Sunday, 22 October 2017

Perspektif 90% dan 10%

Perspektif 90% dan 10%

Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah ini? Apa yg kita lihat?

Gambar 1:

Gambar 2:

Gambar 3:

 Apa yg ingin disampaikan: Setiap dari kita mempunyai sisi pandang yg mungkin tidak sama, walaupun memandang pada satu objek/perkara yg sama. Begitu juga pandangan berkenaan cara menguruskan WANG.

Senario: Katakan kita sedang memandu Myvi di atas jalanraya. Tiba2 kereta Honda Accord keluaran terbaru meluncur laju memotong Myvi kita. Mata kita tidak melepaskan peluang memandang Honda Accord itu sehingga ia lenyap dari pandangan. Hati mula berkata-kata alangkah best nya kalau dapat memandu kereta Honda Accord baru itu, kelihatan sangat bergaya dan berasa bangga apabila dihormati kawan2 kerana mampu memiliki kereta tersebut. Sejak hari itu kita memasang angan-angan untuk memiliki kereta tersebut walau dgn apa cara sekalipun. 


Ini adalah sisi pandang 90% daripada masyarakat kita apabila terpandang kereta idaman mereka, yg kebanyakannya sedang memandu kereta yg agak sederhana. Sudah tentu lagi 10% itu adalah mereka yg sudah berjaya memiliki kereta idaman tersebut. Tetapi adakah sisi pandang kita yg mewakili 90% ini sama dgn sisi pandang mereka yg 10% itu?

Untuk memiliki kereta idaman tersebut, kita perlu memahami cara/teknik daripada mereka yg sudah berjaya memilikinya. Untuk menjadi seperti mereka yg 10% itu, kita yg mewakili 90% ini perlu melihat dari kacamata mereka bagaimana mereka menguruskannya, bukan melihat dari kacamata sendiri. Di sini pentingnya utk kita benar2 memahami sisi pandang mereka yg sudah berjaya memiliki kereta idaman tersebut.

Rupa-rupanya, apabila ditanya kepada mereka, mereka juga kalau boleh tidak hingin memiliki kereta dgn bayaran bulanan yg tinggi. Mereka juga tidak rela berhabis duit membeli sesuatu yg tidak memberi manfaat keperluan kepada mereka selain dari rasa lebih dihormati rakan2 dan terasa sgt bergaya. Kebanyakan mereka yg memiliki kereta mewah/idaman ini adalah kerana utk memanfaatkan potongan cukai perniagaan mereka. Jika mereka diberi pilihan, mereka lebih senang memiliki kereta yg sederhana dan berbelanja di bawah kemampuan, sedang mereka berbelanja hasil daripada pendapatan yg dijana daripada aset2 mereka, bukan daripada simpanan mereka. Mereka juga berpendapat, sekiranya mereka mempamerkan cara hidup mewah dan menonjol, mereka lebih mudah terdedah kepada risiko yg menjadikan mereka potensi mangsa jenayah. Walaupun begitu, di satu sisi yg lain, dgn berkereta mewah, mereka dapat memanipulasi (memanfaatkan paparan imej berkedudukan tinggi bagi tujuan memperoleh keyakinan daripada pihak lain) khususnya golongan 90%. Ini kerana bagi golongan 90%, jenis kereta yg dipakai adalah gambaran sebenar tahap kemampuan dan status kewangan seseorang.


Berikut dikongsikan 10 sisi pandang golongan 10% tadi, mudah-mudahan kita dapat mencontohi mereka, dan menjadi sebahagian daripada mereka:

1. Matlamat mereka menyimpan adalah utk membeli aset2 hartanah (selain simpanan kecemasan 6 bulan gaji), supaya aset2 itu nnt akan menjana wang utk mereka.  Mereka berbelanja daripada hasil janaan aset2 tadi, dan bukan daripada duit gaji/duit simpanan mereka. (kita berbelanja dari duit gaji yg diperolehi). Selalunya kita akan habis berbelanja dgn duit gaji yg diperolehi, kerana kita yakin bulan depan kita akan dapat gaji lagi. Oleh sebab itu kita tidak berasa risau. Kita terlupa yg pada suatu hari kita mungkin mengalami 2 perkara ini; sama ada kita tinggalkan kerja kita (faktor kesihatan, keluarga), atau kerja kita yg tinggalkan kita. Walaupun kita mungkin terima pampasan, tetapi duit selambak hasil pampasan itu akan habis juga, dan tidak sama dgn duit yg diperolehi tiap-tiap bulan. Oleh sebab itu, sementara mempunyai sumber pendapatan bulanan, lebih bijak sekiranya ia disimpan utk membeli aset - yg kemudian akan memberi pulangan semula kepada kita, dan akan bertindak sebagai passive income kepada kita, sekiranya kita sudah tidak bekerja nanti. Dengan hanya menyimpan, lambat laun ia akan diguna dan akan habis, tetapi simpanan yg ditukarkan kepada aset, akan bertindak sebagai passive income yg akan menjana wang terus menerus kepada kita.



