Tuesday, 5 July 2016

Compounded Dividend vs. Rolling Dividend

Compounded Dividend vs. Rolling Dividend

 Compounded Dividend: Dividen terkumpul tidak dikeluarkan dari ASB. Guna duit sendiri utk bayar loan ASB.

Rolling Dividend: Dividen yang diperolehi pada tahun pertama digunakan sebagai modal untuk membayar pinjaman ASB utk tahun berikutnya. Duit sendiri utk bayar loan hanya digunakan pada tahun pertama sahaja.

Andaian: 
-ASB dividen 7% sepanjang tahun.
- Bank interest: 5.2%
- Kiraan insurans tidak termasuk dalam pengiraan ini.

1. Buat loan ASB 200K utk tempoh 30 tahun. Monthly installment RM 1098.22. Biarkan dividend compounding selama 5 tahun (compounded dividend). Loan ini diterminate selepas 5 tahun.


 Total cash yg terkumpul selepas 5 tahun = RM 96 338 (setelah tolak nilai sijil dan bank komitmen)


2.  Buat loan ASB 200K utk tempoh 30 tahun. Monthly installment RM 1098.22. Dividen yang diperolehi digunakan utk membayar komitmen pinjaman ASB pada tahun berikutnya, dan proses ini berjalan selama 5 tahun (rolling dividend). Loan ini diterminate selepas 5 tahun.


  Total cash yg terkumpul selepas 5 tahun = RM 35 607 (setelah tolak nilai sijil dan bank komitmen)


Perbincangan:

1. Cash terkumpul yg diperolehi selepas 5 tahun loan terminated adalah lebih banyak dengan kaedah compounded dividend berbanding rolling dividend.

2. ROI yg diperolehi daripada rolling dividend adalah lebih tinggi berbanding compounded dividend. Ini kerana modal dikeluarkan hanya sekali sahaja (iaitu semasa tahun pertama pembayaran loan). Tahun-tahun berikutnya hanya menggunakan dividen yg diperolehi utk membayar pinjaman.

3. Sekiranya kita target utk mendapat banyak lebihan cash apabila terminate loan ASB, maka kaedah compounded dividen lebih baik digunakan (dgn syarat dividen yg diperolehi tidak dikeluarkan dan ia dibiarkan menjadi initial capital, modal bagi kiraan dividen utk tahun hadapan). Sekiranya kita mempunyai kekangan modal utk membayar komitmen pinjaman ASB setiap bulan, maka kaedah rolling dividen lebih baik digunakan (hanya perlukan modal utk tahun pertama sahaja. Setelah perolehi dividen, hasil dividen itu dikeluarkan utk membayar komitmen loan ASB pada tahun berikutnya).

4. Sekiranya bercadang utk menggunakan kaedah rolling dividend, dinasihatkan buat pinjaman ASB pada bulan Disember, dan follow up supaya loan ASB mula aktif pada Januari tahun hadapan. Ini akan membolehkan kita memperolehi jumlah dividen utk jangkamasa setahun penuh (Jan-Dec) pada tahun hadapan.

5. Sekiranya kita menggunakan hasil dividen utk membayar komitmen bank (rolling dividend), dividen akan tetap diterima berasaskan nilai sijil utk setiap tahun. Maknanya, walaupun dividen tahun pertama itu sudah digunakan utk membayar komitmen bank utk tahun berikutnya (baki ASB berkurang), dividen yg diperolehi pada tahun kedua tetap juga akan kita terima dgn nilai yg berasaskan nilai sijil (+lebihan dividen). Cuma, kalau kita tidak keluarkankan dividen yg diperolehi, ia akan compounded dan akan meningkatkan lagi initial capital, seterusnya menyumbang kepada peningkatan dividen pada tahun berikutnya.

6. ASB Financing ini sesuai diaplikasi dgn kaedah rolling dividen kerana peratusan dividen ASB yg diumumkan tidak rendah, dan kadar interest bank yg tidak terlalu tinggi. Sekiranya dividen yg diterima terlalu rendah, atau kadar interest bank terlalu tinggi, maka kaedah rolling dividen ini tidak sesuai digunakan (tak boleh nak rolling dividen).

(Aras Rujukan: Dividen:7%, Interest: 5.2%)

a. Contoh dividen terlalu rendah: 5.12%



b. Contoh interest bank terlalu tinggi: 7.1%



No comments:

Post a Comment