Andaian:
-ASB dividen 7% sepanjang tahun.
- Bank interest: 5.2%
- Kiraan insurans tidak termasuk dalam pengiraan ini.
1. Buat ASBF 50K utk tempoh 30 tahun. Monthly installment RM 274.56 (RM 3,295 setahun). Setelah setahun, dividen yg diperolehi pada akhir tahun adalah RM 3,500.
2. Dividen yg diperolehi (RM 3,500) daripada loan pertama ini digunakan sbg modal utk topup lagi RM50k (komitmen sebulan RM 274.56, RM 3,295 utk setahun) pada tahun ke-2, menjadikan total loan ASB kini berjumlah RM100k, dgn loan pertama continue bayar dgn duit sendiri (RM 274.56 sebulan, RM 3,295 setahun), manakala loan ke-2 (RM 3,295 setahun) dibayar menggunakan hasil dividen dari loan pertama (RM 3,500). Setelah setahun, loan ASB yg berjumlah RM100k itu akan menghasilkan dividen berjumlah RM 7,000.
3. Dividen yg diperolehi (RM 7,000) daripada loan pertama dan ke-2 ini digunakan sbg modal utk topup lagi RM50k (komitmen sebulan RM 274.56, RM 3,295 utk setahun) pada tahun ke-3, menjadikan total loan ASB kini berjumlah RM150k, dgn loan pertama continue bayar dgn duit sendiri (RM 274.56 sebulan, RM 3,295 setahun), manakala loan ke-2 (RM 3,295 setahun) dan loan ke-3 (RM 3,295 setahun) dibayar menggunakan hasil dividen dari loan pertama dan loan ke-2 (berjumlah RM 7,000). Setelah setahun, loan ASB yg berjumlah RM150k itu akan menghasilkan dividen berjumlah RM 10,500.
4. Dividen yg diperolehi (RM 10,500) daripada loan pertama, ke-2 dan ke-3 ini digunakan sbg modal utk topup lagi RM50k (komitmen sebulan RM 274.56, RM 3,295 utk setahun) pada tahun ke-4, menjadikan total loan ASB kini berjumlah RM200k, dgn loan pertama continue bayar dgn duit sendiri RM 274.56 sebulan (RM 3,295 setahun), manakala loan ke-2 (RM 3,295 setahun), loan ke-3 (RM 3,295 setahun) dan loan ke-4 (RM 3,295 setahun) dibayar menggunakan hasil dividen dari loan pertama, loan ke-2 dan loan ke-3 (berjumlah RM 10,500). Setelah setahun, loan ASB yg berjumlah RM200k itu akan menghasilkan dividen berjumlah RM 14,000.
5. Bermula tahun ke-4 ini, jumlah loan ASB sudah pun bernilai RM200k, dgn dividen yg dihasilkan berjumlah RM 14,000. Pada ketika ini, kita sudah boleh menggunakan dividen RM14,000 itu utk membayar sekaligus komitmen bulanan utk LASB RM 200k (RM13,179 setahun). Bermula dari tahun ke-4 ini, kaedah roling dividen boleh digunakan.
Perbincangan
1. Dgn modal serendah RM 275 sebulan, hanya memerlukan 4 tahun (berperingkat-peringkat) utk dapat mencapai LASB bernilai RM200k.
- Tahun 1: RM 50k 1st ASBF
- Tahun ke-2: RM 50k + RM 50k 2nd ASBF
- Tahun ke-3: RM 50k + RM 50k + RM 50k 3rd ASBF
- Tahun ke-4: RM 50k + RM 50k + RM 50k +RM 50k 4rd ASBF
2. Ketahui sebab mengapa perlu cukupkan pembiayaan LASB ini sehingga RM200k.
3. Kelebihan kaedah ini:
- Komitmen bulanan yg rendah - Kaedah ini digunakan sekiranya tidak mempunyai cukup modal utk membuat ASBF RM200k sekaligus (komitmen utk ASBF RM 200k adalah RM 1098.22 sebulan).
- Fleksibiliti dalam terminate ASBF mengikut keperluan: Mempunyai 4 sijil ASB yg bernilai RM50k setiap satu berasingan. Jika ada kecemasan dan ingin terminate LASB, boleh terminate mengikut nilai keperluan. (tidak perlu terminate RM200k sekaligus).