Biasanya kita terima statement kad kredit seperti di bawah (Statement Date (SD): 12 MAY 15, Due Date (DD): 01 JUN 15).
1. Memahami Kitaran Bayaran Kad Kredit
Utk contoh bil di atas, amaun RM 1681.80 yg dibilkan adalah utk penggunaan kad antara 13 April - 12 May (SD), dan ia perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 1 June (DD).
Soalan: Jika swipe kad kredit pada 14 May, adakah transaksi ini juga perlu dijelaskan pada 1 June?
Jawapan: TIDAK! 14 May adalah termasuk dalam cycle 13 May-12 June (SD 12 June), yg mana DD nya adalah pada 2 July (20 hari selepas 12 June).
Due Date (DD) adalah tarikh akhir bayaran penuh perlu dibuat tanpa sebarang caj kewangan. DD dikira 20 hari selepas SD. Dalam contoh di atas, DD adalah pada 1 June, iaitu 20 hari selepas SD (12 May). Tempoh 20 hari free interest ini dikenali sebagai grace period.
Utk menikmati 20 hari grace period ini, terdapat beberapa syarat yg perlu dipatuhi:
1. Jgn ada outstanding balance dari SD sebelumnya.
2. Pembayaran pada setiap DD hendaklah dibuat dalam full amount spt yg tertera dalam bil.
3. Pembayaran pada setiap DD hendaklah dibuat sebelum/pada tarikh yg ditetapkan.
4. Kelebihan 20 hari grace period ini hanya terpakai utk retail purchases sahaja. Balance transfer, cash advance, dan convenience cheque tidak terpakai utk menikmati kelebihan 20 hari grace period ini.
2. Bagaimana menjana dividen ASB daripada duit utk bayar kad kredit ini?
Mudah saja! Swipe kad kredit/belanja utk bil2 berjadual pada awal permulaan billing cycle, iaitu pada sehari selepas SD sebelumnya. Utk cth bil di atas: awal permulaan billing cycle adalah 13 April. Apabila dapat gaji pada setiap hujung bulan (25 April), jangan terus gunakan duit gaji tu utk bayar hutang kad kredit! Masukkan dulu nilai yg dibelanjakan dgn kad kredit itu ke dalam ASB. Kemudian, apabila tiba DD (1 June), pindahkan semula duit daripada ASB tadi ke akaun kad kredit, dan terus membayar full amount nilai yg tercatat pada bil kad kredit (RM 1681.80).
Tips utk mengaplikasikan kaedah ini:
1. Kaedah ini hanya sesuai utk mereka yg ada duit dulu, baru guna kad kredit. Kepada yg suka bayar minimum, tak sesuai menggunakan kaedah ini - sebab ia akan create outstanding balance.
2. Dinasihatkan supaya mempunyai 1 kad kredit khas utk tujuan ini. Kad kredit ini hanya diguna utk membuat bayaran2 dan pembelian2 yg berjadual di awal permulaan billing period, dan ia mempunyai jadual utk dikeluarkan semula dari ASB bagi membayar semula hutang kad kredit. Utk tujuan ad-hoc, boleh menggunakan kad kredit yg sama, atau kad kredit yg lain, cuma ia tidak perlu dimasukkan ke dalam ASB. Lepas guna, terus je bayar. Oleh itu, sila kenalpasti bayaran2 dan pembelian2 yg berjadual, kitaran tarikh bayaran bil2, bagi mengaplikasikan teknik ini.
3. Utk masuk duit dalam ASB boleh guna internet banking (charge RM1.06 setiap transaksi). Untuk keluar duit dari ASB dan bayar kad kredit perlu pergi kaunter utk keluarkan duit. Oleh itu, perlu sediakan siap2 borang keluar ASB & borang masuk duit byr kad kredit masa sebelum pegi bank. Satu lagi, kena alert jgn sampai kena tarikh cuti umum/sabtu & ahad utk keluar duit dari ASB.
4. Utk keluar duit dari ASB bagi membayar kad kredit, sila pastikan transaksi melepasi tarikh 1hb bagi mengambilkira pengiraan dividen ASB. Dividen ASB dikira pada setiap 1hb setiap bulan. Adjust billing cycle dgn pihak bank supaya DD melepasi 1 hb (sebaiknya 3hb, atau 4 hb).
