VIOS 1.5J (A): RM75,380.00 (On-the-road price with insurance for non-metallic models in Peninsular Malaysia (for Individual Private Owners).
Tips kewangan utk beli kereta baru:
Sebelum kita membincangkan tips kewangan utk beli kereta baru ini, perlu kita fahami konsep asas dan kaitan antara bayaran ansuran bulanan yg dibuat dgn bayaran deposit, tempoh pinjaman dan kadar interest:
- Interest dah mmg kena. Tak boleh lari. Rendah utk kereta baru, dan tinggi utk kereta terpakai. Utk kereta baru, kadar interest lebih rendah sekiranya tempoh pinjaman kurang daripada 5 tahun, berbanding dgn kereta yg juga baru, tetapi tempoh pinjaman lebih daripada 5 tahun (6-9 tahun).
- Bayaran deposit yg default bagi pinjaman kenderaan adalah 10%. Sekiranya kita meningkatkan bayaran deposit kereta, ini akan mengurangkan jumlah pinjaman yg akan dilakukan. Semakin tinggi deposit yg dibuat, maka semakin kuranglah jumlah pinjaman yg akan dilakukan. Bayaran ansuran bulanan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yg dibuat, dan kadar interest yg ditetapkan.
- Tempoh pinjaman yg default bagi pinjaman kenderaan adalah 9 tahun. Semakin tempoh pinjaman dikurangkan, maka semakin cepat hutang jumlah pinjaman dapat dilangsaikan (boleh fokus utk komitmen lain pulak lepas tu). Walaupun begitu, jika tempoh pinjaman dikurangkan, ia akan meningkatkan bayaran ansuran bulanan. Jumlah yg terpaksa dibayar (daripada jumlah pinjaman) pula adalah bergantung kpd kadar interest yg dikenakan. Semakin lama tempoh pinjaman, maka semakin banyak lebihan yg terpaksa dibayar (melebihi nilai sebenar yg dipinjam).
1. Berikut adalah step2 utk guna excel sheet yg boleh di download kat bhgn atas. Isi hanya di petak yg berwarna kelabu.
- Masukkan harga kereta (cth di atas RM 75, 380)
- Setkan nilai deposit menjadi 20%
- Adjust nilai pinjaman kepada penghampiran yg sedikit. (rujuk nilai di bahagian reference) : sepatutnya pinjaman bernilai RM 60,304, tetapi digenapkan kepada penghampiran yg sedikit, iaitu RM 60,000
- Kekalkan tempoh pinjaman 5 tahun
- Dapatkan maklumat daripada penjual kereta berkenaan kadar interest % tahunan yg dikenakan sekiranya tempoh pinjaman kurang daripada 5 tahun.
2. Setkan tempoh pinjaman utk 5 tahun sahaja: Pastikan warranty kereta itu juga 5 tahun. Kereta biasa buat masalah selepas 5 tahun. Tukar kereta baru apabila warranty tamat. Less cost of maintenance.
3. Trade in kereta tersebut antara tempoh 5 tahun, apabila kereta dah habis bayar. Ambil depreciation value 10% setahun. Maknanya value masih ada lagi RM37,690 (75,380 - (75,380 x 10% x 5 tahun)). Jadikan resale price value RM37,690 itu sebagai deposit utk kereta baru yg berharga RM97,690 (60k+RM37,690). Pinjaman masih tetap RM 60k. Komitmen masih tidak berubah tetapi dapat kereta baru yg lebih selesa (cth: mempertimbangkan utk upgrade kereta kepada VIOS 1.5 TRD SPORTIVO, RM 97, 680), dan yg paling penting peace of mind dgn warranty yg ada. Jual kereta anda di sini.
4. Apabila trade in kereta sebelum usia kereta 5 tahun: valuenya masih tinggi berikutan masih ada permintaan kerana ia masih layak dibeli dengan tempoh pinjaman maksimum 9 tahun oleh pihak ketiga. Majoriti pembeli inginkan pinjaman yang maksimum dengan tempoh bayaran yang juga maksimum. Manakala apabila kereta menjangkau usia lebih 10 tahun, bank dah tak bagi finance (kalau bagi pun installmentnya tinggi), dan ini mengakibatkan harganya susut mendadak kerana pembeli terpaksa membeli secara cash, atau terpaksa membuat pinjaman dengan syarikat kewangan selain bank, di mana kadar faedahnya jauh lebih tinggi berbanding yg ditawarkan oleh bank, dan tempoh bayarannya juga singkat.
