahun tanpa menjejaskan ansuran bulanan yg dicover oleh dividen ASBF RM 200k. Lagipun modal deposit yg tinggi diperlukan hanya utk permulaan dan once off saja. Utk selang 5 tahun berikutnya, hanya trade in kereta lama dan ambil kereta baru, dgn nilai bayaran ansuran bulanan yg sama.

5. Jika dividen ASBF digunakan utk membayar ansuran  kereta, ini bermakna ASBF akan menjadi long term plan. Bagus sekiranya mempertimbangkan full ASBRTA (insurans) utk ASBF ini. (tapi bayaran bulanannya juga akan bertambah sedikit)

6. Jika komitmen bayaran ansuran dan deposit utk VIOS ini agak tinggi, sebagai permulaan mungkin boleh didowngradekan kereta kepada Myvi 1.3 Standard G - Automatic (jenis high resale price car) utk mengaplikasi kaedah ini bagi mengurangkan keperluan deposit yg tinggi semasa permulaan.



Myvi itu Kereta Jutawan



7. Jika pada suatu hari, kita sudah tidak mahu bermain dgn game plan trade in kereta ini lagi: kita boleh teruskan sahaja menggunakan kereta itu selepas tahun ke-5, dan pada ketika ini, kita sudah tidak perlu membayar ansuran kereta lagi kerana hutang sudah pun langsai pada tahun ke-5. Pada ketika ini, kita boleh teruskan komitmen ASBF utk kita memanfaatkan dividennya pada benda lain pula, ataupun sekiranya kita bercadang utk tamatkan pembiayaan ASBF, kita bakal memperolehi principal returned daripada bank hasil daripada komitmen bulanan ASBF kita itu. Berikut adalah jumlah principal returned yg bakal diperolehi daripada bank sekiranya bercadang utk terminate pembiayaan ASBF ini. (contoh yg dipaparkan adalah sehingga akhir tahun ke-9):


Thursday, 18 August 2016

Modal serendah RM 275 sebulan utk mencapai ASBF bernilai RM 200K

Modal serendah RM 275 sebulan utk mencapai ASBF bernilai RM 200K

 Andaian: 
-ASB dividen 7% sepanjang tahun.
- Bank interest: 5.2%
- Kiraan insurans tidak termasuk dalam pengiraan ini.

1. Buat ASBF 50K utk tempoh 30 tahun. Monthly installment RM 274.56 (RM 3,295 setahun). Setelah setahun, dividen yg diperolehi pada akhir tahun adalah RM 3,500.



 2. Dividen yg diperolehi (RM 3,500) daripada loan pertama ini digunakan sbg modal utk topup lagi RM50k (komitmen sebulan RM 274.56, RM 3,295 utk setahun) pada tahun ke-2, menjadikan total loan ASB kini berjumlah RM100k, dgn loan pertama continue bayar dgn duit sendiri (RM 274.56 sebulan, RM 3,295 setahun), manakala loan ke-2 (RM 3,295 setahun) dibayar menggunakan hasil dividen dari loan pertama (RM 3,500). Setelah setahun, loan ASB yg berjumlah RM100k itu akan menghasilkan dividen berjumlah RM 7,000.



3. Dividen yg diperolehi (RM 7,000) daripada loan pertama dan ke-2 ini digunakan sbg modal utk topup lagi RM50k (komitmen sebulan RM 274.56, RM 3,295 utk setahun) pada tahun ke-3, menjadikan total loan ASB kini berjumlah RM150k, dgn loan pertama continue bayar dgn duit sendiri (RM 274.56 sebulan, RM 3,295 setahun), manakala loan ke-2 (RM 3,295 setahun) dan loan ke-3 (RM 3,295 setahun) dibayar menggunakan hasil dividen dari loan pertama dan loan ke-2 (berjumlah RM 7,000). Setelah setahun, loan ASB yg berjumlah RM150k itu akan menghasilkan dividen berjumlah RM 10,500.



4. Dividen yg diperolehi (RM 10,500) daripada loan pertama, ke-2 dan ke-3 ini digunakan sbg modal utk topup lagi RM50k (komitmen sebulan RM 274.56, RM 3,295 utk setahun) pada tahun ke-4, menjadikan total loan ASB kini berjumlah RM200k, dgn loan pertama continue bayar dgn duit sendiri RM 274.56 sebulan (RM 3,295 setahun), manakala loan ke-2 (RM 3,295 setahun), loan ke-3 (RM 3,295 setahun) dan loan ke-4 (RM 3,295 setahun) dibayar menggunakan hasil dividen dari loan pertama, loan ke-2 dan loan ke-3 (berjumlah RM 10,500). Setelah setahun, loan ASB yg berjumlah RM200k itu akan menghasilkan dividen berjumlah RM 14,000.



5. Bermula tahun ke-4 ini, jumlah loan ASB sudah pun bernilai RM200k, dgn dividen yg dihasilkan berjumlah RM 14,000. Pada ketika ini, kita sudah boleh menggunakan dividen RM14,000 itu utk membayar sekaligus komitmen bulanan utk LASB RM 200k (RM13,179 setahun). Bermula dari tahun ke-4 ini, kaedah roling dividen boleh digunakan.
 