5. Jika diperhatikan contoh di atas: Dalam satu bulan, akan ada 2 kali DD (keluar duit ASB bayar kredit kad) dan ada sekali masuk gaji ke dalam ASB (akhir bulan). Dividen ASB dikira pada setiap 1hb pada bulan berikutnya utk setiap bulan; dan berdasarkan nilai baki terendah yg ada dalam akaun ASB pada bulan tersebut (mengambilkira transaksi2 ketika DD dan akhir bulan bila masukkan gaji dalam ASB). Dalam contoh di atas: Semasa 50 hari Free Interest ini, dalam tempoh sebulan, iaitu dalam bulan 5 (1/5-1/6), akan ada 2 kali DD (iaitu pada 2/5 dan 1/6), dan ada sekali time utk masukkan gaji dalam ASB (iaitu pada 25/4). Maka, dividen pada bulan 5 ini akan dikira pada 1/6, berdasarkan baki terendah sepanjang tempoh 1/5-1/6, yg mengambilkira transaksi2 semasa DD dan semasa akhir bulan, apabila duit gaji dimasukkan dalam ASB (bersama2 dgn simpanan sendiri dalam ASB, jika ada).
6.Pengiraan dividen ASB berdasarkan nilai baki terendah setiap bulan. Oleh itu, sebaik-baiknya nilai simpanan sendiri yg dibuat dlm ASB setiap bulan (jika ada) hendaklah lebih tinggi daripada nilai duit yg dimasukkan dalam ASB utk bayar kad kredit. Ini bertujuan supaya baki duit yg tinggal dalam akaun ASB setelah dibuat pembayaran kad kredit akan menjadi baki terendah dalam bulan tersebut. Dengan kata lain: Simpanan ASB hendaklah lebih tinggi dari penggunaan kad kredit. (jika tak mampu simpan lebih, maka kurangkan penggunaan kad kredit!).
7. Utk menjimatkan masa dan tenaga, bagus pilih kad kredit yg sama dgn bank pada akaun simpanan. Boleh transfer online aje tanpa ada apa2 charge. Bila dah transfer dari ASB ke akaun simpanan, boleh set schedule payment kat online banking utk set bila perlu dibuat pembayaran ke akaun kad kredit (berdasarkan DD)
8. Kena ada schedule sendiri utk tracking SD & DD cycle, ikut kad kredit masing2. Kena teliti betul2 susunan jarak antara tarikh SD (tarikh ke tarikh). Telitikan juga jarak antara SD dan DD. Mmg perbezaannya adalah 20 hari, tapi pastikan 20 hari itu menepati susunan spt dlm statement. Tarikh apabila kita swipe kad, date itu dipanggil Transaction Date. Posting Date adalah tarikh apabila transaction tu dah registered dlm system. SD guna posting date sbg basis.
9. Fahami perbezaan antara retail purchases, Balance transfer, cash advance, dan convenience cheque.
KESIMPULAN
Apabila terima bil kad kredit seperti di atas:
1. SD nya adalah 12 May, bermakna billing cyclenya adalah 13 April-12 May. Yg perlu kita tahu ialah amaun RM 1681.80 di caj atas penggunaan kad antara jangkamasa 13 April-12 May, dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 1 June (DD).
2. Oleh itu, kita sepatutnya swipe kad kredit/belanja utk bil2 berjadual pada permulaan billing cycle, seperti contoh di atas iaitu pada 13 April.
3. Apabila dapat gaji pada hujung bulan April, masukkan nilai yg di swipe pada 13 April tadi ke dalam ASB.
4. Apabila tiba DD (seperti contoh di atas: 1 June), kita keluarkan semula amaun duit yg dimasukkan ke dalam ASB tadi utk membayar full amount yg tertera dalam bil kad kredit.
Salam. Menarik betul teknik ni. Cuma kena alert dengan timing betul2. Saya nak bertanya sikit
ReplyDelete1) kat mana kita boleh swipe kad kredit untuk deposit asb? Saya pernah terfikir nak pakai m2u, tapi tak jumpa..
2) saya pernah tanya asnb, bila tarikh untuk asb lock tarikh baki bulanan terendah. Katanya antara 1hb hingga 28hb (sama dengan tabung haji). Boleh confirmkan tak?
3) nak minta tolong elaborate bersama contoh kiraan untuk point no 6. Maaf sebab kurang faham..
Harap boleh dapat pencerahan. Terima kasih
1. Tak boleh
Delete2. Dividen setiap bulan ASB dikira pada setiap 1hb setiap bulan (sebab itu jika kita plan utk parking sekejap duit utk bayar kad kredit dalam ASB, duit itu perlu melepasi 1hb dalam ASB).
3. Itu hanya cadangan utk sebaik2nya saja. Sebab biasanya, kita akan masukkan duit dalam ASB pada minggu akhir setiap bulan bila dapat gaji, dan pada 1hb akan ada kiraan dividen yg guna baki terendah. Kita keluarkan duit tu utk byr kredit kad pun selepas 1hb nnt. So, takde masalah. Dividen tetap dikira pada 1hb tu.
Salam..info yg sgt menarik..tq
ReplyDelete