2. Mereka mengamalkan force saving, mendahulukan duit yg perlu disimpan (berdasarkan matlamat simpanan utk membeli aset), berbanding utk dibuat belanja. (kita mendahulukan duit utk dibuat belanja dulu, dan bakinya baru disimpan). Salah satu tabiat berbelanja golongan 10% ini adalah mereka berbelanja di bawah kemampuan, tidak seperti golongan 90% yg gemar berbelanja di luar kemampuan, di mana mereka sanggup berhutang untuk perkara yg tidak memberi cash flow positif kepada mereka. Golongan 10% tidak menyimpan cash di bank, tetapi di tempat yg memberikan pulangan dividen yg lebih tinggi (FD, ASB, TH). Mereka berbelanja dgn dividen yg diterima, tanpa mengusik duit pokoknya. Pada mereka, bank hanya sebagai tempat parking duit sementara mahu guna saja (mudah nak keluarkan duit). Mereka juga menyimpan dalam bentuk bar emas fizikal sebagai simpanan terakhir utk jangkamasa panjang. 5-10% daripada Net Worth (aset - liabiliti) mereka disimpan dalam bentuk emas. Mereka menukarkan cash kepada emas fizikal, dan mereka menyimpannya. Hampir 98% daripada golongan 10% ini berniaga. Walaupun ada di antara mereka yg masih makan gaji, tetapi mereka tetap juga berniaga walaupun secara sambilan.



3. Mereka lebih fokus dgn matlamat simpanan mereka, iaitu utk memiliki aset, walaupun mereka sedar, duit simpanan mereka itu mampu utk membeli kereta idaman mereka. Mereka membeli kereta idaman daripada hasil janaan aset2 yg mereka miliki. (kita bila sudah cukup duit yg dikumpul, akan terus beli kereta idaman). Mereka membeli rumah atas nama anak2 seawal yg boleh. Cukup umur anak itu, rumah itu akan dipindah milik. Mereka tidak sewenang-wenangnya menjual hartanah. Hartanah akan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Mereka bukan saja mewariskan hartanah, tetapi mewariskan ilmu utk menguruskan harta-harta itu kemudian hari.



4. Selain mewariskan ilmu dan perniagaan kepada anak2 mereka, golongan 10% ini juga melanggan insurans/takaful bagi memastikan waris-waris mereka dilindungi sekiranya berlaku apa2 yg tidak diingini ke atas mereka. Ini bermakna, setiap dari mereka yg 'pergi', keturunan selepas mereka akan bertambah kaya, dan dgn ilmu yg benar, kekayaan itu akan bertambah dari satu generasi ke satu generasi. Utk tujuan ini, mereka akan pastikan mereka membayar amaun yg paling minimum utk mendapat nilai perlindungan (coverage) yg paling maksimum.



5. Golongan 10% ini juga berhutang, tetapi mereka dapat membezakan antara hutang baik dan hutang jahat. Pada mereka, berhutang hanyalah untuk perkara2 yg memberikan cash flow positif, ataupun yg dapat memberi peningkatan nilai sahaja, seperti membeli aset. Mereka tidak sewenang-wenangnya berhutang utk perkara2 liabiliti. Seperti kereta, tentunya mereka terpaksa berhutang, tetapi mereka mempunyai kaedah tertentu sebagai panduan utk membeli kereta. Antara contoh hutang baik yg biasa dibuat oleh golongan 10% ini adalah pembiayaan rumah, dan ASB Financing. Tidak seperti mereka, golongan 90% lebih gemar membuat Personal Loan - melalui potongan gaji setiap bulan, memakan tahun utk melunaskannya, dan dgn kadar interest yg tinggi, ia menghakis simpanan yg sedia ada.