Perbincangan

1. Dgn modal serendah RM 275 sebulan, hanya memerlukan 4 tahun (berperingkat-peringkat) utk dapat mencapai LASB bernilai RM200k.
  •  Tahun 1:      RM 50k 1st ASBF
  • Tahun ke-2:  RM 50k + RM 50k 2nd ASBF
  • Tahun ke-3:  RM 50k + RM 50k + RM 50k 3rd ASBF
  • Tahun ke-4:  RM 50k + RM 50k + RM 50k +RM 50k 4rd ASBF

2. Ketahui sebab mengapa perlu cukupkan pembiayaan LASB ini sehingga RM200k.

3. Kelebihan kaedah ini:
  • Komitmen bulanan yg rendah - Kaedah ini digunakan sekiranya tidak mempunyai cukup modal utk membuat ASBF RM200k sekaligus (komitmen utk ASBF RM 200k adalah RM 1098.22 sebulan).
  • Fleksibiliti dalam terminate ASBF mengikut keperluan: Mempunyai 4 sijil ASB yg bernilai RM50k setiap satu berasingan. Jika ada kecemasan dan ingin terminate LASB, boleh terminate mengikut nilai keperluan. (tidak perlu terminate RM200k sekaligus).

Tuesday, 5 July 2016

Compounded Dividend vs. Rolling Dividend

Compounded Dividend vs. Rolling Dividend

 Compounded Dividend: Dividen terkumpul tidak dikeluarkan dari ASB. Guna duit sendiri utk bayar loan ASB.

Rolling Dividend: Dividen yang diperolehi pada tahun pertama digunakan sebagai modal untuk membayar pinjaman ASB utk tahun berikutnya. Duit sendiri utk bayar loan hanya digunakan pada tahun pertama sahaja.

Andaian: 
-ASB dividen 7% sepanjang tahun.
- Bank interest: 5.2%
- Kiraan insurans tidak termasuk dalam pengiraan ini.

1. Buat loan ASB 200K utk tempoh 30 tahun. Monthly installment RM 1098.22. Biarkan dividend compounding selama 5 tahun (compounded dividend). Loan ini diterminate selepas 5 tahun.


 Total cash yg terkumpul selepas 5 tahun = RM 96 338 (setelah tolak nilai sijil dan bank komitmen)


2.  Buat loan ASB 200K utk tempoh 30 tahun. Monthly installment RM 1098.22. Dividen yang diperolehi digunakan utk membayar komitmen pinjaman ASB pada tahun berikutnya, dan proses ini berjalan selama 5 tahun (rolling dividend). Loan ini diterminate selepas 5 tahun.


  Total cash yg terkumpul selepas 5 tahun = RM 35 607 (setelah tolak nilai sijil dan bank komitmen)


Perbincangan:

1. Cash terkumpul yg diperolehi selepas 5 tahun loan terminated adalah lebih banyak dengan kaedah compounded dividend berbanding rolling dividend.

2. ROI yg diperolehi daripada rolling dividend adalah lebih tinggi berbanding compounded dividend. Ini kerana modal dikeluarkan hanya sekali sahaja (iaitu semasa tahun pertama pembayaran loan). Tahun-tahun berikutnya hanya menggunakan dividen yg diperolehi utk membayar pinjaman.

3. Sekiranya kita target utk mendapat banyak lebihan cash apabila terminate loan ASB, maka kaedah compounded dividen lebih baik digunakan (dgn syarat dividen yg diperolehi tidak dikeluarkan dan ia dibiarkan menjadi initial capital, modal bagi kiraan dividen utk tahun hadapan). Sekiranya kita mempunyai kekangan modal utk membayar komitmen pinjaman ASB setiap bulan, maka kaedah rolling dividen lebih baik digunakan (hanya perlukan modal utk tahun pertama sahaja. Setelah perolehi dividen, hasil dividen itu dikeluarkan utk membayar komitmen loan ASB pada tahun berikutnya).

4. Sekiranya bercadang utk menggunakan kaedah rolling dividend, dinasihatkan buat pinjaman ASB pada bulan Disember, dan follow up supaya loan ASB mula aktif pada Januari tahun hadapan. Ini akan membolehkan kita memperolehi jumlah dividen utk jangkamasa setahun penuh (Jan-Dec) pada tahun hadapan.

5. Sekiranya kita menggunakan hasil dividen utk membayar komitmen bank (rolling dividend), dividen akan tetap diterima berasaskan nilai sijil utk setiap tahun. Maknanya, walaupun dividen tahun pertama itu sudah digunakan utk membayar komitmen bank utk tahun berikutnya (baki ASB berkurang), dividen yg diperolehi pada tahun kedua tetap juga akan kita terima dgn nilai yg berasaskan nilai sijil (+lebihan dividen). Cuma, kalau kita tidak keluarkankan dividen yg diperolehi, ia akan compounded dan akan meningkatkan lagi initial capital, seterusnya menyumbang kepada peningkatan dividen pada tahun berikutnya.

6. ASB Financing ini sesuai diaplikasi dgn kaedah rolling dividen kerana peratusan dividen ASB yg diumumkan tidak rendah, dan kadar interest bank yg tidak terlalu tinggi. Sekiranya dividen yg diterima terlalu rendah, atau kadar interest bank terlalu tinggi, maka kaedah rolling dividen ini tidak sesuai digunakan (tak boleh nak rolling dividen).

(Aras Rujukan: Dividen:7%, Interest: 5.2%)

a. Contoh dividen terlalu rendah: 5.12%



b. Contoh interest bank terlalu tinggi: 7.1%