5. Kereta baru mempunyai kadar interest yg rendah. Lebih pendek tempoh pinjaman, semakin rendah kadar interest yg dikenakan. Spt contoh dalam excel sheet di atas: Kereta baru yg tempoh pinjamannya maksimum 9 tahun mempunyai kadar interest 2.85%. Tetapi bagi kereta baru yg tempoh pinjamannya 5 tahun dan ke bawah, kadar interestnya adalah 2.77%. Bagi kereta terpakai, kadar interestnya adalah sekitar 3.5%-4% setahun (utk tempoh pinjaman 9 tahun).
6. Pilih model2 kereta yang high resale price sebagai keutamaan. Model pilihan: Perodua (tempatan), Toyota (VIOS, CAMRY), Honda (CIVIC, ACCORD) - spare part senang, mempunyai demand yang agak tinggi dalam industri kereta sewa sederhana-mewah dan esekutif. Semak resale price dan retained value kereta di sini. Berikut adalah contoh beberapa model kereta yg high resale price:
7. Masa terbaik untuk beli kereta baru di Malaysia:
- Beli antara bulan November (sebelum Krismas) hingga March (sebelum CNY): Pada ketika ini akan ada promosi akhir tahun, free maintenance package utk 1-2 tahun (cover parts & labour), kadar interest yg lebih rendah dari biasa.
- Beli yg run out model (model yg akan di phase out sebelum model baru berada di pasaran)
- Beli yg run out model, yg face lifted/updated model (model yg sama generasi, tetapi ada sedikit kelainan dr segi style dan teknikal) - tetapi jgn beli yg tahun pertama keluarannya.
- Beli yg pre-registered atau pre-own car.
8. Tips beli kereta mampu milik:
- Harga kereta mestilah tidak lebih daripada gaji tahunan (setahun gaji). Jika gaji kita RM 7,600, harga kereta mestilah tidak lebih daripada RM 91,200. (RM 7600 x 12). Ini membolehkan kita ada simpanan untuk membayar servis, cukai jalan, minyak, tol, parking, saman dan lain-lain yang berkaitan dengan kereta.
- Ansuran bulan mestilah tidak lebih daripada 15% (lagi rendah, lagi bagus) daripada gaji bulanan. Jika gaji kita RM 7,600 sebulan, ansuran bulanan kereta haruslah tidak lebih daripada RM 1,140.
- Beli kereta ikut keperluan: Pertambahan ahli keluarga/keselesaan. Perlu ada sebab musabab kerana hutang beli kereta ini bakal dimasukkan dalam perbelanjaan bulanan, dan bermakan tahun lamanya utk settle. Ambilkira sekiranya kita ada pilihan utk guna pengangkutan awam atau tidak. Jika kita lebih banyak gunakan pengangkutan awam berbanding kereta, mungkin kita boleh pertimbangkan utk beli kereta yg lebih murah. Juga ambilkira berapa kerap kita gunakan kereta dan atas keperluan apa kita guna.
- Tidak terburu-buru semasa membeli kereta supaya kita mempunyai masa yg cukup utk memilih dan membuat penilaian, di samping dapat mengambil peluang membeli semasa interest rendah. Pembelian secara segera dan terburu-buru hanya akan merugikan diri sendiri.
- Beli secara tunai adalah yg terbaik, kerana tak perlu bayar lebih untuk interest. Atau setidak-tidaknya mampu membayar 20% utk downpayment. Oleh yg demikian, tabungan atau pelaburan jangka pendek dari awal adalah amat penting bagi membolehkan kita beli secara tunai ataupun digunakan utk mengumpul downpayment.
- Beli kereta baru kurang hassle nya. Walaupun begitu, ramai juga orang yang membuat pilihan untuk membeli kereta terpakai. Road tax dan ansuran bulanan yang jauh lebih murah bahkan sebahagiannya membeli kereta terpakai secara tunai. Cuma perkara yg perlu diambil perhatian ketika membeli kereta terpakai ini adalah aspek penelitian semasa proses memilih dan membeli.