6. Mereka tidak terpedaya dgn berbelanja sesuka hati menggunakan kad kredit. Biasanya mereka mempunyai hanya 1 kad kredit (limit tertinggi, mudah utk mengurusnya), dan mereka akan berbelanja secara berhemah. Mereka melihat sisi positif pada kad kredit iaitu tidak perlu membawa cash yg banyak, dan memanfaatkan masa 50 hari free interest utk membayar penuh, disamping claim points/cashback dari kad kredit itu. (kita kalau boleh mahu penuh wallet dgn kad kredit dari bank yg pelbagai sebab boleh berbelanja sesuka hati, dan kita lebih berminat utk bayar minimum setiap bulan).



7. Mereka lebih bijak mengambil peluang sesuai dgn perubahan iklim ekonomi. Ketika majoriti org berlumba2 membeli hartanah (ekonomi bagus), golongan 10% ini akan menjual hartanah mereka dgn rasa senang hati kerana golongan 90% mampu membelinya. Ketika majoriti org berlumba2 menjual hartanah mereka (ekonomi kurang bagus), golongan 10% ini akan membeli hartanah yg dilelong/dijual dgn harga yg rendah, kerana golongan 90% terdesak utk menjualnya. Begitu juga apabila membeli barang2 keperluan harian, golongan 10% ini akan manfaatkan jualan murah (sale), jualan gudang (wholesale) dan potongan harga. (kita asal nak beli saja barang dan ada duit, akan terus saja beli).



8. Percaya atau tidak, golongan 10% ini lebih senang membantu org lain bagi tujuan meningkatkan pendapatannya. Jika ada projek hartanah baru yg 'good deal', mereka tidak makan sorang. Mereka akan mengajak semua kaum kerabat utk turut sama merasai kemakmuran keuntungan. Berbeza dgn golongan 90%, yg lebih mementingkan wang utk diri sendiri. Kalau boleh, nak buat sorang2 supaya boleh kaut untung lebih banyak seorang diri.



9. Golongan 10% ini mendapat maklumat sebenar tentang ilmu kewangan dan pelaburan daripada pembacaan buku2, dan dari situ mereka membuat analisis dan perbandingan bagi memastikan keputusan yg mereka buat itu adalah tepat. Disebabkan bacaan yg meluas, mereka sangat arif dgn teknik2 penipuan yg dikaburi dgn istilah pelaburan. Mereka dapat mengenalpasti dengan jelas perbezaan antara pelaburan sebenar dgn penipuan pelaburan. Pada mereka, pelaburan yg lebih dulu harus diutamakan adalah pelaburan dalam ilmu pengetahuan, kemudian baru diikuti dgn pelaburan wang. Berlainan pula dgn golongan 90% yg rata-ratanya lebih berminat dgn jalan pintas, mudah, dan mata kelabu apabila dijanjikan pulangan lumayan setiap bulan. Mereka lebih rela berhabis duit utk tujuan ini. Golongan inilah yg paling mudah ditipu oleh pengendali2 skim cepat kaya, di mana methodnya yg pelbagai, turut berevolusi sesuai dgn keadaan semasa.



10. Golongan 10% ini berfikiran sgt jauh. Benar, mereka bersungguh-sungguh mencari harta di dunia berbekalkan ilmu dan kemahiran yg mereka ada, tetapi mereka juga faham yg kehidupan mereka di atas dunia ini adalah sementara. Oleh itu, mereka mahu melihat harta yg mereka miliki di atas dunia ini menjadi saham buat mereka semasa kehidupan yg sebenarnya nnt selepas mereka mati. Bagi mereka, kekayaan yg sebenar adalah apa yg akan mereka bawa ke kehidupan yg sebenar. Mereka sgt memahami bahawa harta2 yg diperolehi di atas dunia ini bukanlah milik mutlak mereka, dan mereka hanya mentadbir sahaja harta2 ini. Oleh itu, mereka akan mentadbir harta2 ini dgn baik dan benar. Bersedekah (amalan menyantuni dan meraikan fakir miskin dan anak yatim) sudah menjadi kelaziman mereka sejak mereka belum kaya lagi, dan sesudah mereka kaya, bersedekah menjadi sebati dgn darah daging mereka. Pada mereka, rasa kepunyaan (owned) dan rasa kejayaan/kepuasan mentadbir harta itu wujud apabila mereka mula memberi kepada orang lain yg benar2 memerlukan utk dimanfaatkan ke jalan yg baik.


Sila kongsikan sekiranya bermanfaat!