- Zero downpayment tidak lain hanyalah bertujuan untuk menambah tempoh hutang dan jumlah ansuran bulanan berbanding jika dengan downpayment.
- Pinjaman yang lebih pendek adalah lebih baik. Kalau pinjaman kereta selama 9 tahun, komitmen ketika itu sudah pasti lebih tinggi berbanding komitmen ketika mula-mula ambil kereta.
- Bayaran ansuran bulanan lebih rendah adalah lebih baik, supaya ada lebihan duit yang lebih untuk membuat simpanan, perlindungan dan pelaburan mengikut keperluan semasa.
- Pilih dan bandingkan model, jenama yang bersesuaian dengan kemampuan, bukan kehendak, ataupun angan-angan.
Bagaimana menggunakan ASBF sebagai tools bayaran ansuran kereta baru ini?
1. Kenalpasti berapa ansuran bulanan kereta yang harus dibayar. Seperti contoh di atas, ansuran bulanannya adalah RM 1138.50. Seperti yg diketahui, maksimum pembiayaan ASBF RM 200k, akan menghasilkan dividen sekitar RM14k (anggapan 7% dividen ASB). Dividen ASB RM 14k ini setara dgn RM1167 sebulan. Maknanya, dividen ASB ini cukup utk membayar ansuran bulanan kereta ini.
2. Sebelum beli kereta ini, layan dulu ASBF RM 200k utk setahun penuh, dan dapatkan dividen RM 14k setahun. Kemudian, baru beli kereta menggunakan kaedah ini. Dgn kaedah ini, kita hanya keluarkan duit utk komitmen ASBF setiap bulan sahaja. Bayaran ansuran kereta dibayar oleh dividen ASB.
3. Tidak dinafikan, kaedah ini memerlukan modal yg besar (perlu menyediakan RM 16k++ utk deposit kereta (once off), dan komitmen bulanan ASB RM 1100 setiap bulan). Tapi kaedah ini sgt berbaloi- apabila kereta yg dibayar dapat diupgrade/ditukar baru setiap 5 tahun tanpa menjejaskan ansuran bulanan yg dicover oleh dividen ASBF RM 200k. Lagipun modal deposit yg tinggi diperlukan hanya utk permulaan dan once off saja. Utk selang 5 tahun berikutnya, hanya trade in kereta lama dan ambil kereta baru, dgn nilai bayaran ansuran bulanan yg sama.
5. Jika dividen ASBF digunakan utk membayar ansuran kereta, ini bermakna ASBF akan menjadi long term plan. Bagus sekiranya mempertimbangkan full ASBRTA (insurans) utk ASBF ini. (tapi bayaran bulanannya juga akan bertambah sedikit)
6. Jika komitmen bayaran ansuran dan deposit utk VIOS ini agak tinggi, sebagai permulaan mungkin boleh didowngradekan kereta kepada Myvi 1.3 Standard G - Automatic (jenis high resale price car) utk mengaplikasi kaedah ini bagi mengurangkan keperluan deposit yg tinggi semasa permulaan.
Myvi itu Kereta Jutawan
7. Jika pada suatu hari, kita sudah tidak mahu bermain dgn game plan trade in kereta ini lagi: kita boleh teruskan sahaja menggunakan kereta itu selepas tahun ke-5, dan pada ketika ini, kita sudah tidak perlu membayar ansuran kereta lagi kerana hutang sudah pun langsai pada tahun ke-5. Pada ketika ini, kita boleh teruskan komitmen ASBF utk kita memanfaatkan dividennya pada benda lain pula, ataupun sekiranya kita bercadang utk tamatkan pembiayaan ASBF, kita bakal memperolehi principal returned daripada bank hasil daripada komitmen bulanan ASBF kita itu. Berikut adalah jumlah principal returned yg bakal diperolehi daripada bank sekiranya bercadang utk terminate pembiayaan ASBF ini. (contoh yg dipaparkan adalah sehingga akhir tahun ke-9):
No comments:
Post a Comment